DAP TAWAU

DAP TAWAU

Share

08/07/2026

斗湖人的“盲侠”,走了。

张汶义同志,走完了他为党、为人民奋斗的一生。

在斗湖说起“盲侠”,很多人都认识他。这个大家叫了几十年的名字,早已成为他的代号,也代表着一位默默付出、不求回报的老党员。

几十年来,他始终默默耕耘,不曾计较职位,也从不求任何回报。无论是服务柜台、社区活动,还是街坊邻里的大小事务,只要人民有需要,总能看到他的身影。

这些年来,他的身体越来越差。曾几度病危,被送进加护病房,与死神擦肩而过;后来更是每个星期都要几次进出医院。

可是每次身体稍微恢复一点,他还是坚持回到服务岗位。

风雨无阻,从未轻言放弃。

我们都总劝他多休息,他总是笑着说,“还能做,就继续做。”

直到生命最后一段路,他心里挂念的,依然是行动党,依然是人民,依然是斗湖。

今天,我们失去的不只是党内一位元老党员,更失去了一位把大半辈子奉献给行动党、奉献给斗湖人民的老战友。

他的离开,是行动党的损失,也是斗湖人民的损失。

盲侠,谢谢您。

谢谢您用一生告诉我们,什么叫坚持,什么叫无私,什么叫真正的为民服务。

您留下来的,不只是回忆,更是一种精神。

我们会继续走下去,把您坚持了一辈子的信念继续传承下去。

一路走好,安息。🕊️

Uncle Teo telah pergi.

Saudara Teo Bun Heng telah mengabdikan sebahagian besar hidupnya untuk parti dan rakyat.

Selama berpuluh-puluh tahun, beliau berkhidmat dengan penuh dedikasi. Tidak pernah mengejar jawatan, tidak pernah mengharapkan penghargaan. Selagi rakyat memerlukan bantuan, beliau akan sentiasa hadir.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, keadaan kesihatannya semakin merosot. Beliau pernah beberapa kali dimasukkan ke ICU dan berjuang antara hidup dan mati. Malah, pada tahun-tahun terakhir hidupnya, beliau keluar masuk hospital beberapa kali dalam seminggu.

Namun setiap kali kesihatannya sedikit pulih, beliau tetap kembali menyambung khidmat kepada masyarakat.

Hujan atau panas, beliau tidak pernah mengalah.

Kami selalu menasihatinya supaya berehat, tetapi beliau sentiasa berkata, “Kalau masih boleh buat, saya akan terus buat.”

Sehingga ke penghujung hayatnya, hati beliau tetap bersama perjuangan parti, bersama rakyat dan bersama Tawau.

Hari ini, kita bukan sahaja kehilangan seorang veteran DAP, tetapi juga seorang sahabat seperjuangan yang telah mengorbankan sebahagian besar hidupnya demi rakyat.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat DAP dan juga masyarakat Tawau.

Terima kasih, Uncle Teo.

Terima kasih kerana menunjukkan kepada kami erti sebenar pengorbanan, ketabahan dan semangat berkhidmat kepada rakyat.

Jasamu akan sentiasa dikenang, dan semangat perjuanganmu akan kami teruskan.

Semoga mendiang bersemadi dengan aman. 🕊️

#不忘初心

Photos from Yap Wui Lip 叶威立's post 20/06/2026

今天顺利在玫瑰园篮球场举办了“堆肥制作工作坊”,并获得许多家庭主妇及居民的热烈响应,大家踊跃参与学习如何利用日常生活中的有机废料制作天然堆肥。

这项工作坊旨在推广环保与可持续生活理念,通过将厨余、果皮、树枝及其他有机废弃物转化为有机肥料,不仅能够减少家庭垃圾,也能改善土壤质量,让土地恢复肥沃,更适合作为家庭菜园种植用途。

在活动过程中,参与者学习了堆肥制作的基本原理、操作步骤,以及如何利用天然肥料提升土壤健康。大家都获益良多,也进一步了解到资源循环利用的重要性。

我希望未来能够举办更多类似活动,让更多居民掌握实用技能,在照顾家庭环境的同时,也为环保尽一份力量。

今天也很高兴获得沙巴行动党副主席珍妮拉欣邦同志以及Kivatu Nature Farm的Maria女士一同参与和分享经验。

值得一提的是,本次活动在玫瑰园篮球场举行。该篮球场于去年在青年及体育部长杨巧双同志的拨款支持下完成提升工程,如今不仅成为居民运动休闲的场所,也成为社区活动与知识交流的平台。

感谢所有出席者的参与,希望大家把今天学到的知识带回家,让环保从生活做起,让斗湖变得更好。 🌿♻️


Hari ini telah berlangsungnya Bengkel Penggunaan Baja Kompos dan program ini mendapat sambutan hangat di kalangan suri rumah yang berminat untuk mempelajari cara-cara penghasilan baja kompos.

Bengkel ini bertujuan untuk menyampaikan ilmu dimana sisa-sisa makanan, buah-buahan dan ranting pokok digunakan untuk menghasilkan baja. Banyak ilmu yang telah dipelajari oleh semua serta cara-cara untuk memperbaiki kualiti tanah agar ia kembali subur dan sesuai untuk mewujudkan kebun dapur di kawasan rumah masing-masing.Saya berharap program sebegini dapat memberi manfaat kepada semua.

Turut bersama adalah Saudari Datuk Jannie Lasimbang selaku naib pengerusi DAP Sabah dan juga Puan Maria dari Kivatu Nature Farm.

