1MH

1MH

Share

1 MALAYSIA HOMESTAY Bertujuan menjadi organisasi untuk membantu dan saling tolong menolong pengusaha-pengusaha seperti homestay / inap desa / inap kebun di seluruh Malaysia!

22/04/2026

[TEKNIK PADU NAIKKAN SERI HOMESTAY – BARULAH NON-STOP ORANG BOOKING! 🏠✨]
​Pening fikir kenapa homestay orang lain asyik penuh, tapi homestay kita krik-krik? Kadang-kadang bukan sebab harga, tapi sebab "aura" rumah kita tu!
​Nak bagi tetamu jatuh cinta pandang pertama? Cer buat 5 benda ni:
​📸 1. CIPTA "SPOT INSTAGRAMMABLE"
Zaman sekarang, orang cari tempat yang 'lawanya kalau masuk IG'.
​Buat satu sudut estetik: Letak kerusi rotan, pokok hijau (indoor plant), atau neon light.
​Bila tetamu ambik gambar & tag korang, tu marketing percuma tau!
​☕ 2. UPGRADE 'COFFEE STATION'
Jangan bagi kopi paket 3-dalam-1 je. Sediakan mesin kopi murah atau set teh yang cantik. Tetamu rasa dihargai bila bangun pagi boleh 'feeling' macam kat cafe.
​📶 3. WI-FI LAJU & SMART TV
Ini wajib! Zaman sekarang orang nak Netflix & Chill. Kalau Wi-Fi laju, budak-budak pun tak meragam, mak ayah pun senang hati nak stay lama.
​🛏️ 4. CADAR PUTIH ALA HOTEL
Kenapa hotel guna cadar putih? Sebab nampak BERSIH dan MEWAH. Tukar cadar bercorak bunga-bunga tu ke putih plain. Automatik bilik nampak luas dan eksklusif.
​🗺️ 5. JADI 'TOUR GUIDE' DIGITAL
Sediakan satu frame kecil ada QR Code. Bila tetamu scan, terus keluar list "Lubuk Makan Best" atau "Tempat Viral" area situ. Benda mudah dan simple tapi tetamu rasa sangat prihatin!
​💡 TIPS EXTRA:
KOLAM dan bilik air luas kena ada. Jangan hanya untuk orang kurus je. Ada kemampuan luaskan lagi bilik mandi dan tandas tu. Jika mampu bath tub atau kolam cukup luas boleh lunjur kaki.
Cuba kau tidur semalam kat homestay sendiri. Kalau kau pun rasa selesa, insyaAllah tetamu pun akan rasa benda yang sama dan bagi 5-STAR REVIEW! ⭐⭐⭐⭐⭐
​Kome ada tips lain lagi tak nak bagi homestay nampak 'letop'? Share la kat ruangan komen! 👇

29/03/2026

Kitaran cuaca besar

20/03/2026
13/03/2026

India dalam keadaan bermusuhan dengan China, terpaksa menerima perjanjian dengan AS yang memerangkap ekonomi India?

India Dipaksa membeli minyak AS yang sangat mahal berbanding minyak Rusia.

Walaupun begitu, India terpaksa merayu kepada AS supaya dibenarkan pembelian minyak Rusia yang telah dibeli lebih awal?Bayangkan keruntuhan ekonomi bakal India lalui, dengan kos minyak meningkat berganda-ganda berbanding sumber dari Rusia?Keruntuhan ekonomi India atas dasar mencari sokongan AS dalam konflik sempadan dengan China benar-benar dipermainkan oleh kuasa besar veto PBB. koleksi video dari media india

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Simpang Ampat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Simpang Ampat