Perkep IPD Ranau

Perkep IPD Ranau

Share

01/03/2022

🟠HI TEA SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN AHLI PERKEP PF/NOULY JUNI🟠

Tarikh : 25/02/2022 @ Jumaat
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna IPD Ranau

KEHADIRAN.
__________

▫️DSP Simiun bin Lomudin - Ketua Polis Daerah Ranau
▫️ASP Jailix Amindang - KBPD Ranau
▫️ASP Christopher Vincent - KBKA Ranau
▫️INSP Syairul Azri bin Hasbah - KBIPS Ranau
▫️KPL Azman bin Adenan - TSM
▫️Ustaz Muzamirul Mattersah - Unit BAKA

AHLI PERKEP IPD RANAU.
------------------------------

▫️Puan Felicia William Bensol
▫️PF Milen bin Akai - Setiausaha PERKEP IPD Ranau
▫️Ketua-ketua Biro PERKEP
▫️AJK /Ahli PERKEP IPD Ranau


Majlis berjalan dengan lancar dan keadaan baik dengan sentiasa mematuhi SOP Covid-19 yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

PUAN ERMELYN BINTI KIOH
PENGERUSI PERKEP IPD RANAU
:
:
:

" Dalam panggung sandiwara, akhir cerita adalah akhir dari pertunjukan. Namun, di panggung kehidupan, akhir cerita adalah awal dari cerita selanjutnya. Mungkin cerita Kamu sudah berakhir di tempat ini, tapi, Kamu akan membuat cerita baru di tempat baru selanjutnya. Doa kami menyertaimu di setiap langkahmu sahabat. Semoga dirimu sukses selalu dan sentiasa dalam Lindungan Tuhan Maha Esa." Congratulation!

Photos from Perkep IPD Ranau's post 27/03/2021

*LAPORAN MAJLIS BACAAN YASIN, DOA SELAMAT DAN SOLAT JUMAAT SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE-214 TAHUN 2021 PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) RANAU.*

♦️ *Tarikh :* 26/03/2021
♦️ *Masa :* 1000-1300 Hrs
♦️ *Tempat :* Surau Nur Iman, Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau

*KEHADIRAN*
1. *DSP Sammy bin Newton*
- Ketua Polis Daerah Ranau
2. *Puan Suzey Anak Michael Lajam*
-Pengerusi Perkep IPD Ranau
3. *ASP Mohd Affendi bin Che Yok*
- KBPJKK
4. *Insp. Cornelius bin Loipin* - KBSPT
5. *Insp. Ronny Ray Pius* - KBLog
6. Pegawai Kanan - 04 orang
7. PRP - 35 orang
8. Pegawai Awam - 11 orang
9. PERKEP - 40 Orang
10. Qariah Surau Nur Iman - 40 Orang

*ATURCARA MAJLIS*
🔹 Kehadiran PRP dan Pegawai Awam dan Ahli Perkep
🔹 Ketibaan Pegawai Kanan & Ketua Bahagian
🔹 Ketibaan Ketua Polis Daerah
🔹 Bacaan Yassin & Doa Selamat bersama ahli Perkep IPD Ranau
🔹 Jamuan
🔹Azan Zohor.
🔹 Khutbah Jumaat.
🔹 Solat Jumaat.
🔹Program selesai.

*ULASAN*

1. Program itu diadakan sebagai salah satu program pengisian sempena Peringatan Hari Polis Ke-214 tahun 2021.

2. Bacaan Yasin dan doa selamat disertai oleh AJK dan ahli Perkep yang Muslim, manakala ahli Perkep yang non-muslim hadir bersama-sama membantu di bahagian penyediaan makan untuk jamuan pagi.

3. Khutbah Jumaat bertajuk *_"Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada"_* telah disampaikan oleh Insp. Mohd Hafiez bin Ramlan, Pegawai Siasatan dan Perundangan BSJ IPD Ranau.

4. Program berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingin berlaku.

Sekian dan terima kasih YBhg Datin.

*PUAN SUZEY ANAK MICHEAL*
*PENGERUSI PERKEP IPD RANAU*

27/03/2021

*LAPORAN AKTIVITI MEMASAK PERKEP UNTUK MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE 214 PERINGKAT IPD RANAU*

Tarikh. : 25 Mac 2021
Masa : 1500 hrs - 2000hrs
Tarikh. : 26 Jan 2021
Masa : 0500hrs - 1000hrs
Tempat. : Dapur PERKEP IPD Ranau

💕 *KEHADIRAN*
🙋Puan Suzey AK Michael
*(Pengerusi Perkep IPD Ranau)*
🙋INSP Norhafiza
🙋Sjn Felicity
🙋Sjn Anisa
🙋‍♀️PF. Haiza
🙋Puan Nurhayati Ros
🙋Puan Ainun
🙋Puan Siti Rahmah
🙋Puan Normala
🙋Puan Willie
🙋Puan Veronica

💜 *25 - 26/03/2021 @ Khamis dan Jumaat*

💕 *MENU MASAKAN*
🍱 Nasi Lemak
🍱 Rendang Ayam
🍱 Kuih Muih
☕Air Teh O Panas
☕Air Kopi O Panas

💕 *OBJEKTIF*
1. Merupakan aktiviti berkala PERKEP IPD Ranau Majlis Tahlil dan Doa selamat sempena Peringatan Hari Polis ke 214 di Surau IPD Ranau

2. Dapat mengeratkan silaturrahim antara PERKEP IPD Ranau. Secara langsung juga dapat memupuk kerjasama yang baik dalam menjalankan sesuatu aktiviti.

