Masjid Roudhotul Jannah

Masjid Roudhotul Jannah

Share

Photos from Masjid Roudhotul Jannah's post 01/03/2026

Sebanyak hampir 1700 tapau bubur lambuk telah diedarkan petang tadi.. Alhamdulillah 🤲🏻

Pengagihan secara “Drive thru” juga dilaksanakan oleh pihak Masjid Roudhatul Jannah, Kg.Kinabutan Besar, Tawau dengan kerjasama Anggota polis.

Terima kasih seramai 15 orang pegawai polis yang membantu memudahkan dan melancarkan pengagihan kepada kenderaan yang lalu lalang di jalan utama, Batu 5 Jalan Apas.

Tahniah AJK Masjid yang dipengerusikan oleh Cikgu Dzulkarnain Mali dengan kerjasama Kumpulan Selawat Wanita Kg. Kinabutan Besar kerana berjaya melaksanakan program menyediakan dan mengagihkan bubur lambuk sempena mengimarahkan bulan mulia, bulan Ramadan kali ini.

Semoga setiap yang terlibat menerima ganjaran pahala berlipat ganda dan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. 🤲🌙

Photos from Masjid Roudhotul Jannah's post 01/03/2026

Suasana penyediaan bubur lambuk. Pengedaran bubur lambuk ini akan bermula seawal jam 2.30 petang di jalan utama Batu 5 Jalan Apas, Tawau 😊

Stay tune para pengguna Jalan Raya.. harap sudi Terima sumbangan tulus Ikhlas daripada Masjid Roudhatul Jannah, Kg.Kinabutan Besar 🤲🏻

Photos from Masjid Roudhotul Jannah's post 28/02/2026

PERSIAPAN AWAL PROGRAM BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN 1447H

Sebentar lagi… sesi gotong-royong menyediakan bubur lambuk akan diadakan anjuran Ahli Jawatankuasa Masjid Roudhatul Jannah dengan kerjasama penduduk Kg. Kinabutan Besar, Tawau, Sabah.

Tahun ini merupakan tahun ke-2, pihak masjid menganjurkan aktiviti ini sebagai mengimarahkan bulan Ramadan dengan amalan bersedekah hasil sumbangan ke dalam tabung masjid. Alhamdulillah.. terima kasih para penyumbang 🤲🏻😊

Bubur lambuk ini selain diedarkan kepada orang Kampung, pihak masjid juga akan mengedarkan bubur lambuk ini secara “drive thru” di jalan utama Jalan Apas ini. InsyaAllah..

Photos from Masjid Roudhotul Jannah's post 21/02/2026

Suasana berbuka puasa hari pertama ramadan 2026M/1447H di Masjid Raudhotul Jannah, Kg kinabutan besar tawau.

Alhamdulillah.. Terima kasih kepada penyumbang makanan berbuka. Semoga Allah swt melipatgandakan lagi rezeki kalian 🤲🏻😊

Photos from Masjid Roudhotul Jannah's post 16/02/2026
Photos from Masjid Roudhotul Jannah's post 24/08/2025

🌸 PERTANDINGAN SEMPENA MAULIDURRASUL 1447H/2025M 🌸
📍 Masjid Roudhatul Jannah, Kg. Kinabutan Besar, Tawau

Alhamdulillah, hari ini berlangsung Pertandingan Azan, Hafazan & Khutbah sempena sambutan Maulidurrasul peringkat Masjid Roudhatul Jannah.

✨ Anak-anak kita tampil dengan penuh yakin di hadapan khalayak – mengumandangkan azan, melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran, dan menyampaikan khutbah dengan semangat cinta Rasulullah SAW.

💫 Program ini bukan sekadar pertandingan, tetapi medan melatih keberanian, meningkatkan keyakinan diri serta menanamkan kecintaan kepada sunnah Nabi Muhammad SAW sejak usia muda.

🤲 Moga usaha kecil ini menjadi saham besar untuk melahirkan generasi pewaris Islam yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.

Photos from Masjid Roudhotul Jannah's post 23/08/2025

23 Ogos 2025 (Sabtu) : Program gotong royong perdana sempena sambutan di ambang maulidurrasul tahun 2025M/1447H..

Terima kasih atas kehadiran tuan/puan bagi menjayakan program ini.

Semoga Allah swt memberkati usaha kita semua...
Tidak lupa kepada individu yg menyumbang berupa makanan/kuih muih dan minuman sepanjang program ini berjalan, smga Allah swt memberi kemurahan rezeki kpd kalian.

Photos from Masjid Roudhotul Jannah's post 03/08/2025

03 Ogos 2025 (Ahad) : Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid Roudhatul Jannah, Kg.Kinabutan Besar, Tawau dipengerusikan oleh, Cikgu Dzulkarnain Mali selaku Pengerusi Masjid.

Ahli mesyuarat telah membincangkan tentang persiapan sambutan Maulidur Rasul pada Tahun ini..

Mohon doa Semoga program yang dirancang berjalan lancar dan mencapai objektifnya. InsyaAllah.

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Tawau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Jalan KK Ibrahim
Tawau
91000