Perbadanan Labuan

Perbadanan Labuan

Share

Perbadanan Labuan merupakan Pihak Berkuasa Tempatan di W.P Labuan di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan. Perbadanan Labuan melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan dan segala fungsi pihak berkuasa perancang tempatan dalam Wilayah Persekutuan Labuan.

13/06/2026

FAKTA & FIGURA

AYUH TEROKAI pelbagai potensi WP Labuan dalam sektor agromakanan dan agromarin.

🔔 TING! Sekilas

Bukan kebetulan Labuan dipilih sebagai lokasi penganjuran Road To MAHA 2026.

Di sebalik keindahan pulau ini, tersimpan pelbagai potensi yang boleh diterokai dalam sektor agromakanan dan agromarin. Inilah antara sebab mengapa Labuan menjadi sebahagian daripada perjalanan menuju MAHA 2026.

Nantikan lebih banyak fakta menarik tentang Road To MAHA Labuan.

Photos from Perbadanan Labuan's post 13/06/2026
13/06/2026

Jom Amalkan Kitar Semula demi Labuan yang Lebih Bersih! ♻️🌱
​Warga Labuan sekalian, adakah anda mempunyai barangan terpakai di rumah yang ingin dilupuskan secara mesra alam? Mari manfaatkan perkhidmatan di Pusat Kitar Semula Perbadanan Labuan!
​Dengan mengitar semula, kita bukan sahaja dapat mengurangkan sisa di tapak pelupusan, malah dapat menjaga keindahan pulau kesayangan kita.
​📍 Lokasi:
Bersebelahan Gerai Makan Anjung Selera, Kampung Durian Tunjung.
​🗓️ Waktu Operasi:
Setiap Sabtu, Ahad & Cuti Umum
⏰ 9:00 Pagi – 1:00 Tengah Hari
​♻️ Barangan yang Diterima:
Kami mengalu-alukan sumbangan barangan berikut:
✅ Aluminium
✅ Besi
✅ Kertas
✅ Botol Plastik
✅ Minyak Masak Terpakai
​Jadikan amalan kitar semula sebagai gaya hidup harian kita. Jumpa anda di sana!

Photos from Perbadanan Labuan's post 12/06/2026

ROAD TO MAHA 2026 LABUAN - Pameran Pertanian, Hotikultur dan Agropelancongan Malaysia

12 Jun 2026 (Jumaat) - Mesyuarat Penyelarasan Bil.4/2026 dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja Road To MAHA 2026 Labuan.

Persiapan semakin rancak. Selepas ini, kerja di tapak akan bermula. Lebih kurang 40 hari sahaja lagi Road To MAHA 2026 Labuan akan berlangsung. Masukkan dalam jadual anda, 23 hingga 26 Julai 2026.

Banyak pameran dan acara pengisian yang akan dilaksanakan khas untuk anda semua. Jangan lupa, datang ya…

Want your organization to be the top-listed Government Service in Victoria?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Victoria

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00