PKD Temerloh

PKD Temerloh

Share

17/03/2024

‼️Pesanan KKM kepada peniaga di Bazar Ramadan.

Kepada peniaga 👨🏻‍🍳 di Bazar Ramadan pastikan perkara berikut dilakukan sebelum dan semasa berniaga bagi memastikan makanan yang disediakan bersih dan selamat.🇲🇾

"PERHATI DAN LIHAT"
"LIHAT HIDU DAN RASA"
"KESELAMATAN MAKANAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Photos from PKD Temerloh's post 16/03/2023

*LAPORAN PROGRAM 'YAE LEN SIHAT' BERSAMA PENDUDUK ORANG ASLI KG PAYA BADAK*

Tarikh: 15 Mac 2023 (Rabu), 8.30 pagi-2.00 petang

Tempat: Kg Orang Asli Paya Badak, Temerloh

Program bermula dengan pendaftaran dan aktiviti senamrobik. Para peserta kemudian berpecah mengikut kategori lelaki dewasa, perempuan dewasa dan kanak-kanak untuk menyertai aktiviti masing-masing. Jumlah kehadiran penduduk sekitar 190-200 orang.

Antara aktiviti yang dijalankan;
- ceramah kesihatan (Penyakit berjangkit, HIV/TB, Penjagaan gigi, Pemakanan yang sihat)
- kempen Yes! We Can End TB.
- sepak takraw
- menyumpit
- demonstrasi memasak
- pertandingan mewarna dan gubahan tuala
- pemeriksaan kesihatan (NHSI)
- pemeriksaan gigi
- pemeriksaan Slit Skin Smear
- pameran makanan sihat
- pertandingan karaoke
- cabutan bertuah

Majlis juga telah dirasmikan oleh Dr Sharifah Mahani binti Syed Mahar Affandi, Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh.

Antara unit dan individu yang terlibat ialah;
Wakil Tok Batin KOA Paya Badak, JAKOA Temerloh, KK Temerloh, KK Kuala Krau, KK Kerdau, KP Tanjung Lalang, Unit Promosi, Unit PSP, Unit CDC/TB/HIV, TABIKA KEMAS

Sekian

PBOA, Unit Primer PKD Temerloh, 15/3/2023

Photos from PKD Temerloh's post 11/03/2023

Terima kasih kepada semua Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan anggota di PKD Temerloh.

Sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan telah disempurnakan oleh Dr Sharifah Mahani, Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh bersama TKPPPN(KA) En Samsuri Bin Md Isa pada 10 Mac 2023 di Pusat Latihan Kesihatan Mentakab.

Semoga semua anggota kesihatan bersemangat dalam mendokong matlamat kesihatan negata

"Kami Sedia Membantu"

Photos from PKD Temerloh's post 10/03/2023

Bengkel Audit Keselamatan & Kesihatan Fasiliti & Program Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh telah dilaksanakan dengan jayanya pada 6 hingga 8 Mac 2023. Tahniah kepada semua yang terlibat. Safety First. Zero Incident Zero Accident.

Unit Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar
Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh

Photos from PKD Temerloh's post 07/03/2023

*Kursus TOT HOPE 2023 Modul Hentikan Stigma dan Diskriminasi Terhadap Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS dan Key Population Peringkat PKD Temerloh*

Tarikh : 06 - 07 Mac 2023 (Isnin dan Selasa)
Tempat : Pusat Latihan Kesihatan Mentakab
Peserta : 60 Orang

Objektif kursus ini adalah menghentikan stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV/AIDS dan key population di kalangan anggota kesihatan

Want your practice to be the top-listed Clinic in Temerloh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh
Temerloh
28000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00