Daily Community Media - DCM
01/01/2023
Minda Anda Funtion Tentang Apa Dengan 2 Keping Gambar Ni...
Daily Community Media - DCM 🌏📡
14/12/2022
Mesti ramai di sini ingat tsunami besar yang menimpa bumi Pulau Pinang pada 26 Disember 2004. Tun Abdullah Ahmad Badawi tahu jer terus keluarkan perintah: semua sambutan Tahun Baru digantikan dengan upacara ibadah. Memang tanda “negara sedang meratapi” (a nation in distress), barangkali antara detik paling kritikal pernah Malaysia lalui.
Bagi yang tidak tahu, tsunami tersebut terjadi berpunca daripada Gempa Bumi Sumatera-Andaman yang menggoncang dengan magnitud 9+ (sangat tinggi). Gempa tersebut punyalah kuat sampai ke Alaska boleh kesan. Akibatnya, air laut dilambung begitu tinggi – kira-kira 30 hingga 51 meter, yang melanggar persisiran pantai banyak negara.
Negara paling terkesan adalah Indonesia, terutamanya kota Acheh. Salah seorang kenalan baik saya kehilangan bapanya dalam kejadian tersebut. Jenazah ayahanda beliau langsung tidak ditemui. Mangsa yang terselamat berkongsi gambaran sangat ngeri “gunung hitam” dan “tembok air”. Memang air laut tu berwarna hitam.
Jumlah kematian dianggarkan mencecah 220,000 orang. Jumlah kehilangan p**a dah 43,000 orang. Isu ni berlegar lama, sampai tabung-tabung derma masuk dalam sekolah. Guru siap minta pelajar bagitau ibu bapa pasal derma ni untuk memungut dana demi meringankan bebanan semua.
Semoga Allah mengampuni dosa kita semua.
Oleh: Ahmad Faezal
Daily Community Media - DCM 🌎📡
Daily Community Media - DCM 🌏📡
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Jalan RP5, Taman Rawang Perdana
Rawang
48000