Frozen Delivery Nilai

Frozen Delivery Nilai

Share

20/09/2023

RUPANYA PERNAH BERSELISIH DUA NEGARA KERANA POPIA

Mungkin ada dalam kalangan kita yang akan memilih popia sebagai hidangan minum petang nanti. Tapi tahukah anda suatu ketika dulu sekumpulan aktivis yang dikenali sebagai Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (Formasbudi) pernah membuat tuntutan kepada kerajaan Malaysia agar tidak menjadikan popia sebagai makanan warisan negara. Mereka mendakwa popia atau lunpia merupakan makanan khusus dari semarang Jawa Tengah.

Tapi sebenarnya nama popia tu sendiri bukan berasal dari Melayu @ Jawa. Perkataan popia berasal dari bahasa cina Fujian. Dalam dialek Teochew mereka panggil bobea, iaitu pizza tempatan yang menggunakan kulit tepung (pastri) nipis.

Popia di Indonesia disebut lumpia yang terkenal di Jawa Tengah. Perkataan Lumpia pun berasal dari cina yang merupakan dialek Hokkien. Popia hanya dimelayukan dalam bahasa Malaysia secara rasmi pada 1986.

Pada zaman dahulu, masyarakat china menyajikan popia sebagai hidangan untuk melambangkan bermulanya musim bunga. Maka orang barat menggelar popia sebagai "spring rolls". Resepi asalnya hanyalah mengandungi sayur-sayuran segar seperti kobis & lobak merah. Sesuai dengan peredaran zaman, bermacam-macam jenis popia telah muncul dan disesuaikan dengan citarasa masyarakat negara masing-masing.

*Sumber gambar dari Google

16/09/2023
Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Setul?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Setul
71800