CREaTE

CREaTE

Share

Photos from CREaTE's post 14/05/2026

Kursus Penyediaan Anggaran Kos Awalan (AKA), Preliminary Detailed Abstract (PDA), Anggaran Jabatan (AJ) & As Tendered Detailed Abstract (ATDA) yang disampaikan oleh Sr Nurifidatul Ema binti Saaidin dan dibantu oleh fasilitator Puan Masni binti Hamburg telah dihadiri seramai 25 orang peserta pada 11 - 12 Mei 2026 di Bilik Kuliah Al-Khawarizmi, Aras 2, Blok A, CREaTE.
Kursus Penyediaan Anggaran Kos Awalan, Preliminary Detailed Abstract (PDA), Anggaran Jabatan dan Analisis Tender Dan Anggaran (ATDA ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran peserta dari kalangan pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR), kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan dalam penyediaan anggaran kos projek pembinaan bangunan secara sistematik, tepat dan selaras dengan prosedur, standard serta amalan semasa kerajaan. Kursus ini juga bertujuan memperkukuh kompetensi pegawai dalam membuat penilaian kos yang lebih tepat, meningkatkan keupayaan membuat keputusan berkaitan kewangan projek serta memastikan pengurusan kos pembinaan dilaksanakan secara profesional, telus dan memberi nilai terbaik kepada kerajaan.

Sepanjang kursus selama dua (2) hari di CREaTE JKR, peserta didedahkan kepada kaedah penyediaan Anggaran Kos Awalan, PDA, Anggaran Jabatan dan ATDA termasuk prinsip pengiraan kos, analisis kadar harga, Penyediaan Anggaran Awalan berdasarkan rujukan-rujukan panduan makluman kos seperti Kos Purata Semeter Persegi (Bangunan) dan kaedah-kaedah lain. Peserta dilibatkan dengan aktiviti berkumpulan dan sesi pembentangan bagi Penyediaan As Tendered Detailed Abstract (ATDA) Cabutan Butir-butir Tender dan Penyediaan As Completed Detailed Abstract (ACDA) Cabutan Butir-butir Seperti yang disiapkan serta didedahkan DO’S & DON’TS dalam penyediaan AKA,PDA, ATDA DAN ACDA.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penceramah yang sangat bertenaga dan berpengalaman dari Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, ibu pejabat JKR Malaysia yang telah berkongsi ilmu dan pengalaman berharga. Tahniah juga kepada semua peserta atas penyertaan aktif dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kursus ini.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

Photos from CREaTE's post 14/05/2026

Kursus Kursus Komunikasi Berkesan - Pengurusan Aduan yang disampaikan oleh Encik Norazmi bin Bakar telah dihadiri seramai 18 orang peserta pada 07 Mei 2026 di Bilik Kuliah Al-Farghani, Aras 1, Blok A, CREaTE.

Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi peserta dalam mengendalikan aduan pelanggan atau orang awam secara profesional, berkesan, dan berhemah bagi mengekalkan kepuasan serta imej organisasi.
Terima kasih diucapkan kepada penceramah dan fasilitator yang telah berkongsi ilmu dan pengalaman berharga. Tahniah juga kepada semua peserta atas penyertaan aktif dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kursus ini.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

Photos from CREaTE's post 14/05/2026

Kursus Juruaudit Dalam Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) ISO 45001:2018 yang disampaikan oleh Encik Shuhaimi bin Abdul Rahim telah dihadiri seramai 28 orang peserta pada 05 - 06 Mei 2026 di Bilik Kuliah Al-Razi, Aras 2, Blok A, CREaTE.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan, kemahiran, dan kefahaman kepada peserta tentang cara melaksanakan audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara sistematik dan berkesan.
Terima kasih diucapkan kepada penceramah dari yang telah berkongsi ilmu dan pengalaman berharga. Tahniah juga kepada semua peserta atas penyertaan aktif dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kursus ini.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

Photos from CREaTE's post 14/05/2026

Kursus Lesson Learnt: Integriti Dalam Projek Kerajaan anjuran CREaTE JKR selama dua hari ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penghayatan peserta dari kalangan pegawai JKR dan peserta kursus dari agensi kerajaan terhadap kepentingan integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik dalam pengurusan projek kerajaan. Kursus ini memberi penekanan kepada pengenalpastian risiko integriti, salah guna kuasa, konflik kepentingan, ketirisan serta isu pematuhan yang berpotensi berlaku di setiap peringkat pelaksanaan projek. Melalui perkongsian pengalaman, analisis kes sebenar (lesson learnt), Laporan Ketua Audit Negara dan kupasan perundangan serta tatakelola oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pegawai Integriti Jabatan dan bekas pegawai Bahagian Integriti CDPK, JKR, peserta didedahkan kepada pendekatan pencegahan, mekanisme kawalan dalaman serta amalan terbaik dalam memperkukuh budaya integriti, seterusnya memastikan pengurusan projek kerajaan dilaksanakan secara telus, profesional dan berintegriti.

Terima kasih diucapkan kepada kombinasi penceramah hebat dari SPRM, CREaTE dan JKR WPKL yang telah berkongsi ilmu dan pengalaman berharga. Tahniah juga kepada semua peserta atas penyertaan aktif dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kursus ini.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

Photos from CREaTE's post 14/05/2026

📸Sedang berlangsung 7th CREaTE TECH TALK 2026 (CTT) di Dewan Utama, CREaTE dengan tema “Speak Your Mind!”.

Tarikh : 14 Mei 2026
Masa : 8.00 pagi- 5.00 petang
Tempat : Dewan CREaTE

Pembentang 9
Amir Bin Saleh
Unit Inovasi Kejuruteraan, BIPPK
Technology Readiness Level (TRL)

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

Want your organization to be the top-listed Government Service in Simpang Ampat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi (CREaTE) Jabatan Kerja Raya Malaysia, Jalan Kemus, Alor Gajah, Melaka
Simpang Ampat
78000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00