Tebing Tinggi Backpacker
TEBING TINGGI BACKPACKER. Kami adalah sebuah syarikat (berdaftar)yang beroperasi di Cameron Highland Pahang. Kami menyediakan perkhidmatan :
- Pengurusan penyediaan permit memasuki hutan simpan
- Melaporkan setiap aktiviti pendakian dibawah seliaan kami di Balai Polis berdekatan
- Menyediakan khidmat jurupandu arah gunung/lawatan alam semulajadi
- Perkhidmatan pengangkutan 4x4
- Khidmat kami melip
12/05/2021
Mari kita tutup sejenak hati untuk rindu sosok yang berjarak, membasahi bibir bukan kerena telah menangis getir kehilangan, tapi dengan doa mohon keampunan.
Allah menunggu, Ramadhan segera berlalu.
Dia akan tetap begitu!!!
15/04/2021
Usai sudah trip super VVIP
dgn dibantu oleh seorang jurupandu arah,
4org crew,seorang pembantu dan 2 org porter.
Semoga menjadi trip yang boleh dikenang sampai bila - bila.
Selamat masuk dan keluar dgn jayanya.
Berdurasi 2hari semlm.
- JERGGING BY PASS TRAIL -
Terima kerana sudi menggunakan perkhidmatan kami.
Insyaallah semoga ketemu lagi.
14/04/2021
¹. Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.
². Berkejar-kejaran ombak dilaut,
Menyentuh pantai berpasir bersih,
Budi tuan disebut-sebut,
Kerja selesai dan terima kasih.
Alhamdulillah selesai juga,Trip Rafflesia bertaraf premium.Yg berlangsung pada 4 APRIL 2021.
Tetamu kami Miss Nahlah, berkapasiti seramai 12pax.
Terima kasih kepada kesemuanya semoga berkesinambungan utk trip² yg lain plak ye!
You're awesome guys!!!
11/01/2018
Bissmillahhirahmanirhim...
Padi segempal kepuk di hulu,
Sirih dihilir merangkap junjungan;
Kepalang duduk menuntut ilmu,
Pasir sebutir kujadikan intan.
Alhamdullilah..
Terima kasih kepada semua mata-mata,telinga-telinga yg singgah mau'duk-nya di ruangan ini dan page ini setelah sekian lama diam sepi.
Selamat tahun baharu 2018 dari TTB OUTDOOR & Crew buat semua yg saya kira setia di sini atau sekali lalu disini.Sedia maklum arena pergunungan TUTUP sehingga hujung bulan Januari,maka ruang ini saya biarkan sepi.
Demikian itu, kami ingin mambawa khabar dari Laut Cina Selatan...Kami telah menambah satu lagi bidang out door yg berkaitan dengan 3 elemen iatu MENDAKI,BERKEMAH & SUKAN AIR(Hiking,Camping & Water Sport) di PULAU KAPAS.
Hampir 1 tahun saya dan admin lain "mencoba nasib" utk memiliki sebuah kem site di sebuah pulau dan akhirnya Alhamdullilah...
Usaha sama TTB & LongSha di Pulau Kapas Terengganu membuahkan hasil.
Moga-moga dgn penambahan "aktiviti luar" sebegini akn lebih mewarnai dunia luar pintu di Malaysia.
Kepada mata yg berkenan..
Kepada akal yg mengajak..
Kepada hati yg tercuit...
Kepada rasa yg nak tahu..
Blh hubungi insan-insan dibawah utk pakej yg kami tawarkan:
Zack Azhar
Myzaa Sha'eb
Iwan Kuun
Awan Karpet
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Temerloh
28000