JKDM Negeri Sembilan
11/07/2026
| đđđ§đĨđ đ§đđĄđđ đđđ§đđĨ đđđ. đ´đ°/đŽđŦđŽđ˛ | đŖđĨđĸđđĨđđ đđĒđđĨđđĄđđĻđĻ đđđĨđĻđđ đ đĒđđđđ đđĄđđ¨đĻđ§đĨđ & đŖđđđđ đđđĨđđđŖđđĄđ§đđĄđđđĄ đĻđđĨđ đŽ/đŽđŦđŽđ˛ â đđ¨đđđ đđ¨đđđđĄ
đĸđšđ˛đĩ: đŖđļđ đĄđđŋđđš đĻđĩđŽđ˛đŋđŽ đ¯đļđģđđļ đĻđŽđđŽđšđļ
đ Tarikh: 9 Julai 2026 (Khamis)
â° Masa: 8.00 pagi â 5.00 petang
đ Lokasi: Dewan Datuk Ahmad Padzli, Wisma Kastam Senawang
đ Bahagian Cukai Dalam Negeri (CDN), JKDM Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Awareness Bersama Wakil Industri & Pihak Berkepentingan Siri 2/2026 bagi meningkatkan pematuhan dan pemahaman pendaftar terhadap perundangan Jabatan.
đ Program telah dihadiri 100 orang peserta terdiri daripada wakil syarikat yang merupakan pendaftar SST di Negeri Sembilan dan pegawai daripada Bahagian CDN.
đ Tujuan Program ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan berkaitan tatacara penggunaan pengecualian, pelupusan dan cara penghantaran penyata dan pembayaran bagi Cukai Jualan.
đ Selain itu, diharapkan program ini juga dapat meningkatkan tahap pematuhan sukarela dalam kalangan pendaftar SST, mengukuhkan hubungan strategik antara JKDM dan pihak industri serta memastikan penyampaian maklumat yang tepat dan berkesan.
đđđđđŖ â đ§đđĄđđđđĻ â đđĄđ§đđđĨđđ§đ
#đđđđ đĄđĻ
ÂŠī¸ 2026 đĒđđđđđđđ đ˛đđđđđđđ | đąđ˛đĢđ´ đĩđđđđđ đēđđđđđđđ
đ§đđĄđ§đ đđđđ¨đđĄđđ đđđ. đŽđ˛/đŽđŦđŽđ˛ | đđđĒđđ§đđĄ đđđĨđĸđđđđđ§đđ đŖđđĻđđĨđ§đ đđ¨đĨđĻđ¨đĻ đđĄđđ¨đĻđ§đĨđ đŖđđ§đĨđĸđđđ¨đ đđđĄ đđđĻ: đđđĒđđđđĄ đđ¨đđ¨đđĄ đđđĄ đđđđđĨđđĄ đđ đŖđđ§đĨđĸđĄ đĨđđđđĄđđĨđŦ đŖđĸđĨđ§ đđđđđĻđĸđĄ
đĸđšđ˛đĩ: đ¨đŋđđ đĻđ˛đđļđŽ đ đ˛đąđļđŽ, đĻđđ˛đđ˛đģ đđŽđđđŽđē đŖđŧđŋđ đđļđ°đ¸đđŧđģ
PORT DICKSON, 09 Julai 2026 â Stesen Kastam Port Dickson, JKDM Negeri Sembilan berbesar hati menerima kunjungan daripada para peserta Kursus Industri Petroleum dan Gas: Kawalan Huluan dan Hiliran untuk meninjau dengan lebih dekat pengoperasian syarikat penapisan minyak, Petron Refinery Port Dickson.
Delegasi seramai 30 orang peserta itu disambut oleh Pegawai Perhubungan Petron, Encik Taufiq dan disertai pegawai dari JKDM Port Dickson yang diketuai oleh PPK Tuan Fazrin bin Ahmad selaku wakil tuan rumah.
Lawatan ini adalah sebahagian daripada modul kursus untuk melihat lebih dekat pengoperasian sesebuah loji penapisan minyak yang bermula seawal pengimportan masuk dan pemprosesan sehingga dieksport keluar.
Selain daripada lawatan ke lapangan, medium ini turut digunakan secara holistik oleh para peserta untuk mendapatkan penerangan lanjut melalui sesi bertukar pandangan dua hala bersama wakil syarikat.
Semoga lawatan ini dapat memberikan panduan asas kepada para peserta dan kefahaman melibatkan prosedur dan kepatuhan perundangan berkaitan industri petroleum dan gas.
đđđđđŖ â đ§đđĄđđđđĻ â đđĄđ§đđđĨđđ§đ
#đđđđ đĄđĻ
Š 2026 đĒđđđđđđđ đ˛đđđđđđđ | đąđ˛đĢđ´ đĩđđđđđ đēđđđđđđđ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Address
Wisma Kastam, Jalan Paroi-Senawang, Karung Berkunci No. 16
Seremban
70450
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |