Zulkifli Bujang

Zulkifli Bujang

Share

02/06/2026

KENYATAAN MEDIA
PENYELARAS RESET NEGERI JOHOR

PEMBUBARAN DUN JOHOR: MASANYA MANDAT DIKEMBALIKAN KEPADA RAKYAT UNTUK MENILAI PRESTASI

JOHOR BAHRU, 2 JUN 2026 – Gerakan Reset Johor menyambut baik dan menyokong penuh keputusan Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, yang mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkuat kuasa pada 1 Jun 2026.

Langkah ini merupakan tindakan yang tepat untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat Johor bagi memilih dan menentukan hala tuju kepimpinan negeri yang baharu.

Sebagai Penyelaras Gerakan Reset Johor, saya melihat fasa ini sebagai medan terbaik untuk menyuburkan demokrasi. Inilah masa yang dinanti-nantikan oleh seluruh Bangsa Johor untuk kembali membuat pilihan secara matang, bijaksana dan adil demi masa depan negeri ini.

Empat Tahun Pentadbiran: Apakah Perubahan Sebenar yang Dirasai Rakyat?

Selepas empat tahun mentadbir, tempoh ini sudah lebih daripada mencukupi untuk rakyat melihat, merasai dan menilai sendiri prestasi serta pencapaian yang telah dibawa oleh kerajaan negeri.

Rakyat Johor kini berhak bertanya kepada diri mereka sendiri:

• Adakah keadaan ekonomi dan kos sara hidup hari ini benar-benar membela nasib rakyat terbanyak?

• Sejauh manakah janji-janji pembangunan dan kebajikan yang dilaungkan sebelum ini telah diterjemahkan kepada manfaat yang dapat dirasai sehingga ke peringkat akar umbi?

• Apakah perubahan sosioekonomi yang benar-benar memberi impak langsung kepada pendapatan, kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat Johor?

Masa untuk Menentukan Masa Depan Johor

Gerakan Reset Johor percaya bahawa kuasa menentukan masa depan Johor kini berada sepenuhnya di tangan rakyat.

Pilihan Raya Negeri yang bakal berlangsung bukan sekadar satu proses demokrasi yang rutin, tetapi merupakan referendum rakyat terhadap prestasi pentadbiran yang sedia ada.

“Rakyat Johor ialah penilai yang bijaksana. Gunakan hak dan peluang ini untuk memilih kepimpinan yang benar-benar telus, berintegriti dan mampu membawa perubahan yang realistik, bukan sekadar retorik politik.”

Gerakan Reset Johor juga bersedia untuk turun ke gelanggang demokrasi bersama parti-parti lain dalam usaha mencorakkan Johor yang lebih sejahtera, adil dan maju untuk semua.

DATUK ZULKIFLI BUJANG
Penyelaras Gerakan Reset Johor

2 Jun 2026

28/05/2026

BERHENTI MERATIB!

Kalau betul Dato’ Seri Hamzah terlalu gila kuasa seperti yang didakwa, beliau boleh sahaja lawan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti dahulu. Laluan terbuka.

Tetapi beliau bukan jenis main politik, yang sibuk beratur depan pintu Presiden atau Perdana Menteri untuk cari pengaruh. Dari zaman Pak Lah, Dato’ Sri Najib, Tun M sampai Tan Sri Muhyiddin sendiri, perangai beliau tetap sama, buat kerja, susun strategi dan bergerak dalam pasukan.

Kami ni yang sokong Dato’ Seri Hamzah bukan sebab “dikerah” atau “dipengaruhi”.

Kami Ketua-Ketua Bahagian sokong beliau sebab beliau ada visi yang jelas, gerak kerja tersusun dan keberanian untuk bercakap tentang realiti politik orang Melayu hari ini.

Nak kata kononnya semua KB mudah dipengaruhi sampai percaya bulat-bulat cerita dari White House pasal Dubai, Bangkok, Istana dan macam-macam lagi… itu sebenarnya menghina intelektual Ketua-Ketua Bahagian sendiri.

Kami bukan budak sekolah.

Dan kami tahu beza antara “politics of survival” dengan “politics of direction”.

Hakikatnya mudah.

Dalam mana-mana parti, bila kita takut berbincang tentang peralihan kepimpinan, strategi baharu dan hala tuju masa depan, akhirnya parti akan jadi defensif dan mula melihat semua perbezaan pandangan sebagai ancaman.

Itu punca sebenar perpecahan.

Dan satu lagi…

Kalau benar Dato’ Seri Hamzah terlalu dahagakan jawatan, lebih mudah untuk beliau melawan secara terbuka dalam pemilihan parti. Lagi dramatic.

Tetapi beliau tidak buat begitu.

Jadi naratif kononnya semua ini “grand conspiracy” untuk rampas jawatan atas dulang perak itu pada saya hanya penyedap cerita politik di laman Facebook.

Cukuplah meratib.

Beliau sudah dipecat pun.

Kalau selepas pemecatan pun nama Hamzah masih disebut siang malam, itu menunjukkan siapa sebenarnya masih belum move on.

Rakyat hari ini bukan nak tengok siapa yang paling pandai bergasak dalam parti.

Rakyat nak tengok siapa ada pelan.

Siapa ada keberanian.

Dan siapa benar-benar serius mahu menyatukan kekuatan Melayu-Islam tanpa ada ego politik yang berlebihan.

ZULKIFLI BUJANG
RESET Johor.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Segambut?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Segambut