Popia Crunchie
Untuk sebaramg tempahan, boleh hubungi 018-2984508
21/11/2019
Assalammualaikum and hi to popia lovers!! Memandangkan kita dah nak ke penghujung tahun, Popia Crunchie ada buat promotion iaitu pembelian setiap popia akan dapat 20% diskaun!! Pasti akan menyesal kalau lepaskan peluang ni. Jadi, tunggu apa lagi? Boleh ws ke 018-2984508 untuk sebarang tempahan sebab order dah tak banyak!!
20/11/2019
Hi semua!! Petang-2 macam ni mesti ada yang rasa lapar tiba-tiba tapi malas nk keluar beli makanan kan? Lagi-lagi pelajar universiti yang sekarang tengah sibuk siapkan assignment memandangkan minggu ni dah start kena submit assignment kan? Mesti malaas nak turun beli makanan and kadang-2 tu sampai tunggu malam baru beli makanan!
Tapi tak elok juga kalau tk makan dari pagi, jadi korang boleh la jamah keropok atau biskut yang ada dekat bilik tu tapi kalau makan popia crunchie waktu petang sambil buat assignment, NIKMAT SUNGGUH!!!
Jadi, memandangkan kita di penghujung tahun, Popia Crunchie telah menawarkan 20% diskaun untuk semua jenis popia!!! Apa tunggu lagi? Rebutkan peluang ni sekarang!! Korang boleh ws ke 018-2984508 untuk sebarang tempahan!! Mana yang takde stok boleh pre-order sekarang. Promosi ni sehingga 31/12/2019 SAHAJA!
09/11/2019
Cara-cara membuat popia nestum.
Asyik makan popia cheese dan popia cheesy spicy je sampai rasa muak sebab makan benda yang ber-cheese. Haaaa, untuk kalini saya akan cakap macam mana nak buat popia nestum. Boleh bagi isi sekeluarga makan lebih-lebih lagi untuk anak-anak kerana kebiasaanya anak-anak yang s**a makan makanan yang manis.
Bahan-bahan:
- 1 paket kulit popia
- 1 1/2 cawan Nestum original
- 1/2 cawan susu tepung ATAU serbuk horlicks
- 1/2 cawan gula kastor
- Tepung gandum untuk lekatkan kulit (bancuh tepung tu dengan sedikit air sebagai gam popia)
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara membuat:
1. Ambil sekeping kulit popia dan gulung menggunakan chopstick/straw (sapukan bancuhan tepung gandum tadi di hujung kulit popia sebagai gam)
2. Gunting kulit popia yang siap digulung tadi (serong)
3. Goreng kulit popia tersebut dengan api yang sederhana sehingga kekuningan
4. Toskan minyak dan ulang langkah ke-3 sehingga kulit popia habis
5. Blend nestum dan horlick sehingga halus secara berasingan.
6. Letakkan nestum dan horlicks yang sudah diblend serta gula kastor ke dalam bekas dan gaulkan.
7. Letakkan kulit popia yang digoreng ke dalam bekas adunan dan gaulkan sehingga adunan tersebut salut kulit popia.
8. Masukkan ke dalam bekas kering dan sedia untuk dinikmati!
Senangkan? Jangan lupa untuk like dan follow page Popia Crunchie di facebook untuk maklumat dan tips lebih lanjut mengenai popia!
30/10/2019
7 KEBAIKAN CILI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN ANDA
Cili sangat digemari oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Buktinya, cili adalah antara sayuran yang paling tinggi diimport masuk ke Malaysia. Terdapat 7 kebaikan cili dalam kehidupan seharian kita. Antaranya:
1. Menurunkan Kadar Gula Darah
Pengambilan cili dalam kehidupan seharian boleh memberikan kesan yang sangat positif pada orang-orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami kencing manis. Berdasarkan data yang dikumpulkan, paras gula dalam darah berkurang sehingga 60% selepas makan cili.
