IKRAM Sepang
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam.
14/10/2025
IKRAM SEPANG MERAIKAN KEPULANGAN 2 AHLI DELEGASI MISI FREEDOM FLOTILLA COALITION KE GHAZZAH
Semalam, warga IKRAM Sepang meraikan kepulangan 2 ahli delegasi Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang juga merupakan ahli IKRAM Sepang iaitu Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin dan Dr Fauziah Hassan, dalam sebuah majlis berbuka puasa di Pusat Komuniti IKRAM Sepang, Southville.
Majlis yang berjalan dengan penuh rahmah dan barakah ini, turut membakar semangat sahabat-sahabat dengan ucapan dan perkongsian pengalaman oleh kedua-duanya.
Semoga semangat ini terus membara sehingga Masjid Al-Aqsa dibebaskan! Takbir!!
19/08/2025
Pada hari Sabtu minggu lalu, IKRAM Sepang telah bersama-sama memeriahkan Karnival Merdeka 68, Kg Sg Merab 2025 yang telah diadakan di Kompleks Niaga Sg Merab.
IKRAM Sepang mengambil bahagian dalam penganjuran:
1. Program Mewarna kanak oleh IKRAM Junior dengan kehadiran seramai 76 peserta
2. Pemeriksaan Kesihatan Percuma
3. Booth pameran dan jualan Palestin yang memberi peluang untuk orang ramai menderma serta mendalami isu palestin.
4. Menghadiri upacara Perasmian Karnival Merdeka yg dirasmikan oleh SU KDN.
Semoga dengan berlangsungnya program ini dapat memberi manfaat secara keseluruhannya kepada penduduk di Sg Merab.
18/08/2025
SEPANG - Forum "Antara Keperluan Kerjaya & Tuntutan Keluarga: Yang Mana Satu?" telah berlangsung pada 9 Ogos yang lalu dengan kerjasama antara IKRAM Sepang, Persatuan Penduduk Myra Putra Desa Pinggiran Putra dan Majlis Perbandaran Sepang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Website
Address
Savanna Lifestyle Retail, A-01-32, Jalan BBLS 2, Bandar Baru Lembah Selatan, Dengkil
Sepang
43800SERDANG