PERKEP_Segamat
02/03/2026
PROGRAM TADARUS AL-QURAN ANJURAN PERKEP IPD SEGAMAT 1447H/2026M
, 28 Februari 2026 – Program Tadarus Al-Quran 1447H peringkat PERKEP IPD Segamat diteruskan lagi dengan kehadiran YBhg Puan Nor Haslina Binti Ismail, Pengerusi PERKEP IPD Segamat bersama 14 Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam dan ahli PERKEP IPD Segamat bertempat di Surau Al-Furqan, Kuarters Polis IPD Segamat dari jam 1000Hrs-1215Hrs.
Program yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan ini bertujuan mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan di samping menyemai budaya cintakan Al-Quran.
Antara objektif program ini adalah :
🟣 Membudayakan & memperbanyakkan bacaan Al Quran dalam mengimarahkan bulan Ramadhan.
🟣 Memantapkan kemahiran membaca Al Quran di kalangan warga PERKEP IPD Segamat.
🟣 Memberi kesedaran agar Al Quran terus dibaca, difahami, dihayati dan menjadi panduan dalam kehidupan
🟣 Menjalinkan hubungan silaturrahim antara Warga PERKEP IPD Segamat.
Secara keseluruhannya, program berjalan dengan baik dan lancar. Semoga usaha murni ini terus istiqamah dalam membentuk warga kerja yang seimbang dari segi jasmani dan rohani.
03/02/2026
MAJLIS MAKAN MALAM PERKEP “ARABIAN NIGHT FAREWELL” IPD SEGAMAT 2025
, 30/01/2026 (Jumaat) - Majlis Makan Malam PERKEP IPD Segamat dengan bertemakan Arabian Night dan juga majlis perpisahan YBhg Puan Sumiati Binti Hj Mohd Mukaram, mantan Pengerusi PERKEP IPD Segamat berlangsung dengan penuh meriah dan harmoni sebagai tanda penghargaan atas jasa serta komitmen yang telah dicurahkan.
Majlis dimulakan sejurus ketibaan YBhg Puan Sumiati Binti Hj Mohd Mukaram, mantan Pengerusi PERKEP IPD Segamat, dengan diiringi oleh ASP Jamaliah binti Hj Kusban, Setiausaha PERKEP IPD Segamat, serta semua ketua Biro. Tujuan majlis makan malam ini diadakan adalah untuk meraikan mantan Pengerusi PERKEP IPD Segamat, YBhg Puan Sumiati Binti Hj Mohd Mukaram dan penghargaan kepada semua AJK serta Ahli PERKEP yang telah banyak berjasa kepada PERKEP IPD Segamat selama tempoh tahun 2025 bertempat di Dewan Amethyst Hall, VIP Hotel pada jam 8.00 malam.
Majlis kemudiannya disusuli dengan ucapan YDH ASP Jamaliah binti Hj Kusban, Setiausaha PERKEP IPD Segamat yang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen, sumbangan idea serta ketegasan YBhg Puan Sumiati Binti Hj Mohd Mukaram, mantan PENGERUSI PERKEP IPD Segamat dalam melaksanakan tugas sepanjang menerajui PERKEP IPD Segamat. Semestinya, dibawah kepimpinan YBhg Puan, PERKEP IPD Segamat semakin menyerlah dan mencapai objektif yang diimpikan. Ucapan penghargaan juga diucapkan kepada semua AJK dan Ahli PERKEP yang telah memberi komitment yang jitu dan sumbangan yang memberangsangkan sepanjang tahun 2025.
Detik penuh bermakna terserlah menerusi ucapan YBhg Puan Sumiati Binti Hj Mohd Mukaram, mantan Pengerusi PERKEP IPD Segmat, yang menzahirkan rasa terharu dan penghargaan atas sambutan yang diberikan setelah hampir 3 tahun 5 bulan beliau di IPD Segamat. Beliau turut mendoakan agar seluruh warga PERKEP IPD Segamat terus maju jaya serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Majlis turut dimeriahkan dengan tayangan montaj, acara cabutan bertuah, penyampaian cenderahati dan show time. Sebelum bersurai, majlis diakhiri dengan sesi bersalam salaman dan sesi bergambar.
Secara keseluruhannya, majlis telah dilaksanakan dengan jayanya dan telah mencapai objektif majlis untuk mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli PERKEP IPD Segamat. PERKEP IPD Segamat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli Perkep yang hadir serta barisan AJK dan Biro-biro Perkep yang bertungkus lumus menjayakan Majlis Makan Malam tersebut.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat
Segamat
85000