Program ini telah diadakan di perkarangan gelanggang bola keranjang Taman Rose yang telah siap dinaiktaraf hasil sumbangan daripada Saudari Hannah Yeoh selaku Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada tahun lalu.

#不忘初心 #深耕斗湖 #威立服务

16/06/2026

南方输电网计划正式启动。这项工程将建设一条275千伏输电网络,从实必丹连接至丹南、加拉巴干,最终延伸至斗湖。该项目早已规划多年,并在首相安华领导的昌明政府推动下正式落实。

南方输电网的建设对于加强沙巴东海岸地区的电力供应稳定性具有重要意义,尤其是斗湖、仙本那、拿笃及山打根等地区。我们不希望重演去年发生的情况,当时由于Segaliud-Kolopis输电塔因山体滑坡受损,导致东海岸地区连续几天面对电力供应中断的问题。

目前,沙巴东海岸的电力供应实际上已无法充分满足现有需求。随着地区发展迅速,用电需求不断增加,而东海岸的电力供应长期依赖由西海岸通过单一输电网络输送,一旦发生故障,整个东海岸都将受到严重影响。因此,我相信随着南方输电网的建成,东海岸地区的电力供应将变得更加稳定及可靠。

除了建设南方输电网之外,我也建议政府在沙巴东海岸增建一座新的发电厂。随着未来十年新市镇的发展、新商业区及住宅区的兴建,以及各项经济活动的扩张,电力需求势必持续增长。因此,我们必须提前规划及建设新的发电设施,以满足未来的发展需求。

通过建设新的发电厂,我们不仅能够减少对西海岸电力供应的依赖,也能够进一步推动东海岸地区的经济发展。旅游业、制造业以及食品与饮料产业等多个领域,都将从更稳定的电力供应中受惠。试想,当发生大规模停电时,商家将蒙受多大的损失;而频繁的停电问题,也会影响外国游客对斗湖及沙巴东海岸的整体印象。

最后,我希望南方输电网工程能够按照既定时间表顺利完成。第一阶段从实必丹至巴达斯全长60公里的工程预计于2028年竣工;第二阶段也是最后阶段,从巴达斯延伸至斗湖,全长270公里,预计于2030年完成。

我相信,我们正朝着正确的方向前进,并逐步建立一个更加稳定、可靠及可持续发展的电力供应网络,为沙巴东海岸未来的发展奠定坚实基础。

Saya mengalu-alukan peluncuran projek Southern Link yang merupakan pembinaan rangkaian grid elektrik 275Kv yang menghubungkan Sipitang ke Tenom, Kalabakan dan berakhir di Tawau. Projek ini telah kedengaran lama dan ianya dilaksanakan dibawah kerajaan Madani yang dipimpin oleh YAB Dato Sri Anwar Ibrahim.

Pembinaan Grid Southern Link ini penting bagi memberi kestabilan bekalan elektrik di bahagian Pantai Timur Sabah khususnya di kawasan Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan. Kita tidak mahu kejadian yang berlaku tahun lalu di mana kita mengalami gangguan bekalan elektrik selama 3 hari berturut-turut akibat daripada tanah runtuh yang menyebabkan kerosakan Tower Grid Segaliud-Kolopis. Buat masa ini bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah adalah tidak mencukupi untuk menampung permintaan yang sedia ada disebabkan pembangunan pesat dan kekurangan bekalan adalah bergantung kepada penyaluran bekalan elektrik dari pantai barat melalui satu grid sahaja. Oleh itu, dengan adanya Southern Grid saya yakin bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah akan menjadi lebih stabil.

Selain daripada pembinaan Southern Grid ini, saya juga ingin mencadangkan kerajaan agar membina satu stesen janakuasa yang baru di Pantai Timur Sabah. Ini harus dilakukan kerana kita harus membina sumber tenaga yang baru untuk menampung pembangunan rancak dan kewujudan bandar-bandar baru, pembinaan kawasan komersial dan perumahan baru yang bakal meningkatkan permintaan bekalan elektrik dalam masa 10 tahun ini. Dengan ini, kita akan dapat mengurangkan kebergantungan bekalan elektrik dari pantai barat Sabah serta memacu pembangunan ekonomi di pelbagai sektor di bahagian pantai timur Sabah. Sektor seperti pelancongan, perkilangan dan industri makanan dan minuman bakal menerima manfaat sekiranya bekalan elektrik kita di Tawau mendapat jalan penyelesaiannya. Bayangkan kerugian yang dialami peniaga semasa ganguan bekalan elektrik dan juga imej kita kepada pelancong luar negara yang datang ke Tawau.

Akhir sekali, saya berharap kerja pembinaan Southern Grid ini dapat disiapkan mengikut jadual iaitu fasa pertama Sipitang ke Padas(60km) akan siap pada tahun 2028 dan fasa kedua(terakhir) dari Padas ke Tawau sepanjang 270km akan siap menjelang tahun 2030. Kita berada di landasan yang betul bagi mewujudkan rangkaian bekalan elektrik yang stabil dan mampan.

#不忘初心 #深耕斗湖 #威立服务

Want your organization to be the top-listed Government Service in Tawau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


IBU PEJABAT PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK TAWAU, TB 4149, 1st FLOOR, TAMAN LEEKA, Jalan SIN ON, TAWAU
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:00
Tuesday 08:30 - 16:00
Wednesday 08:30 - 16:00
Thursday 08:30 - 16:00
Friday 08:30 - 16:00
Saturday 08:30 - 12:30