SK Sungai RUSA
20/03/2026
🌙✨ Salam Aidilfitri 1447H ✨🌙
Syawal hadir membawa sinar kemenangan, merapatkan kembali hati yang terpisah serta menyatukan kasih yang sekian lama bertaut.
Di kesempatan ini, Warga SKSR mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat di Malaysia.
Semoga Aidilfitri ini disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan keberkatan bersama insan tersayang.
18/02/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐌𝐔𝐁𝐀𝐑𝐀𝐊 ✨🌙
Semoga Ramadan yang penuh keberkatan ini menjadi medan untuk kita memperkukuh keimanan, meningkatkan ketakwaan serta meraih rahmat dan keampunan daripada Allah SWT.
Marilah kita manfaatkan bulan mulia ini dengan memperbanyakkan amal ibadah, mempererat silaturahim serta menyemai nilai kesyukuran dan keinsafan.
𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐑𝐄𝐄𝐌 & 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀
Ikhlas daripada:
Seluruh Warga SKSR
©️ 𝟐𝟎𝟐𝟔
01/01/2026
Selamat Tahun Baharu 2026!
Semoga tahun 2026 ini membawa kejayaan dan kecemerlangan kepada SK SUNGAI RUSA.
Semoga guru-guru sentiasa bersemangat dalam mendidik anak bangsa.
Semoga para pelajar SKSR sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam bidang akademik, kokurikulum & sahsiah.
Be the best!
29/11/2025
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)
Kementerian Pendidikan (KPM) telah memperkenalkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)
💡 Apa itu PEERS?
PEERS merangkumi aspek:
✅ Biologi
✅ Sosiobudaya
✅ Psikologi
✅ Kerohanian
Matlamatnya?
👉 Untuk membentuk tingkah laku sihat, seimbang dan beretika dalam kalangan murid — demi kehidupan yang lebih sejahtera dan bermakna.
🎒 Dengan PEERS, murid bukan sahaja mendapat ilmu, tetapi juga kefahaman mendalam untuk membuat keputusan bijak dan bertanggungjawab dalam hidup.
SK Sungai RUSA
06/11/2025
𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tahun 2025.
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah daripada Warga SKSR
Pada 12hb Oktober yang lepas, telah berlangsungnya sambutan National Scouts Day(NSD) 2025.
SKSR telah menghantar semua ahli pengakapnya seramai 11 orang yang terdiri dari murid-murid tahun 4 untuk menyertai sambutan tersebut.
Untuk pengetahuan semua, SK Sungai Rusa telah membuka Pengakap sebagai unit beruniform yang baharu bagi menggantikan TKRS secara berperingkat dan National Scouts Day ini merupakan penyertaan pertama kali bagi ahli-ahli pengakap SK Sungai Rusa ke program pengakap.
Buat Sehabis Baik!
30/09/2025
Tarikh :30 September 2025
Tempat :Kantin
Lambaian Budi, Kenangan di Hati
Warga SKSR berkumpul dalam Majlis Perpisahan bagi meraikan insan yang banyak berjasa – Encik Mohd Amirul Azam Bin Abdul Salim, Pembantu Operasi yang berdedikasi, yang akan berpindah ke SK Sungai Jejawi pada 1 Oktober 2025.
Sepanjang 13 tahun berkhidmat SKSR, En Mohd Amirul Azam dikenali sebagai seorang yang berdedikasi,serta sentiasa ringan tulang dalam membantu urusan sekolah. Kehadiran beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati warga sekolah.
Walau langkah kaki membawa diri ke tempat baharu, jasa dan kenangan yang ditinggalkan akan sentiasa segar diingatan. Semoga En Mohd Amirul Azam terus diberi keberkatan, kesihatan dan kejayaan di medan baharu.
Pergi bukan bererti hilang,
Hanya beralih membawa cemerlang.
Jasamu terpahat, namamu dikenang,
Doa kami mengiringi sepanjang jalan.
04/09/2025
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋
𝟏𝟐 𝐑𝐀𝐁𝐈𝐔𝐋𝐀𝐖𝐀𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓
۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ۞
“𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘦𝘬𝘢𝘵 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯𝘬𝘶 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘪𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘭𝘢𝘸𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢𝘬𝘶” – 𝘏𝘢𝘥𝘪𝘴 𝘙𝘪𝘸𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘛𝘢𝘳𝘮𝘪𝘻𝘪
03/09/2025
📸✨ Saya Nur Afrina Fazliyn Binti Abu Bakar telah menyertai Pertandingan Swafoto Merdeka….
Jom tunjukan sokong dengan memberikan LIKE 👍 pada gambar ini.
Penyertaan dengan LIKE terbanyak akan dikira sebagai pemenang.
👉 Tekan “Like” sekarang dan share kepada kawan-kawan!
02/09/2025
🇲🇾PERTANDINGAN SWAFOTO MERDEKA🇲🇾
📸✨ Saya Fatihah Nur Aisyah Binti Mohd Hazim telah menyertai Pertandingan Swafoto Merdeka….
Jom tunjukan sokong dengan memberikan LIKE 👍 pada gambar ini.
Penyertaan dengan LIKE terbanyak akan dikira sebagai pemenang.
👉 Tekan “Like” sekarang dan share kepada kawan-kawan!
02/09/2025
🇲🇾PERTANDINGAN SWAFOTO MERDEKA SK SUNGAI RUSA🇲🇾
📸✨ Saya Muhammad Taufiq Ikhwan bin Khairol Edlan telah menyertai Pertandingan Swafoto Merdeka….
Jom tunjukan sokong dengan memberikan LIKE 👍 pada gambar ini.
Penyertaan dengan LIKE terbanyak akan dikira sebagai pemenang.
👉 Tekan “Like” sekarang dan share kepada kawan-kawan!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kampung Sungai Rubana
Teluk Intan
36000
Opening Hours
| Monday | 07:40 - 17:00 |
| Tuesday | 07:40 - 17:00 |
| Wednesday | 07:40 - 17:00 |
| Thursday | 07:40 - 17:00 |
| Friday | 07:40 - 12:20 |
| 14:00 - 17:00 |