ABJAD
26/12/2025
SEBELUM KOPI MENDINGIN
Toshikazu Kawaguchi
Sebuah kafe kecil yang tersudut di lorong dalam kota besar Tokyo, yang sejak seratus tahun menyajikan kopi yang diseduh dengan teliti, dikhabarkan boleh membawa pelanggannya mengembara ke masa lalu.
Namun peraturannya begitu banyak, sehinggakan tiada yang sanggup. Apalagi dengan sarat perlu kembali ke masa sekarang sebelum kopi mendingin. Sekejap benar, adakah berbaloi?
Melainkan empat orang yang memiliki kekesalan besar dan terdesak untuk menyampaikan sesuatu kepada seseorang, walau sedar realiti sekarang tidak akan berubah hanya kerana tindakan mereka itu.
Kisah-kisah indah yang menyentuh hati ini menimbulkan pertanyaan klise: apa yang anda mahu ubah jika diberi peluang kembali ke masa lalu? Lebih utama, siapa yang mahu anda temui, mungkin untuk kali terakhir?SEBELUM KOPI MENDINGIN
Toshikazu Kawaguchi
Sebuah kafe kecil yang tersudut di lorong dalam kota besar Tokyo, yang sejak seratus tahun menyajikan kopi yang diseduh dengan teliti, dikhabarkan boleh membawa pelanggannya mengembara ke masa lalu.
Namun peraturannya begitu banyak, sehinggakan tiada yang sanggup. Apalagi dengan sarat perlu kembali ke masa sekarang sebelum kopi mendingin. Sekejap benar, adakah berbaloi?
Melainkan empat orang yang memiliki kekesalan besar dan terdesak untuk menyampaikan sesuatu kepada seseorang, walau sedar realiti sekarang tidak akan berubah hanya kerana tindakan mereka itu.
Kisah-kisah indah yang menyentuh hati ini menimbulkan pertanyaan klise: apa yang anda mahu ubah jika diberi peluang kembali ke masa lalu? Lebih utama, siapa yang mahu anda temui, mungkin untuk kali terakhir?
12/10/2025
Buku underrated kedua.
Novel Pingit ialah cetakan semula dari karya Noor Suraya bertajuk Gadisku Wan Adnin. Karya indah kak Noor Suraya. Dengan latar jelapang padi negeri Kedah, sarat dengan serapan pelbagai budaya tradisi.
Mengisahkan Wan Adnin, yatim piatu yang dibesarkan oleh Tok Bonda, nendanya sendiri. Adnin dibesarkan sebagai gadis pingitan, umpama sunti abad 15 yang terperangkap dalam era moden.
Tok Bonda, perempuan berdarah kerabat, contoh archtype rumit, mentor dan antagonis sekali gus, mendidik Wan Adnin menjadi gadis dengan pelbagai kemahiran termasuk menjahit dan menenun. Dalam masa yang sama, dia mahukan Adnin memperolehi jodoh ‘sempurna’ sehingga menolak lamaran untuk gadis itu sehingga 17 kali.
Sebuah naskhah yang menyindir halus sistem feudal, membawa pembaca mengembara ke daerah indah Yan dan sejarah terusan Wan Mat Saman.
Kisah manis buat mereka yang mahukan kisah cinta bermain perasaan tanpa menjadi cengeng tetapi sarat pengisian.
Cetakan semula ini mempunyai tambahan bab. Sampul buku cantik sangat. Boleh di dapati di reruai JIWA danJejak Tarbiah, PBAKL.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Shah Alam
40000