IKRAM Negeri Sembilan

IKRAM Negeri Sembilan

Share

Menyebarkan dakwah dan tarbiah menerusi aktiviti kemasyarakatan dan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam dan NGO yang lain.

13/05/2026
12/05/2026

Julung-julung Kali Diadakan Khas Dari Palestin

Kita selalu mendengar tentang penderitaan Gaza. Tetapi dalam masa yang sama, ada satu lagi realiti besar yang jarang benar-benar kita fahami.

Di sekitar Baitul Maqdis, khususnya kawasan seperti Silwan, rampasan rumah penduduk Palestin terus berlaku. Sedikit demi sedikit, naratif sejarah cuba diubah. Kawasan warisan umat Islam cuba disusun semula hingga terbentuknya projek seperti “City of David” yang sangat membimbangkan.

Lebih mendukakan, usaha untuk menguasai ruang sekitar Masjid Al-Aqsa bukan berlaku sekali-sekala. Ia berlaku secara tersusun, berkala dan berjadual — setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan melalui pelbagai agenda Zionis.

Sebab itu kita tidak cukup hanya marah. Kita perlu faham.

Jemput semua untuk hadir ke:

Daurah Kefahaman Isu Masjid Al-Aqsa
Bersama Sheikh Sameer Saeed
Researcher and Specialist in Jerusalem Affairs
Training consultant at Al-Aqsa International Forum Foundation

*Penyampaian dalam bahasa Inggeris.

Sheikh Sameer dikenali dengan penerangan yang sangat detail tentang apa yang sedang berlaku di Palestin, Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa.

Program ini terbuka untuk semua.

Tarikh: Rabu, 13 Mei 2026 / 25 Zulkaedah 1447H
Masa: 8.30 malam
Tempat: Pejabat IKRAM Kawasan Nilai Nilai (Search di Google Maps)

Semoga pendedahan ini membuka mata, menambah kefahaman dan menguatkan kesedaran kita tentang amanah mempertahankan Masjid Al-Aqsa.

Jom hadir dan sebarkan kepada keluarga serta sahabat.

12/05/2026

🌿 RETREAT IKRAM REMBAU 🌿

10 Mei 2026 - Alhamdulillah, Retreat IKRAM Rembau diadakan di Taman Senawang Perdana hari ini. Seramai 9 orang AJK hadir untuk membincangkan Rancangan Tahunan Kawasan IKRAM Rembau.

Semoga menjadi medan memperkukuh ukhuwah dan merancang gerak kerja tahunan demi memastikan agenda dakwah dan tarbiah terus subur dalam masyarakat.

Terima kasih juga kepada tuan rumah, Hj Hamidon dan isteri atas layanan mesra dan makanan untuk tetamu.
Semoga setiap perancangan ini dipermudah dan diberkati Allah SWT.

Photos from IKRAM Negeri Sembilan's post 09/05/2026

Lensa | Barisan Jawatankuasa Negeri Meraikan Ihtifal Kecemerlangan Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah

9 Mei 2026 - Barisan Jawatankuasa Negeri IKRAM Negeri Sembilan bersama Lembaga Pengelola Sekolah meraikan Ihtifal Kecemerlangan Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah semalam. Tahniah dan syabas diucapkan kepada anak-anak dan ibu bapa yang cemerlang. Tidak diupakan juga kepada guru-guru yang berusaha sedaya upaya membantu anak-anak murid sehingga berjaya.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Seremban?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Lot 2-3, Jalan PPP1, Pusat Perdagangan Paroi, Off Jalan Jalan Kuala Pilah-Seremban
Seremban
70400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00