SiakMan
10/05/2024
COMEL MOLEK.
Lepat pisang.
Saiz kunci Perodua.
Rasanya sedap.
Cara wan2 d kampung kukusnya.
2 kali ngap dah habis.
Kesan kenaikan harga barang.
Sapot tetap sapot acik ni yg seangkatan dgn DarSa FC.
Esok Nk rasa Kueh Kampung Awah, Jln Temerloh-Maran.
Bawa Tuan Guru Ismail Khalil nikmati. Anak murid tuan guru mesti sedia yg sedap2 belaka.
07/04/2024
MANA2 JEM.
PATUHI ARAHAN!
Jem!
Kaunter beras 5kg.
Max 2 bag je boleh ambil.
Tak cukup?
Masuk dalam cari ubi kayu!
……………………………………..
Di dalam!
Dialog jelas kedengaran.
Planning mama 1)
Kakak masuk kiri. Ambil bla…bla…
Mama k kanan. Nak pilih rempah… bla…bla…
Berdebar anak 2)
“Ya Allah baba, umi cakap tadi ambil susu kotak. Kita silap. Ni susu serbuk. Tak jadi rendang umi nanti.”
“Baba patah baliklah. Ko gi dulu. Umi dh tercegat kat barisan kaunter bayaran tu.”
Aturan mak 3)
“Abang beratur kaunter 2. Ayang kaunter 3. Adik tu dah masuk beratur kaunter 4.”
“Lepas bayar karang abang pass kad bank dekat adik. Adik p**ak nak touch kad tu nanti.”
Kaum wanita mendominasi arahan di pasar. Jgn sesekali cuai arahan. Mendapat bebelan nanti. Patuh tau!
30/03/2024
LASAK. S**A USIK ADIK. LEMAH PELAJARAN. AYAHNYA DAH RISAU.
——————
Nota:
Penulisan d bwh ini adalah daripada penulisan sy dalam group wasap bersama isteri & anak2. Silakan enjoy membacanya.
——————
Walid ada seorang kawan yg punyai anak lemah dlm pelajaran. Sudah di thn 6 sekolah rendah. Tapi anaknya masih merangkak membaca. Dia tak minat membaca & menulis. Bila disuruh terangkan semula apa yg dia baca, dia cakap dia tak faham.
Beberapa bulan lepas kawan walid bercerita dalam telefon. Entahlah anaknya kenapa begitu & begini. Seorang ni sahaja. Anak yang lain okey.
Kawan walid ceritakan anaknya itu aktif & lasak. Adik2 jadi mangsa usikkan dia. Dia kuat menyakat. Kuat juga henyak fizikal adik2.
Bila diusik, adiknya mengadu sakit. Sering berakhir dgn menangis. Hati adik2 pun sakit.
Ayahnya pun sakit hati juga. Mulalah menyirap nk marah. Bila dia tahu adiknya sakit & ayahnya mula nk naik darah, dia cepat2 lari. Bertambah geramlah ayahnya.
Cikgu sedia maklum kelemahan dia. Cikgu sampaikan juga kpd si ayah tentang tak bergerak sgt kepandaian anak itu di sekolah.
Si ayahnya seakan mengadu dgn walid perihal anaknya. Apa nak buat? Tak lama lagi nak sekolah menengah. Jauh lagi perjalanan anak ni. Masa depan dia dlm kerjaya nanti macamana. Banyaklah si ayah berfikir. Luahannya itu menampakkan ayahnya serabut.
Respeknya si ayah dah fikir jauh utk anak ini. Risau dia memang tinggi. Dia tak mahu anaknya tercicir. Tak mahu anaknya jadi orang yg tidak berguna.
Setiap hari ayahnya pantau pergerakan anak yg istimewa ini. Balik sekolah & sebelah malam ayahnya bagi pensil dan kertas. Bila ayah suruh tulis, anaknya menconteng. Menjadi stroke lakarannya. Ada bakat dlm lukisan & hasil seni.
Disebabkan bakat yg ada dan kurang minat membaca, ayahnya bagi buka youtube. Buka tapi dalam pemantauan rapi ayahnya. Ayahnya terpaksalah duduk sebelah anak setiap hari. Tapi anak lasak ni sekejap je duduk sebelah ayah. Lari sana sini.
Selepas tonton YouTube anaknya mula melorek2 apa yg diperhati. Hasilnya menjadi. Cantik. Berseni. Berbakat. Ayahnya hanya dpt mengintai aktiviti anak itu. Sbb anak tu s**a menyuruk buat kerja contengannya. Bila dia mula menconteng, nampak keasyikkan diraut mukanya. Selagi tak siap, dia tak berhenti.
Bila anaknya dah tidur. Atau tiada di rumah, ayahnya kumpul hasil contengan anaknya.
Ayahnya menelefon walid lagi. Bercerita perkembangan anaknya. Ayahnya dah mula nampak bakat si anak. Ayahnya tidak buntu lagi. Terus galakkan anak.
Ayahnya dah memikirkan bidang komersial kesenian anaknya. Ayahnya berhasrat nk hantar anaknya berperingkat2 ke kilang2 atau bengkel2 yg menghasilkan barang seni.
Ada juga tersebut dlm perbualan kami dedahkan anaknya dlm bidang pertukangan kayu. Menghasilkan kerusi & meja kayu. Lebih menarik gabungkan teknologi epoxy.
Harap suatu hari nanti anak ini jadi bisnesman hasil kerja berkaitan seni.
Rugi siapa tak tonton iklan raya PKNS 2024 ni!
IKLAN RAYA PKNS 2024 "CONTENG" Ketulusan menjanjikan ketenangan jiwa,kemaafan mampu mencipta rasa bahagia.--------------Filem Pendek Raya lakonan Jalil Hamid yang diadaptasi dari kisah ben...
16/03/2024
BERLAZAT-LAZATAN …Yum…Yum…Yum
Lazat semacam tinggi sikit maksudnya. Sebab tu kita sokmo sebut dgn perkataan sedap atau enak.
B*k makanan lazat bln puasa ni. Di masjid / surau sediakan makanan berbuka yg lazat2. Ajaklah anak2, ibu2, bapa2 & keluarga berbuka d surau. Ajak mrk yg kurang berkemampuan. Ini masa yg terbaik.
Good Contributor (penyumbang) niat Nk bg org makan. Mrk Nk pahala. Mari kita beri mereka pahala. Tak habis, Tak dapatlah mrk pahala sedekah itu.
Uci kalau bwa berbuka di surau kabo, “nak minum air sedap. Memang sedap”
Lazat yg lain p**a. Berlazat-lazatan dgn solat. Berlazat-lazat dgn Al-Quran.
Create sendiri cara Nk bagi lazat solat. Mengantuk pergi basuh muka. Ngantuk sangat, pergi mandi. Cari mana manis & lazatnya solat. Pasti jumpa. Okey!
Gitu juga lazat dgn Al-Quran, cari Quran yg membantu memudahkan bacaan. Ada mcm2 versi. Ada versi petunjuk tajwid, versi waqaf (tempat berhenti). Ada juga versi wanita, warna pink. Sy tak pernah buka versi ni. Sbb ia versi wanita, sy lelaki. Al-Quran memang lazat. Mari cari!
Selamat berbuka & bersahur dgn makanan lazat2.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Seksyen 8
Shah Alam
40000
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 18:00 |
| Tuesday | 10:00 - 18:00 |
| Wednesday | 10:00 - 18:00 |
| Thursday | 10:00 - 18:00 |
| Friday | 10:00 - 18:00 |