PEJABAT RISDA DAERAH SEGAMAT

PEJABAT RISDA DAERAH SEGAMAT

Share

Profil Penubuhan

RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen:-
1.Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA adalah Akta 85 Tahun 1972
2.Ordinan Kumpulan wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952. Dengan terlancarnya RISDA, nyatalah ba

Photos from PEJABAT RISDA DAERAH SEGAMAT's post 04/06/2026

Pejabat RISDA Daerah Segamat telah melaksanakan Program Kursus In-Situ Agromakanan Tahun 2026 pada 04 Jun 2026 (Khamis) dengan penyertaan seramai 26 orang peserta.

Program ini diadakan bagi memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan pengurusan tanaman pisang integrasi secara lebih sistematik dan berkesan, selain memperkukuhkan kemahiran dalam penyediaan serta penggunaan baja kompos sebagai baja organik dalam sektor pertanian.

Antara slot ceramah yang telah disampaikan adalah:

✅ Pengurusan Tanaman Pisang Integrasi
✅ Pembuatan Baja Kompos

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pertanian Daerah Segamat, di mana pegawai jabatan berkenaan telah dijemput sebagai penceramah untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan teknik amalan pertanian baik kepada para peserta.

Diharapkan program seumpama ini dapat membantu pekebun kecil meningkatkan kemahiran, produktiviti serta menggalakkan penggunaan amalan pertanian yang lebih mampan dan berkualiti.

Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Segamat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Lot 986, Jalan Buloh Kasap
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00