DOSM Negeri Sembilan
Sebagai agensi utama dalam bidang perangkaan ke arah sistem maklumat yang bermutu, berorientasikan pengguna dan bertepatan masa, untuk pembentukan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
Fun Walk 7.7 km DOSM Negeri Sembilan
Fun Walk 7.7Km DOSM Negeri Sembilan.
30/06/2026
Selasa, 30 Jun 2026
Taklimat “MyPerformance” dan Taklimat Pentadbiran dan Kewangan telah diadakan di Bilik Salatin, Era Square. Taklimat ini telah dihadiri oleh keseluruhan anggota DOSM Negeri Sembilan.
Taklimat “MyPerformance” disampaikan olen Puan Kumutha a/p Shanmugam manakala Taklimat Pentadbiran dan Kewangan disampaikan oleh Puan Kalaivani A/P Batumalai.
Taklimat MyPerformance diadakan untuk memastikan semua pegawai memahami proses penilaian prestasi, peranan masing-masing serta kepentingan pengurusan prestasi yang telus, adil dan berkesan demi meningkatkan prestasi individu dan pencapaian organisasi.
Taklimat Pentadbiran dan Kewangan p**a diadakan bagi meningkatkan kefahaman warga kerja mengenai tatacara dan prosedur pentadbiran serta pengurusan kewangan, memastikan pematuhan kepada peraturan yang berkuat kuasa, dan memperkukuh tadbir urus yang cekap, telus dan berintegriti.
Terima kasih kepada semua anggota yang telah hadir dan memberikan komitmen terbaik sepanjang sesi ini berlangsung. Semoga segala ilmu, dan perkongsian diperoleh dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Seremban
70000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |