UUM Open Channel
11/02/2022
Program PJJ UUM ditawarkan bagi kemasukan April 2022. Permohonan di buka sekarang
PACE UUM Pengarah Pusat Pendidikan Profesional & Lanjutan (PACE) Prof. Madya Dr. Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT : BIACARA KOMUNITI - JAKUN @ SAKAI - SENSITIVITI ATAU KEBIASAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pelajar PJJ Program Pembangunan Masyarakat IV Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menganjurkan program khidmat Masyarakat - Bicara Komuniti : JAKUN @ SAKAI - Sensitiviti atau Kebiasaan.
Program Bicara Komuniti ini merupakan suatu program bual bicara yang akan memberi input kepada masyarakat umum berkaitan Komuniti Orang Asli di Malaysia yang akan disampaikan oleh panel jemputan yang arif dengan komuniti Orang Asli di Malaysia.
Tarikh :9 Januari 2022 @ Ahad
Masa :2.30PM -4.30PM
Penyertaan :Terbuka
Medium :FB Live
Link : https://buff.ly/33j1eAV
Pendaftaran : https://buff.ly/3GcGHfL
Sijil Digital disediakan
Sebarang pertanyaan, sila hubungi*
Azli : +60 18-9795489
Belinda : +60 11-6194 9985
15/12/2021
🔊PRORGAM PJJ UUM – KEMASUKAN JANUARI 2022/2023 DIBUKA SEKARANG🔊
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pengambilan JANUARI 2022/2023 sudah dibuka dan akan ditutup bagi FASA 1 pada 19 Disember 2021. LIMA (5) Program program Ijazah Sarjana Muda PJJ (separuh masa) adalah seperti berikut:
✅ Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)] – Semua pusat – 5 Tahun
✅ Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)] – Main Campus UUM & KL – 5 ½ Tahun
✅ Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)] – Main campus Sintok & KL - 5 ½ Tahun
✅ Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)] – KL - 5 ½ Tahun
✅ Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)] – KL – 5 tahun
BERIKUT adalah KELEBIHAN program PJJ UUM.
✳️ Pengambilan Pelajar 4 kali setahun – Januari , April, Julai dan Oktober
✳️ Semua program mendapat pengiktirafan penuh akreditasi MQA
✳️ Pertemuan kuliah diadakan 4 kali dalam satu semester dengan pensyarah IPTA yang berpengalaman.
✳️ Kuliah akan dijalankan sebulan sekali pada hujung minggu.
✳️ Modul bercetak yang komprehensif dalam Bahasa Malaysia.
✳️ Pembayaran yuran yang Fleksibel
✳️ UUM kini mempunyai 13 pusat pembelajaran di seluruh Malaysia
Sebelum memohon calon perlu membayar wang proses terlebih dahulu sebanyak RM100. Pembayaran wang proses perlu dibuat di link berikut: https://buff.ly/3ijvlMY
Boleh memohon terus di laman web kami seperti berikut: https://buff.ly/3us5Ttx
Maklumat lanjut hubungi Perunding Akademik kami seperti berikut
https://buff.ly/3zfie55
https://buff.ly/3hFpkde
https://buff.ly/2Xxin7k
03/11/2021
Universiti Utara Malaysia (UUM) buat julung kalinya disenaraikan dalam kelompok 100 universiti terbaik di Asia apabila Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2022 mengumumkan kedudukan ranking universiti di rantau ini, petang tadi.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, kedudukan UUM di tangga ke-98 berbanding 107 tahun lalu merupakan pencapaian terbaik universiti, sekali gus membuktikan bahawa segala perancangan yang dilakukan sejak bermula Pelan Strategik UUM pada 2011 sememangnya tepat dan universiri berada di landasan betul.
Menurutnya, lonjakan demi lonjakan secara konsisten yang ditunjukkan saban tahun merupakan usaha bersama yang patut dibanggakan setiap warga universiti memandangkan sukar untuk mendapat tempat dalam senarai universiti terbaik dunia, apatah lagi di Asia kerana ia melibatkan reputasi sesebuah universiti.
“Kita berjaya tersenarai dalam 100 universiti terbaik Asia ini berdasarkan peningkatan dalam reputasi dari sudut akademik dan reputasi majikan. Pencapaian tersebut dibantu dengan elemen atau asas yang dirangka dalam pelan strategik berkaitan kualiti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan membangun mahasiswa secara holistik.
“Di samping itu, kualiti kurikulum yang dirangka juga mendapat kepercayaan ahli akademik luar yang impaknya dapat dilihat melalui jumlah akreditasi yang diterima, sekali gus menunjukkan kualiti kurikulum UUM merupakan antara yang terbaik dan terjamin sehingga memberi keyakinan kepada majikan terhadap kualiti graduan yang kita hasilkan,” katanya lagi.
Prof. Dr. Haim Hilman berkata, universiti akan terus memperkukuhkan jenamanya bukan sekadar di persada nasional, malah antarabangsa agar kepercayaan dan keyakinan terhadap reputasi UUM meningkat.
Menurutnya, beliau berharap agar warga universiti dapat melipatgandakan usaha bekerja secara berpasukan bagi menjayakan agenda universiti termasuk Gagasan Gemilang Akademia & Admin Holistik (GAGAH) kerana masih banyak yang perlu dilaksanakan untuk meletakkan UUM sebaris dengan universiti-universiti ternama dunia.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Website
Address
Professional & Continuing Education Center (PACE), Universiti Utara
Sintok
06000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |