Polis IPD Sepang
11/06/2026
LATIHAN ROMBAK PASANG SENJATA RIFLE M16 BAGI KOR KADET POLIS SMK DATO ABU BAKAR BAGINDA SEMPENA PERSEDIAAN PERTANDINGAN MENEMBAK DAERAH SEPANG TAHUN 2026
SEPANG, 10 Jun 2026 Satu latihan rombak pasang senjata Rifle M16 bagi ahli Kor Kadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Abu Bakar Baginda telah diadakan di Dewan Perdana SMK Dato Abu Bakar Baginda sebagai persediaan menghadapi Pertandingan Menembak Kor Kadet Polis Daerah Sepang Tahun 2026.
Latihan yang berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang itu dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada Bahagian Persenjataan IPD Sepang yang terdiri daripada SI Mazlan Bin Seman, Sjn Mohd Ariffin Bin Hassan, Kpl Awg Mohd Zulfaqar Bin Awg Jamaen dan Konst Nazrun Bin Harun. Turut hadir mewakili Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Sepang ialah Sjn Syed Jefry Bin Syed Mohideen dan Kpl Sakilah Bt Sahid.
Program tersebut melibatkan penyertaan seramai 69 orang ahli Kor Kadet Polis SMK Dato Abu Bakar Baginda bersama empat orang guru Kadet Polis yang turut mengikuti sesi latihan dan pemantauan sepanjang program berlangsung.
Latihan ini diadakan bagi memberikan pendedahan awal berkaitan pengenalan serta pengendalian asas senjata Rifle M16 kepada ahli Kor Kadet Polis. Selain meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta, latihan ini juga bertujuan mempersiapkan mereka dari segi kemahiran dan keyakinan sebagai persediaan menghadapi Pertandingan Menembak Rifle M16 yang akan diadakan pada masa akan datang.
Melalui latihan yang dijalankan, para peserta turut didedahkan kepada kaedah rombak pasang senjata yang betul, aspek keselamatan pengendalian senjata api serta disiplin yang perlu dipatuhi ketika menjalani latihan menembak.
Pendedahan ini penting bagi memastikan setiap peserta memahami prosedur yang ditetapkan serta mampu mengaplikasikannya dengan baik semasa pertandingan kelak.
Penganjuran latihan seumpama ini diharap dapat melahirkan ahli Kor Kadet Polis yang lebih berdisiplin, berpengetahuan dan berkemahiran, di samping meningkatkan tahap kesiapsiagaan mereka untuk menyertai pertandingan yang bakal dianjurkan.
Program ini juga membuktikan komitmen berterusan IPD Sepang dalam membimbing serta memperkasakan Kor Kadet Polis sebagai platform pembangunan sahsiah dan kepimpinan generasi muda.
10/06/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang