KLM IPGM
21/10/2025
PROGRAM JOTA JOTI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPMKLM IPG KPM) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025
Kuala Lipis, 19 Oktober 2025 – Program Jamboree On The Air ke 88 – Jamboree On The Internet ke 46 (JOTA JOTI) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 telah berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Program yang bermula pada 17 hingga 19 Oktober 2025 ini telah disertai oleh 25 kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) dari seluruh negara. Program ini telah mendapat penyertaan seramai 30 orang pegawai pengakap yang terdiri daripada Pesuruhjaya Daerah (PJD), Penolong Pesuruhjaya Daerah (PPJD) serta 91 orang pengakap penolong pemimpin dari setiap daerah KLM.
Program ini diserikan dengan kehadiran Tuan Shukri bin Mat Yaacob, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) dan Tuan Marni bin Golong, Timbalan Ketua Pesuruhjaya I Pengakap Negeri Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) dalam Majlis Pembukaan JOTA JOTI Peringkat Kebangsaan ini. Turut hadir Encik Mohamad Fadzil bin Omar, wakil dari Malaysia Amateur Radio Transmitters’ Society (MARTS), sebagai penceramah jemputan bagi Bengkel Pengendalian & Prapelesenan Radio Amatur Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia dalam program tersebut.
Antara tujuan program tahunan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada ahli pengakap KLM terhadap penggunaan teknologi komunikasi seperti radio dan internet secara beretika dan selamat. Sesuai dengan tema Jota Joti 2025, “A World Shaped by Youth”, program ini membuka peluang kepada semua ahli pengakap secara inklusif untuk berinteraksi bersama rakan pengakap dari seluruh dunia melalui radio amatur dan internet.
19/06/2025
Penyertaan Pengakap KLM35 Sebagai Pembimbing Dalam Perkhemahan Ujian Lencana dan Ujian Sikap Pengakap Raja Peringkat Daerah Jasin 2025
Jasin, 15 Jun 2025 – Program Perkhemahan Ujian Lencana dan Ujian Sikap Pengakap Raja Peringkat Daerah Jasin 2025 telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, Jasin, Melaka. Program yang telah berlangsung bermula 13 hingga 15 Jun 2025 ini telah disertai oleh seorang sukarelawan pengakap KLM35 yang telah bertugas sebagai pembimbing dalam menjayakan program tersebut.
Program perkhemahan ini diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka, Puan Norizan Binti Ishak Basri dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Jasin, Encik Yusni Bin Salami sebagai perasmi utama di dalam Majlis Penutupan Perkhemahan Ujian Lencana dan Ujian Sikap Pengakap Raja tersebut.
Antara tujuan program perkhemahan ini diadakan adalah untuk menilai kelayakan, kecekapan dan sahsiah calon-calon Pengakap Raja melalui pelbagai bentuk ujian yang merangkumi aspek teori, amali dan kepimpinan. Di samping itu, ia juga bertindak sebagai platform untuk membina keyakinan diri, semangat kerjasama, ketahanan fizikal dan mental serta jati diri sebagai seorang pengakap sejati.
05/06/2025
Penyertaan Sukarelawan KLM Dalam Program 1st Kuala Lumpur Agoonoree 2025
Kuala Lumpur, 31 Mei 2025 – Program 1st Kuala Lumpur Agoonoree 2025 telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Brickfields 1 & 2, Kuala Lumpur bermula 28 Mei hingga 31 Mei 2025. Program yang berlangsung bermula 28 Mei hingga 31 Mei 2025 ini telah disertai oleh 15 orang pengakap KLM sebagai urusetia bagi menjayakan program tersebut. Para petugas KLM ini terdiri daripada 5 orang KLM15, 4 orang KLM17, 3 orang KLM30, 1 orang KLM21, 1 orang KLM35 dan 1 orang KLM10.
Program yang julung kali diadakan ini diserikan dengan kehadiran Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, YBrs. Dr. Mohammed Mukhyuddin Bin Sarwani sebagai perasmi bagi program tersebut. Turut hadir di dalam majlis perasmian tersebut, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, YBrs. Tuan Mohd. Hilmi bin Abu Bakar, Pesuruhjaya Program Negara, Tuan Haji Noor Hashim bin Ismail dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri W.P Kuala Lumpur, YBrs. Zamri bin Saiman.
Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ahli – ahli Pengakap dan peserta lain berinteraksi serta menyokong golongan berkeperluan khas melalui aktiviti-aktiviti inklusif, membina sahsiah diri, serta memperkukuh nilai perpaduan, kepimpinan dan khidmat masyarakat. Di samping itu, ia merupakan salah satu usaha untuk memperkasa golongan berkeperluan khas melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kepengakapan yang menyeronokkan dan membina jati diri mereka.
คลิกที่นี่เพื่อเป็นสมาชิก?
ประเภท
ติดต่อ โรงเรียนนี้
เว็บไซต์
ที่อยู่
Had Yai
90000