Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan
SEKOLAH RENDAH ISLAM TENAGA INSAN (PEJABAT)
39-2, Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
https://maps.app.goo.gl/5uL1Q26FsMCfT4wy8
16/05/2026
πΈβ¨πΈ SAMBUTAN HARI GURU SRI TENAGA INSAN 2026 πΈβ¨πΈ
Alhamdulillah, segala syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dapat kami laksanakan program Sambutan Hari Guru dengan jayanya!!
Sambutan hari guru pada tahun ini bertemakan "JIKA AKU BUKAN GURU". π€©
Sambutan kali ini diadakan dengan sangat meriah yang diisi dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan bukan hanya guru, malah pelajar juga π€
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
π©βπ³ Kerjaya Show
π€ Nyanyian Lagu "Kami Guru Malaysia"
π€ Salaman Kasih bersama Murid
π€Ή Persembahan Murid
π¬ Tayangan Filem Pendek
π Pemberian hadiah dari murid
π€Όπ» Pelbagai game yang menarik!
Semoga dengan segala aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara mu'allim mu'allimah dan semua pelajar, juga dapat menanam sikap menghormati dan menghargai jasa guru dalam diri para pelajar. Aamiin2 ya Rabbal 'Alamiin π€²π»π
Boleh saksikan juga video persembahan dan pelbagai aktiviti sepanjang hari guru pada pautan di bawah:
Tiktok: https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-96PR1UpFfa0
Youtube:
https://youtube.com/?si=SYWgaKa5XzTA8zW5
15/05/2026
Kami warga SRI Tenaga Insan ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA INSAN YANG BERGELAR GURU β¨π₯°π
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.
Dalam setiap ajaranmu tersembunyi harapan yang membara,
Dalam setiap teguranmu tersirat doa yang penuh makna,
Dalam kemarahanmu tersimpan kasih sayang yang mendalam,
Dalam diammu terserlah kebijaksanaan yang tidak ternilai,
Dan dalam genggaman tanganmu, terbina sahsiah yang kukuh dan mulia.
Terima kasih GURUKU π
12/05/2026
Alhamdulillah atas segala kurnia dan inayah dari Allah S.W.T, dapat kami jalankan sebuah program yang bertajuk "KESEDARAN ANTI BULI" dengan kerjasama pelajar-pelajar Sarjana (Master) Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang keburukan sikap membuli, kepentingan menghormati rakan dan membendung budaya buli di sekolah.
Semoga dengan adanya program ini dapat mendidik diri murid untuk tidak melakukan sebarang perbuatan yang membawa kepada buli. Diharapkan juga supaya murid dapat lebih menghormati dan sayang menyayangi sesama rakan, ibu bapa, adik beradik dan guru.
Akhir kalam, semoga kes buli di mana-mana sekolah dapat dihentikan supaya tidak berlaku kemalangan jiwa, mental dan fizikal di kalangan murid. Aamiin ya Rabbal 'Alamiin π€²π»
30/04/2026
π₯°β¨ ALHAMDULILLAH THUMMA ALHAMDULILLAH β¨π₯°
Pada Hari Anugerah Kecemerlangan Gabungan Sekolah Islam Swasta (GASIS) Tahun 2026, Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan telah berjaya meraih dua anugerah iaitu:
π TEMPAT KEDUA TERBAIK PSRA 2025
π TEMPAT KEDUA TERBAIK UPKK 2025
β¨πβ¨πβ¨πβ¨πβ¨πβ¨π
Segala puji dan rasa syukur kami panjatkan ke hadrat Allah S.W.T di atas penganugerahan ini.
Seterusnya, setinggi2 penghargaan kepada Pihak Pengurusan dan Para Asatizah SRI Tenaga Insan yang telah memberikan yang terbaik kepada anak2 tahun 5 & 6 sehingga mencapai kejayaan ini.
Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa membantu dan membimbing anak2 dalam pembelajaran, sehingga berkorban masa dan tenaga demi memastikan kejayaan mereka.
Semoga kejayaan yang dicapai ini dapat dikekalkan, dan menjadi lebih baik dari tahun ke tahun. Aamiin2 ya Rabbal 'Alamiin π€²π»
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
No 10-1, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13
Shah Alam
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 16:00 |
| Tuesday | 09:00 - 16:00 |
| Wednesday | 09:00 - 16:00 |
| Thursday | 09:00 - 16:00 |
| Friday | 09:00 - 16:00 |