Hahasrin Hashim
17/06/2026
Alhamdulillah, malam ini berkesempatan menunaikan Solat Isyak berjemaah bersama kariah di Surau Taman Muhibbah.
Selain mengimarahkan rumah Allah, dapat juga meluangkan masa bertegur sapa dan bertanya khabar dengan para jemaah yang hadir. Inilah antara momen yang paling saya hargai, dapat duduk semeja, berbual santai dan mendengar sendiri pandangan serta cerita daripada masyarakat setempat.
Terima kasih kepada seluruh kariah atas sambutan dan layanan yang cukup baik. Semoga ukhwah yang terjalin terus diperkukuhkan dan Surau Taman Muhibbah sentiasa makmur dengan aktiviti yang memberi manfaat kepada komuniti.
Moga Allah SWT terus memberkati setiap usaha dan langkah kita bersama.
14/06/2026
Alhamdulillah, pagi ini dimulakan dengan Solat Subuh berjemaah di Surau Ar-Rahman, Taman Sayong Pinang, Pinang Kuning bersama-sama penduduk setempat.
Inilah pembuka tirai Program Jelajah Orang Johor DUN Panti 2026. Selain mengeratkan ukhuwah, program seperti ini menjadi ruang untuk kita mendengar denyut nadi rakyat serta memperkukuhkan hubungan antara kepimpinan dan masyarakat.
Terima kasih kepada jawatankuasa surau dan seluruh jemaah atas sambutan yang cukup baik. Semoga setiap langkah yang diatur dipermudahkan dan membawa manfaat kepada masyarakat.
13/06/2026
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiāun
Pagi ini hadir memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarhamah ibunda kepada YB Manndzri yang telah kembali ke rahmatullah.
Salam takziah diucapkan kepada YB Manndzri Haji Nasib serta seluruh ahli keluarga. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampunkan segala dosanya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Semoga YB dan keluarga diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.
01/06/2026
Dirgahayu Tuanku
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Patik sekalian rakyat menjunjung kasih atas kepimpinan, kebijaksanaan dan keprihatinan Tuanku dalam memayungi negara serta menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, usia yang diberkati serta terus berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Allah Peliharakan Sultan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Senai