Parti Harapan Rakyat Sabah

Parti Harapan Rakyat Sabah

Share

09/06/2026

KUNJUNGAN HORMAT PERTUBUHAN PERPADUAN ETNIK TAWAU

Pemangku Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Hajah Samsiah Usman menyerahkan sumbangan ketika kunjungan hormat Pertubuhan Perpaduan Etnik Tawau.

Pertubuhan Perpaduan Etnik Tawau telah mengadakan kunjungan hormat kepada Hajah Samsiah Usman sebagai tanda penghargaan dan mengeratkan hubungan silaturahim.

Dalam kunjungan tersebut, Puan Hajah Samsiah Usman turut berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada Pertubuhan Perpaduan Etnik Tawau sebagai tanda sokongan terhadap usaha-usaha yang dilaksanakan dalam memupuk perpaduan, keharmonian dan kerjasama dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di daerah Tawau.

Semoga sumbangan dan sokongan yang diberikan dapat membantu memperkukuhkan lagi peranan pertubuhan dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan serta memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Photos from Parti Harapan Rakyat Sabah's post 07/06/2026

LUMBA PERAHU NAGA KALI KE-39 2026

CDO Sebatik merangkap Ketua Bahagian PHRS Sebatik Encik Mohd Rajali Abdul Hamid mewakili Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Brig Jen (B) Tan Sri Datuk Liew Yun Fah menghadiri Pertandingan Lumba Perahu Naga Kali Ke-39 2026 anjuran Persekutuan Persatuan Cina Tawau, hari ini.

Turut kelihatan Timbalan Presiden parti Datuj Yong Chi Fui yang merupakan antara penganjur kejohanan.

Acara yang dirasmikan Menteri Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan merupakan program tahunan pertandingan perahu naga di daerah ini.

PHRS mengucapkan tahniah kepada pemenang.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Tawao?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Tawao