Shahir Rais

Shahir Rais

Share

Menguruskan pelan penggantian pendapatan, perlindungan pendapatan & MLTT.

03/09/2020

AKU ADA TAKAFUL TAPI TAK BOLEH CLAIM. TAKAFUL PENIPU. AHHH.. BENCINYA.

Mesti ada sebahagian golongan yang hadapi masalah macam ni atau kita jadi takut nak mohon takaful sebab dimomokkan begini.

Sebenarnya tiada syarikat takaful yang penipu. Yang rasa tertipu tu mungkin ada yang kurang jelas dengan terma dan syarat yang ada.

Ini antara punca kenapa tak boleh claim:-

- Manfaat yang kita ambik itu tak wujud dalam polisi kita.
Contohnya, kita ambik pelan Perlindungan Kemalangan (PA) yang cuma lindungi bila berlaku kemalangan sahaja tapi kita nak claim untuk kos rawatan sakit jantung, automatik claim kita tak akan lulus.

- Polisi takaful luput (lapsed).
Jika polisi yang kita ambik itu lapsed, secara automatik kita tak dilindungi dan dah tentu tak boleh claim.
Boleh aktifkan semula tapi umpama kena mula dari awal macam polisi baru dan harga caruman berubah mengikut semasa.

- Tempoh matang perjalanan kad medikal.
Takaful ini bukan seperti 'painkiller', makan bila rasa sakit. Tak sakit tak makan.
Kena fahamkan perjalanan dalam penggunaan kad medikal. Mohonlah dari awal kerana ada tempoh matang untuk penyakit atau perlindungan tertentu melainkan kemalangan. Perlindungan untuk kemalangan 24 jam selepas diluluskan.

Jelas dah kan?

Tiada siapa tipu siapa. Yang penting baca polisi yang kita terima, fahamkan. Ada masa 14 hari untuk kita batalkan polisi jika kita tidak puas hati dengan syarat dan terma atau boleh rujuk semula dengan ejen kita.

Jika dah jelas, boleh tekan link ni untuk saya tolong buatkan kad medikal anda. Nak yang murah ada, nak pelan 3 dalam 1 pun ada tapi bulan ni bulan terakhir. Jadi, mohon segera https://bit.ly/3grJ4OZ

30/08/2020

5 SEBAB KEMATIAN UTAMA

Mati itu pasti, tiada satu makhluk pun yang hidup akan kekal hidup. Pasti akan hadapi kematian.

Apa pun kita masih ada peluang untuk buat persediaan sebelum kita dijemput Ilahi. Yang mati, bahagian dia dah selesai tak perlu nak fikir apa dah. Tapi macam mana dengan keluarga yang si mati tinggalkan, hutang yang ditinggal siapa yang tanggung, dana pendidikan anak dan segala tanggungjawab simati juga secara automatik waris simati akan tanggung.

Bertambahlah komitmen waris si mati.

Tapi isu tu boleh ditangani dan beban dapat dikurangkan dengan adanya hibah untuk jadikan sebagai penggantian pendapatan si mati.

Waris si mati akan dapat satu pampasan tunai.

Mungkin ada yang cakap mahal tapi sebenarnya tak mahal pun untuk wujudkan hibah tu. 5%-10% anggaran Rm120 hingga Rm170 je dari gaji kita dah memadai untuk dapatkan minima Rm250k pampasan penggantian pendapatan untuk waris simati. Bulanan tu pun bergantung pada umur juga, lagi muda lagi murah.

Jadi, inilah persediaan yang kita boleh sediakan untuk waris kita selain dari persediaan amalan untuk diri kita sendiri untuk hari esok.

Tekan link ni untuk saya tolong buatkan 👉 https://bit.ly/3d6hxA4

Jom jemput semua ke channel telegram saya untuk kita kongsi cerita, pengalaman dan tips bertakaful. http://t.me/

Want your business to be the top-listed Finance Company in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Shah Alam
40170