Smfscpolicy
01/06/2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera &
Salam UiTM di Hatiku.
✨ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG ✨
Sekretariat Mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (SMF FSPPP) sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada seluruh warga UiTM Kampus Seremban.
Marilah kita bersama-sama menzahirkan rasa taat setia dan penghargaan kepada Seri Paduka Baginda atas jasa, kepimpinan dan pengorbanan Baginda dalam memayungi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.
Semoga negara terus dikurniakan keamanan, kemajuan dan perpaduan di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Sekian, terima kasih.
_”PEMANGKIN INTEGRITI MAHASISWA”_
SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI
SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI
SESI 2025/2026 💛🖤
27/05/2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera &
Salam UiTM di Hatiku.
✨SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA✨
Sekretariat Mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (SMF FSPPP) sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga UiTM Kampus Seremban.
Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi juga memperingati nilai keikhlasan, ketaatan dan kasih sayang yang menjadi asas dalam setiap pengorbanan yang dilakukan.
Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan diterima dan diberkati Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
”PEMANGKIN INTEGRITI MAHASISWA”
SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI
SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI
SESI 2025/2026 💛🖤
16/05/2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera &
Salam UiTM di Hatiku.
Sekretariat Mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (SMF FSPPP) sesi 2025/2026 ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia.
Semoga para pendidik terus bersemangat mendidik generasi masa depan yang berwawasan. Jasa dan keikhlasan warga pendidik sentiasa kami hargai.
Sekian, terima kasih.
_”PEMANGKIN INTEGRITI MAHASISWA”_
SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI
SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI SESI 2025/2026 💛🖤
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban Persiaran Seremban Tiga/1, Seremban 3, Seremban
Seremban
70300