Tablet MINDA MSTAR.qi
30/11/2020
16/11/2020. Hari kelima kami bertungkus lumus menyiapkan pembersihan tanah di tapak ladang TMT walau hari disulami dengan cuaca hujan.
Hari ini kami bertuah kerana Timbalan Pengarah Pertubuhan Peladang Terengganu datang melawat kerana amat berminat dengan apa yg kami sedang lakukan. Bagi beliau tanaman pokok Moringa Oliefera yg kami usahakan ini sangat asing bagi mereka terutama dalam skala yg besar atau komersial.
Setelah sy dan team terangkan apa yg akan kami usahakan dan ke mana halatuju kami,
Beliau amat berminat untuk JV dalam
mengusahakan ladang TMT ini.
Selain itu beliau juga nampak peluang untuk membantu ahli-ahli peladang melalui sewaan tanah atau mereka usahakan kami bantu dari sudut marketing. Alhamdulillah banyak kebaikan dengan kedatangan beliau ke sini.
26/11/2020
Assalamualaikum semua..saya dan ustaz mohammad bersama team sedang mengusahakan ladang 'miracle tree' moringa oliefera secara komersial... Kami dah lakukan research sejak 5 tahun lepas dan sekarang kami ambil keputusan untuk tanaman ladang secara serius.
Ladang pertama kami dalam proses, alhamdulillah. Ia terletak di Kampung Wakaf Tapai, Marang Terengganu. Ladang pilot ini berkeluasan lebih 4 ekar dengan jumlah anak pokok lebih 40 ribu batang. Doakan kami berjaya dan mampu membantu dalam meningkatkan kesedaran kesihatan melalui herba moringa ini khasnya di kalangan rakyat malaysia dan dunia umumnya.
Di samping itu saya berusaha libatkan seramai mungkin penduduk sekitar ladang kami ini dalam usaha membina sumber pendapatan dari pananaman pokok ini. Kami akan dengan membeli daun moringa yang mereka tanam dengan syarat ianya berkualiti dan organik.
Selain itu kami juga banyak share info berkaitan pokok ini dengan pegawai peladang, pegawai pertanian dan lain-lain agensi yang datang ke ladang kami. Mereka sangat teruja dan ada majoriti mereka sangat berminat untuk berkerjasama dengan pihak kami. Alhamdulillah...
Jom support page kami dengan LIKE, SHARE & KOMEN.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the practice
Telephone
Website
Address
Setul
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 15:00 |