Siar

Siar

Share

TikTok ยท rasamata924 29/07/2025

https://vt.tiktok.com/ZSSMTPaCc/ beli sini gais

TikTok ยท rasamata924 Check out rasamata924โ€™s video.

Photos from Siar's post 20/03/2022

Deru Kuala Terengganu- Airbnb

Selalu ulang alik Shah Alam- Kuala Terengganu, boleh kata setiap bulan dalam 3-4 kali mesti datang sini bermula August 2021 atas urusan kerja. Alhamdulilah rezeki berpanjangan di sini kerana dari satu project bersambung ke project seterusnya dan Insya Allah akan diteruskan ke project lain jika rezeki berpihak pada kami lagi.

Sepanjang keberadaan di Kuala Terengganu, ini kali kedua, kami menetap di Airbnb, atas faktor untuk proses check in Airbnb agak rumit prosedurnya berbeza dengan Hotel, itu sebab jarang Airbnb menjadi pilihan utama kami. Akan tetapi untuk kali ini, nasib tidak menyebelahi kami kerana semua hotel penuh.

Terpaksa mencari Airbnb dan tak semena terjumpa Airbnb Deru ni, tanpa berlengah terus booking. Harga boleh check melalui Airbnb Apps. Harganya sangat berbaloi dengan kualiti kemudahan yang disediakan. Paling best hiasan dalaman dia sangat berbeza dengan Airbnb lain, jauh terpesong daripada tipikal homestay/ airbnb ( pemilik mempunyai citirasa) . Pengalaman menetap di sini, sangat berpuas satu, dari segi keselesaan memang paling terbaik. Isi rumah ini boleh didiami seramai 6 orang dalam satu masa. Dilengkapi mesin air Coway, Dyson Blade-less Fan, Dyson Vacum, Netflix, Coffe Maker, Parking dan sebagainya.

Selain itu, tarikan utama anda dijanjikan dengan permandangan pantai melalui tingkap utama living hall serta Terengganu Drawbridge berdiri megah dapat disaksikan.

Jangan lupa senaraikan Deru Airbnb sebagai salah satu Airbnb wajib stay apabila datang ke Kuala Terengganu. Percayalah, pasti anda akan sangat berpuas hati dan bermalasan untk check out ๐Ÿ˜‚. Paling tak best, sebab semalam kami sendiri check in lewat malam sebab habis kerja dan tengah hari kena p**ang Shah Alam semula. Masa singkat sangat untuk menetap! Bila dah dapat Airbnb yang best, please jangan buat sepah dan kotorkan ๐Ÿ˜€

Photos from Siar's post 11/11/2021

BANJARAN GLAMPING, REMBAU. NEGERI SEMBILAN

Ini merupakan pengalaman kali kedua kami di Banjaran Glamping. Pertama datang beberapa bulan dahulu, Glamping masih dalam pembinaan, hanya bekesempatan menikmati hidangan pizza dan mencuba aktivit ATV sahaja.

Sebaik tiba di Banjaran Glamping, sementara tunggu proses Check In selesai, kami dhidangkan dengan Welcoming Drink bagi menyejukkan tekak kerana setibanya kami keadaan cuaca agak begitu panas terik. Ketika ini, hanya terdapat 2 buah khemah sahaja di sini dan satu khemah boleh memuatkan 4-5 pax bagi dewasa, kawasan dalam khemah sangat luas dan begitu selesa. Selain itu, terdapat kipas dan portable aircond bagi menyejukkan suasana dalam khemah,terutamanya waktu siang kerana waktu malam memang sejuk!

Kami begitu teruja kerana akhirnya dapat juga merasai bermalam dekat Glamping yang dipenuhi dengan hutan menghijau dan bukit bukau. Begitu tenang serta mengasyikan. Ketika waktu malam, cuaca begitu sejuk. Antara aktiviti malam yang disediakan oleh pihak Banjaran Glamping adalah BBQ dan wayang pacak, kebetulan waktu kami menginap, hujan dengan lebat dan aktiviti BBQ tidak dapat dijalankan, tetapi wayang pajak diteruskan di dalam cafe. Berdekatan dengan kawasan Glamping juga terdapat cafe yang disediakan untuk memudahkan pengunjung untuk menikmati makan malam, dan tidak perlu keluar untuk mencari makanan. Terdapat pelbagai menu yang begitu menyelerakan. Terutamanya pizza dan mushroom sup harus wajib dicuba. Akan tetapi untuk dinner, tidak termasuk di dalam pakej. Terdapat juga aktiviti ATV yang wajib dicuba, kerana anda akan di bawa untuk merasai track yang begitu mencabar tetapi begitu menyeronokkan mengikut pakej yang anda ambil.

Dari segi kemudahan tempat untuk mandi dan tandas, sangat luas, selesa dan bersih cuma berada di luar tetapi hanya bersebelahan khemah sahaja. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana seluruh kawasan diterangi dengan lampu dan kawasan Glamping turut diawasi oleh pihak Banjaran bagi memastikan keselamatan pengunjung yang menginap.

Pakej untuk menginap di Glamping telah termasuk dengan Breakfast, maka sekali lagi tidak perlu risau soal sarapan pagi, segalanya telah disediakan. Cuma jika anda orang yang heavy breakfast iaitu perlu makan nasi ketika sarapan, anda disarankan untuk keluar ke kawasan sekitar mencari makanan kerana menu sarapan pagi yang disediakan pihak Banjaran Glamping merupakan sarapan bercirikan Western.

Akhirnya sekali, memang menyeronokkan dan pengalaman yang begitu berharga sepanjang menetap di sini, tambahan p**a dengan layanan begitu cemerlang pemilik Alif & Intan serta staff yang lain. Terima Kasih di atas segalanya. Semoga kita jumpa lagi. ๐Ÿ˜

Photos from Siar's post 15/09/2021

ARENA BOUTIQUE HOTEL, KUALA TERENGGANU

Sangat berpuas hati dan sangat berbaloi-baloi. Kalau berkunjung ke Kuala Terengganu, sila pastikan hotel ini menjadi salah satu destinasi penginapan WAJIB singgah. Dengan harga yang begitu murah, anda akan dapat p**angan keselesaan yang setanding hotel mahal lain.

Kami akan, pastikan akan menginap di hotel ini, setiap kali terdapat urusan kerja di Kuala Terengganu. Bukan soal harga tapi keselesaan menjadi keutamaan. Kali ketiga kami menginap di sini tempoh hari. Terletak di kawasan tengah bandar juga merupakan satu faktor yang mendorong hotel ini begitu strategik, berhadapan dengan pelbagai jenis bank dan senang untuk mencari tempat untuk makan.

Tetapi setiap kelebihan pasti akan ada kekurangan, dari segi faktor kekurangan agak minimal sahaja dan berharap pihak pengurusan hotel dapat mengambil tindakan pada masa akan datang. Pertamanya adalah faktor " kawasan meletak kenderaan yang sangat limit, jika p**ang lewat malam dan waktu anda menetap adalah waktu kemuncak hotel penuh dengan pelanggan, maka berpusing-pusing jugak la untuk mencari kawasan sesuai untuk meletak kenderaan anda. Manakala kekurangan kedua adalah, layanan daripada Staff, berharap perbanyakkan praktis untuk lemparkan senyuman kepada tetamu anda sudah begitu memadai ๐Ÿ˜.

Akhir kata, singgahlah hotel ini. Sangat berpuas hati!.

Want your hotel to be the top-listed Hotel in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Shah Alam
40000