PPD Segamat
03/05/2026
𝐊𝐔𝐑𝐈𝐊𝐔𝐋𝐔𝐌 𝐏𝐑𝐀𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 2026 (𝐊𝐏2026). 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐊𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐃𝐀?
Poster Bil 5/2026
Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita
23/04/2026
Program Jelajah Profesionalisme Kepimpinan Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, En. Muhamad Ali bin Harun ke SMK Jementah,Sektor Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Segamat dan PGB Daerah Segamat.
15/04/2026
BENGKEL KERJA PENGUPAYAAN PENOLONG PPD PEMULIHAN KHAS DALAM PENGOPERASIAN DAN VERIFIKASI DATA PENGESANAN PROGRAM INTERVENSI TAHUN 1 (PIT1) NEGERI JOHOR 2026
Tarikh: 13 - 14 April 2026
Masa: 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Temenggong Abdul Rahman
Anjuran: Jabatan Pendidikan Negeri Johor
PPD Segamat amat bertuah kerana kali ini telah dipilih oleh pihak JPN Johor untuk menjadi tuan rumah bagi bengkel kali ini. Bengkel ini merupakan rentetan dari bengkel verifikasi data peringkat daerah dan bertujuan untuk menyemak dan memverifikasi data saringan Pengesanan Program Intervensi Tahun 1 (PIT1) bagi setiap daerah sebelum digabungkan menjadi data negeri.
Semakan ini penting agar tiada ralat yang berlaku apabila data digabungkan. Pegawai daerah masing-masing juga perlu membuat analisis daerah selepas verifikasi daerah selesai dan data yang dikutip disahkan betul. Verifikasi data peringkat kebangsaan akan diadakan pada 20 hingga 22 April 2026 di IAB Jitra, kedah. Johor akan diwakili oleh Encik Zulhazwan, Penolong PPD Pemulihan Khas Daerah Segamat dan Encik Amin, Penolong PPD Pemulihan Khas Daerah Johor Bahru.
Bengkel ini juga turut membincangkan beberapa perkara berkaitan gerak kerja Penolong PPD Pemulihan Khas serta isu-isu semasa yang melibatkan literasi dan numerasi.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zurayushazman bin Ismail, Guru Besar SK Temenggong Abdul Rahman serta semua warga sekolah atas layanan mesra dan kesudian menyediakan tempat untuk kami berbengkel selama dua hari ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Pejabat Pendidikan Daerah Segamat
Segamat
85000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |