Filem Islamik

Filem Islamik

Share

SUNGAI SEMAKIN SURUT

Sekian lama, sungai di  Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah menjadi nadi kehidupan para penghuni madrasah. Sungai ini terletak betul-betul di tengah kawasan madrasah dan menjadi  sumber air utama para penghuni madrasah..

Air sungai ini digunakan untuk mandi, mencuci pakaian, menyiram pokok-pokok yang ada, membasuh peralatan dan lain-lain. Sungguh, keberadaan sungai di madrasah ini sangat memudahkan para penghuninya menyelesaikan hampir keseluruhan rutin harian mereka.

Beberapa minggu lalu, sebelum hujan turun setiap hari, aliran air sungai ini kelihatan berkurangan. Paras air yang susut menimbulkan cabaran besar bagi madrasah yang selama ini bergantung kepada sungai sebagai pelengkap sumber air  bekalan kerajaan. Bagi pihak pengurusan, sungai ini bukan sekadar kemudahan tambahan bahkan ia mencukupkan bekalan air  madrasah, menampung hampir 70 orang penghuninya.

Dua buah pam air telahpun dipasang untuk mengoptimumkan pemanfaatan air sungai. Salah satu pam menyalurkan air ke kolam ikan di bahagian hadapan madrasah, manakala pam kedua p**a menyalurkan air ke kolah mandi yang digunakan oleh pelajar lelaki, muslimah, serta kolah berhampiran surau madrasah. 

Penurunan paras air  menimbulkan keprihatinan dalam kalangan warga madrasah. Warga berharap agar langkah-langkah alternatif dapat diambil segera untuk memulihkan paras air sungai. Moga solusi tepat dapat ditemui agar sungai ini terus memberi manfaat kepada para penghuni madrasah.

Untuk memudahkan perjalanan ke lokasi madrasah kami, sila klik pautan berikut:- Muslim dan muslimat yang berhajat untuk berinfaq, bolehlah langsung ke madrasah mengikut lokasi di bawah,MRTMS Ranau ;https://maps.app.goo.gl/xVdAuPfAArqVJokt8
Cawangan MRTMS Kota Marudu;https://maps.app.goo.gl/K6zd6EndboBxmaxR6
Bagi tujuan infaq sila klik pautan ini
https://madrasahrtms.com/sumbangan-untuk-membiayai.../

-tangau- 19/12/2024

SUNGAI SEMAKIN SURUT Sekian lama, sungai di Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah menjadi nadi kehidupan para penghuni madrasah. Sungai ini terletak betul-betul di tengah kawasan madrasah dan menjadi sumber air utama para penghuni madrasah.. Air sungai ini digunakan untuk mandi, mencuci pakaian, menyiram pokok-pokok yang ada, membasuh peralatan dan lain-lain. Sungguh, keberadaan sungai di madrasah ini sangat memudahkan para penghuninya menyelesaikan hampir keseluruhan rutin harian mereka. Beberapa minggu lalu, sebelum hujan turun setiap hari, aliran air sungai ini kelihatan berkurangan. Paras air yang susut menimbulkan cabaran besar bagi madrasah yang selama ini bergantung kepada sungai sebagai pelengkap sumber air bekalan kerajaan. Bagi pihak pengurusan, sungai ini bukan sekadar kemudahan tambahan bahkan ia mencukupkan bekalan air madrasah, menampung hampir 70 orang penghuninya. Dua buah pam air telahpun dipasang untuk mengoptimumkan pemanfaatan air sungai. Salah satu pam menyalurkan air ke kolam ikan di bahagian hadapan madrasah, manakala pam kedua p**a menyalurkan air ke kolah mandi yang digunakan oleh pelajar lelaki, muslimah, serta kolah berhampiran surau madrasah. Penurunan paras air menimbulkan keprihatinan dalam kalangan warga madrasah. Warga berharap agar langkah-langkah alternatif dapat diambil segera untuk memulihkan paras air sungai. Moga solusi tepat dapat ditemui agar sungai ini terus memberi manfaat kepada para penghuni madrasah. Untuk memudahkan perjalanan ke lokasi madrasah kami, sila klik pautan berikut:- Muslim dan muslimat yang berhajat untuk berinfaq, bolehlah langsung ke madrasah mengikut lokasi di bawah,MRTMS Ranau ;https://maps.app.goo.gl/xVdAuPfAArqVJokt8 Cawangan MRTMS Kota Marudu;https://maps.app.goo.gl/K6zd6EndboBxmaxR6 Bagi tujuan infaq sila klik pautan ini https://madrasahrtms.com/sumbangan-untuk-membiayai.../ -tangau-

Want your business to be the top-listed Media Company in Ranau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Ranau