3. Aktiviti berjalan dengan lancar dan baik.

4. Gambar-gambar diserta sepanjang aktiviti.

Untuk makluman Ydh Puan

Terima Kasih

SJN NUR ANISA BT ABDULLAH
*BIRO SAINS RUMAH TANGGA PERKEP*
*IPD RANAU*

Photos from Perkep IPD Ranau's post 27/03/2021

*PROGRAM TITIAN KASIH KETUA POLIS DAERAH RANAU BERSAMA PERKEP TERHADAP BALU POLIS SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE 214 PERINGKAT IPD RANAU :-*

*BUTIR-BUTIR PROGRAM*
🌹TARIKH
: 25/03/2021-26/03/2021
🌹MASA
: 1400 hrs - 1630 hrs
🌹TEMPAT
: Kampung Kimolohing, Ranau

Nama Balu : *Pn. Kotiam Binti Tinggi @ Noraini (Balu Sjn Matinin B. Wajiman).*

🔹 *KEHADIRAN IPD RANAU :-*
♦ *DSP Sammy Newton*
Ketua Polis Daerah Ranau
♦ *Puan Suzey Anak Michael*
Pengerusi Perkep IPD Ranau
♦Ketua Bahagian IPD Ranau
♦05 pegawai kanan, 20 anggota dan 05 pegawai awam IPD Ranau
♦AJK / Ahli-ahli Perkep IPD Ranau
Jumlah keseluruhan
- 40 orang.

*OBJEKTIF PROGRAM*.

🌺 Membuat laluan tangga bersimen ke rumah Balu Pn. Kotiam Binti Tinggi @ Noraini bertempat di Kampung Kimolohing kerana laluan asal di bawah cerun bukit tidak ada tangga dan laluan adalah tanah bukit yang di bentuk seperti tangga dan bahaya dilalui semasa hujan dan selepas hujan kerana jalan menjadi licin berlumpur

🌺Program Titian Kasih ini telah dicetuskan dan diilhamkan oleh YBhg Datin Faziah binti Hj. Abdul Hamid , Pengerusi PERKEP Kontinjen semasa lawatan Program Lawatan Kebajikan Ziarah Kasih ke Ranau pada 02/01/2021 kepada Balu Pn. Kotiam Binti Tinggi @ Noraini (Balu Sjn Matinin B. Wajiman).

🌺 YDH DSP Sammy Bin Newton Ketua Polis Daerah Ranau bersama Pegawai Kanan dan anggota IPD Ranau telah mengadakan gotong royong untuk membina laluan tangga bersimen untuk kemudahan keluarga keluarga ini. Dana untuk Program Titian Kasih ini adalah sumbangan daripada IPD Ranau.

🌺 Program Titian Kasih ini menunjukkan keprihatinan dan kebajikan serta semangat persahabatan ahli PERKEP mahupun keluarga, pesara serta pegawai awam PDRM.

Sekian dan terima kasih YBhg Datin.

*PUAN SUZEY ANAK MICHEAL*
*PENGERUSI PERKEP IPD RANAU*

Photos from Perkep IPD Ranau's post 23/03/2021

🌷 *MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERKEP IPD RANAU BAGI TAHUN 2021/2022*

🌷17.03.2021 @ Rabu
🌷0800Hrs - 1030 Hrs
🌷Dewan IPD Ranau

🌷 *KEHADIRAN*
1. Puan Suzey Michael
~ Pengerusi PERKEP Ranau
2. Kpl Halimah Bt Ayub
~ SU PERKEP Ranau
3. Peg / Ang / Peg Awam & Ahli2 PERKEP IPD Ranau

🌷 *ATURCARA MAJLIS*
🔹0800pg ~ Ketibaan AJK PERKEP Ranau
🔹0815pg ~ Ketibaan Peg/Ang/Peg Awam & Ahli2 PERKEP Ranau
🔹0830pg ~ Ketibaan Pengerusi PERKEP Ranau
🔹Ucapan Pengacara Majlis
🔹Bacaan Doa
🔹Ucapan Pengerusi PERKEP IPD Ranau
🔹Mesyuarat Agung PERKEP 2021/2022 Dimulakan
🔹Sesi Begambar
🔹Jamuan Makan
🔹1030 pg ~ Majlis Selesai

*🌷PENGISIAN PROGRAM*
🌷Mesyuarat ini diadakan adalah untuk pembubaran AJK lama tahun 2020 & Perlantikan AJK yang baru tahun 2021/2022.
🌷Membincangkan aktiviti yang akan diadakan dalam masa terdekat.
🌷 Dapat mengeratkan silaturahim sesama PERKEP sama ada ahli yang lama mahupun yang baru.
🌷Bersama-sama ini disertakan gambar sepanjang program yang berjalan dengan lancar dalam suasana harmoni dengan mematuhi SOP Covid-19.

🔵 *Ulasan*

Mesyuarat Agung yang biasanya diadakan setiap tahun tidak dapat dijalankan sepenuhnya berikutan keadaan pandemik Covid-19 yang melanda masa kini . Mesyuarat berjalan dgn baik dan lancar

Want your organization to be the top-listed Government Service in Ranau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Ranau