2. Meningkatkan Kesihatan Jantung dan Mencegah Strok
Cili memberikan kesan dramatik pada kesihatan anda dengan membantu untuk meningkatkan peredaran darah dan juga bertindak untuk melindungi diri daripada strok
3. Cili Sebagai Bahan Penahan Sakit
Dengan pengambilan cili dalam diet pemakanan, ini akan membuatkan otak kita melepaskan endorfin, iaitu hormon yang bertindak untuk menghilangkan rasa sakit yang dialami oleh tubuh badan. Ianya mengandungi neuropeptide di mana pengambilannya boleh mengurangkan rasa sakit dan keradangan terutamanya kepada pesakit rheumatoid dan arthritis.
4. Bertindak Sebagai Terapi Dan Penenang
Erdorphin yang dikeluarkan oleh otak akan memberikan rasa nikmat apabila dimakan membuatkan kita seolah-olah ketagih untuk makannya lagi walaupun ianya pedas.
5. Bertindak Sebagai Antibodi Semulajadi
Capsaicin juga mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang. Cili akan melancarkan peredaran darah dan membawa darah segar ke tempat jangkitan dan darah segar (sel-sel putih dan leukosit dalam darah) tadi akan melawan jangkitan tersebut.
6. Bertindak Sebagai Antioksidan
Cili mempunyai vitamin C dan vitamin A yang mengandungi beta-karoten yang merupakan antioksidan yang kuat. Antioksidan akan memusnahkan bahan radikal bebas. Biasanya, radikal bebas boleh bergerak di dalam badan dan menyebabkan sejumlah besar kerosakan kepada sel-sel dan boleh merosakkan saraf dan saluran darah.
7. Membantu Membakar Lemak
Capsaicin juga sebatian termogenik dan meningkatkan kadar metabolisme yang membantu dalam proses pembakaran lemak. Kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan cili dalam kehidupan boleh meningkatkan kadar metabolisme anda sehingga 23% selama kira-kira 3 jam.
Disebabkan cili mempunyai banyak khasiat, popia cheesy spicy yang disaluti dengan serbuk cheese dan serbuk cili boleh dibuat atau didapati daripada Popia Crunchie.
Jangan lupa like page Popia Crunchie di facebook!
29/10/2019
5 KHASIAT KEJU UNTUK KESIHATAN ANDA
Rasa sedap keju ataupun cheese memang tidak dapat disangkal dan sering menjadi penambah perisa dalam makanan harian kita. Walaupun ramai menganggap bahawa keju memberikan kesan yang buruk untuk kita semua jika diambil secara berlebihan tetapi tidak ramai orang yang tahu bahawa keju juga memberikan sedikit sebanyak khasiat buat diri kita jika kita ambik dalam kuantiti yang sedikit.
Tahukah anda makanan ini kaya dengan kandungan vitamin A, vitamin B12, vitamin C, kalsium, seng, fosfor, zat besi dan kalium. Terdapat 5 khasiat keju untuk kesihatan anda seperti:
1. Mencegah Kanser
Keju mengandungi bahan yang dipanggil Conjugated
Linoleic Acid yang dapat membantu tubuh anda mencegah kanser. Vitamin B dalam keju juga membantu tubuh kita daripada diserang penyakit.
2. Menguatkan Tulang
Keju adalah sumber terbaik untuk mendapatkan kalsium yang penting untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat serta mencegah osteoporosis. Di samping itu, vitamin B dalam keju juga membantu badan anda menyerap dan menyalurkan kalsium kepada tulang.
3. Mencegah Kerosakan Gigi
Kasein yang terdapat dalam keju membantu melindungi enamel gigi dengan membentuk penapis yang nipis pada permukaan gigi untuk menghalangnya daripada rosak.
4. Mengekalkan Kesihatan Mata
Keju juga mengandungi vitamin A yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan penglihatan yang normal dan mengelakkan rabun.
5. Menambahkan Berat Badan
Keju juga kaya dengan protein, kalsium dan lemak dimana ia merupakan salah satu cara sihat untuk anda menambahkan otot, lemak, berat dan kepadatan tulang.
Nak tahu kasiat keju dengan lebih lanjut?
Jangan lupa like page Popia Crunchie di facebook untuk mengetahui khasiat keju lebih lanjut!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
No 72, Jalan Desa 2/9, Bandar Country Homes
Rawang
48000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |