MSKKM N9
28/05/2025
| ๐ฆ๐จ๐๐ฐ๐ฆ ๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐ฆ ๐๐๐. ๐ฏ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ | ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ก ๐ฆ๐จ๐๐๐ก ๐ฐ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐จ ๐๐๐๐ก๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐ง๐๐จ๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐๐ก (๐ฆ๐จ๐๐ฐ๐ฆ) ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐ ๐๐๐
๐๐ฎ๐ฝ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐๐ผ ๐ผ๐น๐ฒ๐ต : ๐จ๐ฟ๐๐ ๐ฆ๐ฒ๐๐ถ๐ฎ ๐ ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ ๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฆ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ถ๐น๐ฎ๐ป
Tarikh : 28 Mei 2025
Tempat : Lapang Sasar Mantin, Mantin, Negeri Sembilan
MANTIN, 28 MEI 2025 - Majlis Perasmian Sukan 4 Penjuru Agensi Penguatkuasaan Negeri Sembilan (SUK4S) telah berlangsung dengan jayanya di Lapang Sasar Mantin, Mantin, Negeri Sembilan. Perasmian ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Kennith Tan Ai Kiang, Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Sembilan. Turut hadir dalam majlis ini adalah YBrs. Tuan Muhammad Ilyas Queek bin Abdullah, Pengarah Kastam Negeri, Negeri Sembilan, YBrs. Tuan Muhammad Zahir Bin Mazlan, Pengarah Kementerian Perdangangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup Negeri Sembilan dan juga YBrs. Tuan Hanif Yusabra bin Yusuf, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan.
Sebagai pembukaan, majlis telah dimulakan dengan alunan bacaan doa. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Sembilan dan disusuli dengan gimik perasmian. Usai gimik perasmian, pertandingan menembak berlangsung dengan penuh sengit oleh pasukan-pasukan yang bertanding. Pertandingan menembak berakhir lebih kurang jam 12:30 tengah hari. Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara penyampaian hadiah. Keputusan penuh pertandingan menembak adalah seperti berikut:-
Keputusan :
JIM NEGERI SEMBILAN - Johan
KPDN NEGERI SEMBILAN - Naib Johan
JKDM NEGERI SEMBILAN - Tempat Ketiga
JPJ NEGERI SEMBILAN - Tempat Keempat
MSKKNS mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan pemenang. Sebelum tamat majlis, para peserta telah menjamu selera hidangan yang ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Sembilan. Para peserta juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. Sesungguhnya, apa yang lebih penting adalah komitmen partisipasi oleh setiap pasukan yang bertanding dan juga mengutamakan semangat kesukanan.
Majulah Sukan Untuk Kastam.
29/01/2025
๐๐จ๐ง๐ ๐๐ข ๐
๐ ๐๐๐ข!
Ikhlas daripada
Barisan AJK MSKKM
Cawangan Negeri Sembilan
26/01/2025
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฆ๐ง๐๐ ๐ฆ๐๐๐จ๐ก๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐ฐ๐ฏ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
โ๐๐๐ฆ๐ง๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ฆ๐๐ก๐๐๐๐ก ๐๐ข๐ ๐๐ง๐ ๐๐ก ๐๐ ๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ฃ๐๐ก, ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ ๐๐๐ ๐จ๐ฅ๐๐กโ
Setiap tahun Hari Kastam Sedunia disambut pada 26 Januari oleh 185 negara ahli World Customs Organization (WCO), yang mengawal 98% aktiviti perdagangan dunia.
Tanggal 26 Januari sentiasa menjadi detik sejarah bermakna buat sekalian Pentadbiran Kastam Dunia, termasuklah bagi Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Pada tahun ini, dengan menjulang tema;
โKastam Melaksanakan Komitmen Ke Arah Kecekapan, Keselamatan dan Kemakmuranโ. Tema ini melambangkan peranan penting kastam dalam mendukung sistem perdagangan global yang cekap, selamat, dan sejahtera dengan menyasarkan halatuju dinamik disulam perkhidmatan dan operasi JKDM yang proaktif ke arah memperkasa prestasi cemerlang Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
โ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฃ, ๐ง๐๐ก๐๐๐๐ฆ ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ก๐ง๐๐๐ฅ๐๐ง๐โ
ยฉ๏ธ 2025 Cawangan Perhubungan Awam | JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
26/01/2025
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฆ๐ง๐๐ ๐ฆ๐๐๐จ๐ก๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐ฐ๐
Majlis Sukan dan Kebudayaan Kastam Malaysia (MSKKM) ingin mengucapkan Selamat Hari Kastam Sedunia kali ke-43 Tahun 2025 kepada seluruh Warga JKDM dan semua anggota Pertubuhan Kastam Sedunia (WCO) di serata dunia.
โ๐ฒ๐จ๐บ๐ป๐จ๐ด ๐ด๐ฌ๐ณ๐จ๐ฒ๐บ๐จ๐ต๐จ๐ฒ๐จ๐ต ๐ฒ๐ถ๐ด๐ฐ๐ป๐ด๐ฌ๐ต ๐ฒ๐ฌ ๐จ๐น๐จ๐ฏ ๐ฒ๐ฌ๐ช๐ฌ๐ฒ๐จ๐ท๐จ๐ต, ๐ฒ๐ฌ๐บ๐ฌ๐ณ๐จ๐ด๐จ๐ป๐จ๐ต ๐ซ๐จ๐ต ๐ฒ๐ฌ๐ด๐จ๐ฒ๐ด๐ผ๐น๐จ๐ตโ
โ๐ช๐ผ๐บ๐ป๐ถ๐ด๐บ ๐ซ๐ฌ๐ณ๐ฐ๐ฝ๐ฌ๐น๐ฐ๐ต๐ฎ ๐ถ๐ต ๐ฐ๐ป๐บ ๐ช๐ถ๐ด๐ด๐ฐ๐ป๐ด๐ฌ๐ต๐ป ๐ป๐ถ ๐ฌ๐ญ๐ญ๐ฐ๐ช๐ฐ๐ฌ๐ต๐ช๐, ๐บ๐ฌ๐ช๐ผ๐น๐ฐ๐ป๐ ๐จ๐ต๐ซ ๐ท๐น๐ถ๐บ๐ท๐ฌ๐น๐ฐ๐ป๐โ
02/01/2025
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ซ๐๐ก๐๐ง ๐๐๐ง๐๐๐ซ๐ ๐๐๐ฌ๐ฎ๐ค๐๐ง ๐๐จ๐ฅ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ค ๐๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ญ๐๐ฆ ๐๐ข๐ซ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ฌ๐ญ๐๐ฆ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข,๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐ก๐ฅ๐ข ๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐๐ฎ๐๐๐ฒ๐๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ญ๐๐ฆ ๐๐๐ฐ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐๐ง
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Telephone
Address
Wisma Kastam, Jalan Paroi-Senawang, Karung Berkunci No. 16
Senawang
70450