Get It Tuned

Get It Tuned

Share

Bermula dengan inovasi Bump Stops (September 2013) untuk mengatasi masalah tayar sagat fender, kini kami telah menerajui Algoritma Sistem Suspensi Adjustable supaya keselesaan mirip suspensi standard dengan kawalan & cengkaman melebihi suspensi sports. Mengapa Pakej? Kerana sebenarnya setiap set adjustable & setiap kereta memerlukan Konfigurasi & Penalaan yang tersendiri, disamping rekabentuk set

Photos from Get It Tuned's post 11/05/2026

“Mustahil tak sama. Kan ada QA/QC bla bla bla”.

Kalau dalam pemikiran dah terperangkap dengan mentaliti ni, sampai bila² masalah takkan selesai. Asik merawat simtom, tak pandai nak cari punca.

Ada isu camber? Pakai Camber Bolt boleh laras. Tutup isu, dengan menambah satu lagi isu.

Sedangkan sepatutnya, selesaikan terus punca utama. Selepas punca masalah dah tiada, berapa belas, puluh tahun pun, takkan ada lagi dah isu tu. Tak payah sebok asik nak kena buat jajaran berkala. Tapi siapa nak percaya kan? Benda dah dianggap “normal” jika ada cacat “sikit”. Masih lagi, tak selesai masalah.

Apa kesannya? Inilah salah satu punca, walaupun “steering lurus”, konon dah jumpa tempat “alignment”, tapi steering bergegar bila laju, bunga tayar cepat haus bahagian luar/dalam, mula salahkan lower arm, Steering Rack, driveshaft, fokus pada kerosakkan, tapi tak mampu nak fikir sehingga tahap lebih tinggi iaitu Geometri.

Sebab itu ada yang tukar segala macam, release bush, string alignment, balancing kuda, corner-weight balancing, pasang bar keliling, skim rotor, tapi ada je benda rasa kurang.

Seronok main tukar² barang, main teka-teki, ikut kata komen cuba tukar itu ini.

Kereta ialah sebuah binaan rumit dengan banyak kombinasi spesifik & teknikal. Maka jika anda melihatnya sebagai objek teka-teki, tiada asas yang sepatutnya, disiplin ilmu yang sepatutnya, sebab itulah masalah tak pernah selesai. Pergi la Pusat Servis pun, akhirnya keluar jawapan “itu normal”, “masih dalam julat/specs”.

Kah kah kah. Memang kelakar sangat.

Ada juga yang cakap “memang mustahil sama”. “Biasa la tu lebih kurang tolerance”. Sukatilah.

Padahal ada je yang dapat simetri tepat. Elok je tak payah fikir dah isu yang selama ni tak selesai. Apa yang mustahilnya.

Kalau belajar Proses, Instrument & Control, semua ni tak mustahil lansung. Tapi sebab dah jadi “old dog”, teaching “new tricks” is absolutely impossible.

So it’s your choices to become an old dog, or a human with rational mind.

Sila klik http://www.wasap.my/+60193497430 untuk mudah chat.

Terima Kasih 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾.

09/04/2026

Vios NCP93, kali ni, kes impak kemalangan, mengenai tepat bahagian titik rujukan geometri pada bahagian chasis.

Memang dah tiada peluang nak bagi sedap bawa.

Semasa pandu-uji, apabila boosting turbo, kereta melilau. Sangat bahaya. Hilang nikmat pemanduan. Selain tu titik tengah pusingan steering tak seimbang, Steering Rack bergerak. Memang kalau keluar kos buat bahagian lain, tapi chasis dah cacat, rugi sangat. Pasti takkan tegap walaupun dah separuh jalan.

Memang sayang sekali. Kereta dah banyak buat, tapi dah tak boleh nak sedap pandu. Penat pegang steering, jajaran akan perlu sentiasa dibuat apabila bunga tayar dah terhakis berdasarkan jajaran sebelumnya.

Tak guna ada turbo, brek besar, tayar semi, buat camber, pasang adjustable, akhirnya struktur dah kalah.

Kes macam ni memang kami nasihatkan supaya scrap sahaja. Kecuali kalau ada tempat boleh buat titik rujukan tu kembali tepat di posisi asal. Berganjak sejauh 4 hingga 5mm daripada titik asal. Impak yang tertumpu dan sangat kuat.

Sebelum ni, memang dah ada banyak kereta bekas kemalangan, tapi hanya bahagian atas. Walaupun nampak teruk, tapi titik asas geometri tak terjejas.

Dah boleh lenjan 170kmj, jauh lebih baik berbanding sebelum kemalangan cuma 110kmj steering meliar.

Samada kereta lama atau baru, geometri tu sebenarnya punca steering rasa tak kena.

Tak semestinya kena tukar semua baru.

Ada yang dah tukar semua, masalah tak selesai.

Ada yang datang seadanya, tapi tiada kecacatan komponen, terus boleh dapat hasil selepas pembetulan geometri.

Yang tahu je tahu.

Lokasi kami di sahaja.

Sila klik http://www.wasap.my/+60193497430 untuk sebarang pertanyaan & temujanji.

Terima Kasih 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾.

Want your business to be the top-listed Autos & Automotive Service in Rawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No.45 Jalan Bayu Permai 5, Taman Bayu Permai,
Rawang
48000