Muslim Bebas Rokok
10/09/2021
🙂
SYARIKAT ROKOK PALING GERUN JIKA UMAT ISLAM BOIKOT MEROKOK
Fatwa pertama yang mengharamkan penggunaan tembakau telah di keluarkan sejak tahun 1602.
Bimbang dengan perkembangan ini, dari tahun 1970-an hingga akhir 1990 an, Syarikat tembakau telah berusaha untuk melemahkan pengaruh pandangan fatwa terhadap merokok.
Antara strategi yang dilakukan untuk mengelakkan dari pengaruh fatwa adalah,
✅ Dengan menwar warkan kempen fatwa Islam sebagai idea extrimis
✅ Fatwa sebagai “fundamentalis" yang ingin kembali kepada undang-undang syariah, 
✅ Ia boleh menjadi ancaman kepada kerajaan yang sedia ada
Kini, terbukti kempen mereka BERJAYA.
Walaupun telah di fatwakan sebagai HARAM, tidak ramai yang melihat ia sebagai satu saranan yang serius.
Ramai yang mempersendakan fatwa ini dan memberi pelbagai alasan untuk menidakkan saranan Fatwa. (Rujuk ruangan komen)
Ketahuilah, ini adalah apa yang “mereka” paling geruni.
Sekiranya umat islam di seluruh Malaysia memboikot dan berhenti merokok, TIDAK MUSTAHIL kilang dan syarikat rokok akan gulung tikar kerana sebahagian besar perokok di Malaysia adalah di kalangan umat islam (55%).
Bolehkah anda menyahut cabaran ini?
Bagaimana hendak berhenti merokok?
Kunjungi Klinik Berhenti Merokok dan ketahui lokasi perkhidmatan tersebut di sini -->
https://jomquit.com
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
Shah Alam
40150