Gaza kini

Gaza kini

Share

29/05/2021

Namanya Muhammad Sha’ban, berumur 8 tahun, dia hilang kedua matanya apabila dibedil peluru berpandu pesawat Israel semasa dalam perjalanan pulang dari membeli baju raya bersama ibunya

Ya Allah, hancurkan Israel pembunuh wanita dan kanak-kanak 🤲🏻

27/05/2021

Ismail Haniyyeh:

Hari terakhir pertempuran Pedang AlQuds, di mana terdapat ketegangan dengan perunding dalam mencari penyelesaian kepada ketegangan di Gaza

Pihak yang memulakan pencerobohan mesti mengambil tanggungjawab dan menghentikannya ke atas rakyat kami

Kami belum menerima rundingan terus dengan Israel berkaitan isu AlQuds, sebagai lambang simbol agama, ideologi dan politik

Kami menolak untuk AlQuds dipecahkan di atas meja rundingan, tapi semua pihak harus memahami bahawa pertempuran ini bermula kerananya

Saudara kami di Mesir menawarkan gencatan senjata bersama dan kami setuju dengan syarat “waktu sifar” dimumkan 2 jam sebelum gencatan senjata

Pihak perunding memaklumkan bahawa kami menolak gencatan senjata bersama

Pihak Israel memberi amaran kepada penduduk kami untuk mengosongkan 3 menara kediaman, dan kami katakan kepada pihak penjajah bahawa mereka mesti menamatkan amaran tersebut, menghubungi semula penduduk dan meminta mereka kembali semula ke menara kediaman mereka

Kami katakan secara jelas, kami telah mempunyai keputusan untuk menjangkau keseluruhan geografi dengan roket-roket kami, namun kerana pihak perunding kami menamatkannya, namun jika penjajah melakukan sebarang kebodohan, keputusan tersebut masih terbuka kepada kami

Abu Ubaidah ketika itu memberi ancaman kepada pihak penjajah, kerana mereka tahu, bahawa kami tidak mengancam dengan cakap kosong

Pihak pejuang adalah jaminan kepada berhentinya pencerobohan, di mana kami telah beri amaran dan melaksanakan. Kami tidak dapat menerima penerusan keizinan AlAqsa, dan kami tidak dapat menerima pengusiran orang-orang kami

Kami katakan secara jelas, tiada lagi pengusiran selepas ini

Kami telah maklumkan kepada semua pihak sehingga menjangkau Amerika dan Israel bahawa AlAqsa adalah garis merah dan kami tidak akan menerima sebarang gangguan ke atasnya

Selepas gencatan senjata, kami sedang berusaha untuk mengembalikan gambaran kemenangan, dan memelihara syarat-syarat perhubungan yang dikenakan oleh pasukan pejuang

Penamatan peperangan baru-baru ini merupakan tamatnya satu tahap, dan membuka tahap yang baru

AlQuds merupakan tajuk utama pertempuran dengan pihak penjajah, dan perkara ini hanya akan berakhir dengan pembebasan AlQuds

Photos from Gaza kini's post 27/05/2021

Suasana pagi di Gaza (selepas perang tamat)

Want your business to be the top-listed Media Company in Gaza?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Gaza