Trafik IPD Sepang
HARI KETIGA OP SELAMAT 25 – ADVOKASI DIDAHULUKAN, KESELAMATAN DIUTAMAKAN
Memasuki hari ketiga Op Selamat 25 sempena Tahun Baharu Cina 2026, anggota Polis Diraja Malaysia khususnya Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Sepang terus mempergiatkan usaha advokasi keselamatan jalan raya di kawasan tumpuan orang ramai.
Pendekatan hari ini lebih kepada memberi kesedaran, menasihati serta berinteraksi secara bersemuka dengan pengguna jalan raya agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika memandu pulang ke kampung halaman atau bercuti bersama keluarga.
Keselamatan bermula dengan sikap kita sendiri:
🚗 Pandu dengan sabar dan berhemah
🛵 Pastikan topi keledar & tali pinggang keledar dipakai dengan betul
📵 Elakkan gangguan telefon bimbit ketika memandu
⏳ Rehat secukupnya sebelum meneruskan perjalanan
Sempena Op Selamat 26 Tahun Baharu Cina 2026, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Sepang telah melaksanakan program advokasi keselamatan jalan raya serta pengedaran pamplet keselamatan kepada orang ramai di Petronas Bunga Raya, Salak Tinggi.
Program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Polis Diraja Malaysia dalam mendekati masyarakat serta menyampaikan peringatan agar sentiasa berwaspada, khususnya sepanjang musim perayaan dan cuti persekolahan. Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama.
Melalui pengedaran pamplet dan sesi advokasi ini, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, merancang perjalanan dengan teliti serta mengutamakan sikap sabar dan berhemah ketika memandu.
PDRM sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya terus terpelihara. Semoga semua selamat sampai ke destinasi dan kembali ke pangkuan keluarga tercinta.
Kami menasihati, anda mematuhi — bersama kita jayakan perjalanan yang selamat dan harmoni.
Trafik IPD Sepang komited memastikan keselamatan anda terjamin sepanjang Op Selamat 25. Patuhi undang-undang, selamat sampai ke destinasi.
“Hargai nyawa sendiri, hormati nyawa orang lain”
*SAKSI AWAM DIMINTA TAMPIL BANTU SIASATAN
KES KEMALANGAN JALAN RAYA DI JALAN SEPANG/SALAK.
BSPT SEPANG, 25 Ogos 2025 - Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang memerlukan saksi awam kemalangan jalan raya melibatkan (1) M/sikal no. BLG 5099 jenis Honda Dash dengan sebuah kenderaan nombor tidak pasti pada 231/12/2025 jam lebih kurang 1900hrs hingga 1930hrs di Jalan Sepang/Salak.Kerjasama daripada pengguna jalan raya yang menyaksikan atau merakamkan kejadian kemalangan tersebut amat diperlukan untuk tampil membantu siasatan pihak polis.
Sila hubungi Sjn Nurlelah Pen.Pegawai Penyiasat Trafik IPD Sepang di talian 0124207297.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang
43900