Sifu Rekod, FPM

Sifu Rekod, FPM

Share

11/03/2025

Nah!

Akhirnya...

Bidang Pengurusan Rekod dan Pentadbiran Arkib mempunyai seorang Profesor selepas YM Dato' Prof Dr Raja Abdullah Yaacob (Pak Ray) [Mantan Dekan Fakulti Pengajian Maklumat/Kajian Sains Perpustakaan Dan Maklumat].

Tahniah buat Prof Dr Azman Mat Isa (AMI) dengan kenaikan pangkat baru-baru ini.

Adik-beradik sifu berasa cukup bangga dan gembira.

Moga Sifu Prof AMI dipermudahkan segala urusan terutama didalam bidang pengurusan rekod dan pentadbiran arkib dan kembali menaikkan imej dan kehebatan FAKULTI SAINS MAKLUMAT nanti (insya Allah tahun ini) [dulu : Fakulti Pengurusan Maklumat].

Tahniah sekali lagi!

*Gambar : Prof AMI (kiri) bersama VC UiTM.

11/03/2025

14 Mac 2025 : Jumaat.

Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan.

Dah berusaha bersungguh-sungguh, maka.. berdoalah selepas itu. Moga cemerlang keputusan anak-anak Sifu.

Yang konon-konon berusaha, tak perlulah mengharapkan sesuatu. Cermin diri sendiri.

Kalau ada yang gagal, salahkan diri sendiri. Kerana gagal berusaha. Jangan selepas ini meluahkan perasaan dalam "PUNDANA Confession" p**a. Budaya menjengkelkan meluah-luahkan perasaan benci, sayang, s**a, hebat, bijak... di dalam media sosial. Untuk apa?

Apapun..

Selamat berpuasa anak-anak Sifu. Anak dari zaman dinasour sehinggalah anak yang dah masuk level cucu kepada sifu. Moga kalian bergembira dan berbahagia bersama anak, isteri/suami dan keluarga tercinta.

-Sifu : kalau buat Sukan ALUMNI Rekod ni.. mesti best.

Photos from Sifu Rekod, FPM's post 19/01/2025

Nah!

Bers**an dikala semua orang tidur.

Strategi itu penting.

Insya Allah.. dengan pengurusan Jawatankuasa terbaharu iREC, sesuatu yang baharu akan muncul. Sifu doakan.

Want your university to be the top-listed University in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Shah Alam