ISU Sandakan
27/01/2026
Minta pendapat warga Sandakan khususnya peniaga yang terlibat..
Ringkasan isi kandungan surat tersebut:
Surat dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) kepada peniaga-peniaga Pasar Dinihari di Tapak Parkir Pasar Umum Sandakan.
MPS memaklumkan bahawa melalui mesyuarat bertarikh 21 Januari 2026, pihak berkuasa telah bersetuju menamatkan operasi Pasar Dinihari di kawasan tersebut.
Pasar Dinihari yang beroperasi setiap hari dari jam 9.00 malam hingga 6.00 pagi akan ditamatkan sepenuhnya pada 28 Februari 2026.
Selepas tarikh tersebut, sebarang aktiviti perniagaan di kawasan berkenaan adalah tidak dibenarkan.
Keputusan ini dibuat atas beberapa sebab utama:
Isu kebersihan kawasan, termasuk pengurusan sisa dan pencemaran.
Gangguan kerja pembersihan, penyediaan tapak dan operasi Pasar Umum Sandakan.
Aduan awam berkaitan kesesakan dan aliran trafik di kawasan berhampiran.
Peniaga diarahkan mengosongkan kawasan dan menghentikan operasi sepenuhnya sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan.
Kegagalan mematuhi arahan boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan seperti sitaan, kompaun atau tindakan lain mengikut undang-undang kecil yang berkuat kuasa.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran, MPS.
25/01/2026
KELUHAN PENGGUNA, JANGAN TUNGGU ADA KEMATIAN..
Mereka kontraktor korek kemudian ditinggalkan tanpa pengawasan sekarang lubang besar ni sudah mendap dilaulan masuk utama Taman melanta kita tidak mau ada terjadi kejadian yang tak di ingini berlaku.
Sumber FB: Jumadil Dulamit
17/10/2025
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir keseluruhan negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga pukul 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 4.30 petang tadi memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda Kedah (Yan, Kuala Muda, S*k, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang.
Kawasan lain yang turut terjejas adalah di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar; Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) serta seluruh Terengganu.
sumber:
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Sandakan
90000