Azmar FPR

Azmar FPR

Share

Investment Planning Services

14/05/2023

Nota 2

Kau pakai AI, then kau tanya kat AI:
"Bagaimana mahu jadi bisnesman yang berjaya?"

Ini satu penghinaan kat mesin AI tu.

Ibarat kau bawak kereta Lamboghini, tapi bawak 20kmh.
Sama level pemikiran kau.
Kau masih ingat dia macam google search.

AI ni ko kene tease brain ni.
Ia level sampai kau boleh train dia jadi PA kau!

Untuk train AI ni Ia bermula dengan "PROMPT"
Prompt ni lah yang kau kene master.

Instead of that, why not kau tanya macam ni.

"Aku orang kampung. Aku nak duduk kat kampung selepas habis ijazah nanti. Bila habis ijazah aku nak buat bisnes. Bisnes secara kampung. Aku ada pengalaman selama 5 tahun dalam memasak semasa membantu mak aku meniaga warung dulu.
Selepas habis ijazah nanti aku nak meniaga makanan.
Aku nak pakai platform media sosial seperti tiktok, instagram dan website untuk pengiklanan digital. Aku nak meniaga western sebab orang kampung aku s**a makan masakan western.
Kampung aku terletak kat Muar Johor.
Pop**asi kampung aku seramai 30 ribu orang. 90% Melayu.
Bla bla bla bla........."

Lepas tu AI akan bagi jawapan....sekian sekian sekian

Lepas tu kalau kau nak tambah lagi tambah la perencah apa yg kau nak, kau cakap ada penambahan maklumat seperti bla bla bla bla.

Haa giteww.

Kau faham tak cakap aku ni?
Kalau tak faham lantak kau.

Dan lagi satu kau jangan la p**ak tiru ayat aku tu.
Tu contoh je.

Practise makes perfect.

Jangan tak cuba teknologi baru.
Teknologi baru adalah untuk kita adapt, bukan untuk kita avoid.

Malu la kat aku yg dah tua ni masih lagi belajar ilmu baru.

Jangan jadi macam Nokia.

14/05/2023

Nota 1.

Kenaikan OPR dari 2.75% kepada 3% akan menaikkan installment loan dan ini akan membebankan peminjam loan dari bank.
Tetapi +ve side, iini juga akan menaikkan kadar faedah FD.

OPR paling tinggi adalah 3.25% pada tahun 2018.
Ia menurun pada tahun 2020 kepada 1.75%.
Dengan penurunan tu ramai yang ambil loan baru.

Bila OPR menaik peminjam loan baru akan terasa bebanan nya.

Kat sini kita lihat mindset.
Mindset bila ada lebihan, kita cenderung amik hutang baru.

OPR tak mustahil naik lagi sehingga 3.25% seperti tahun 2018

OPR naik mengakibatkan perbelanjaan mengurang.
Bila perbelanjaan mengurang, supply akan terlebih.
Tu salah satu cara counter back inflation.

OPR ni ada bagus dan ada tak bagus.
Kalau semua syok, kita tak duduk kat dunia, kita duduk kat syurga,

02/04/2023

Semasa ke kedai tadi bersama wife, sembang2 lah.
Wife bgtau ada satu syarikat nama besar tapi bagi gaji rendah, RM1700/sebulan sahaja.
Saya rasa ini tak memeranjatkan.
Gaji sebesar ni sama macam saya masa mula2 start bekerja ujung tahun 90an dulu.

Kalau gaji serendah ni lah, ada baik nye kerja sendiri je. Jual nasi lemak silap2 pendapatan lagi lumayan.

Teringat saya kat tiktok ada seseorang tu share betapa tukang besi kat tempat dia dimonopoli oleh orang Bangla.
Sebut bangla ni bukan sektor ni je, sebalik nya semua sektor.

Masyakat kita tak nampak peluang. Sebab cara didikan kita, lepas belajar cari kerja.
Robert Kiyosaki ada cakap pasal bende ni

Lepas belajar cari kerja. Kalau tak dapat kerja tunggu. Ada yg menganggur berbulan2 ada yg bertahun2.

Realiti nya kita gagal mencipta pekerjaan yang mana orang asing berjaya cipta pekerjaan dan meratah kekayaan dalam negara kita.

Orang asing nampak peluang tetapi orang tempatan terasa negara ni tak leh hidup.

Banyak sebenarnya peluang zaman skang ni
Tukang kayu pun boleh jadi youtuber berjaya.
Jadi tukang kayu boleh buat rumah tanpa kerja dgn org

Dari segi pertanian p**a kita banyak pandang rendah.
Buahan saja kita import berjuta2 tan.
Tanah kat negara kita luas tapi banyak yg kosong terbiar dan kita tak pandai ambil peluang.
Bangla ni kalau ada tanah agaknya, dah kaya dah bangla ni. Tu sebab kat Sekinchan atau Tg Karang, orang asing berjaya usahakan sawah padi dgn cara menyewa saja

Pertanian zaman sekarang bukan macam zaman dulu.. Zaman sekarang pakai teknologi dah. Tu belum lagi bantuan yg kerajaan bagi.

Nasib baik ada orang macam coach bahar yg banyak bagi galakkan dalam pertanian dan menyedarkan orang ramai senang dan untung nya jika kita bertani.

BNM: Malaysians May Deplete Retirement Savings 19 Years Before Death 02/04/2023

Kat malaysia akan datang mungkin ramai warga emas yg masih bekerja di penghujung usia.

BNM: Malaysians May Deplete Retirement Savings 19 Years Before Death (Image: The Malaysian Reserve/Razak Ghazali Bank Negara Malaysia (BNM) has cautioned that the retirement savings of an average Malaysian may likely dry up

Weak ringgit versus high-income aspiration 13/11/2022

Worth reading.

Weak ringgit versus high-income aspiration The ringgit’s rapid fall against the US dollar this year to levels unseen since the 1997 Asian Financial Crisis (AFC) has shocked many in Malaysia. Year-to-date, it has fallen by about 13%.

Want your business to be the top-listed Accountant in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Shah Alam
40000