SPRM

SPRM

Share

Nombor Siri: 2019/FB/BKS/01

PENAFIAN : SPRM tidak akan bertanggungjawab terhadap segala perkongsian atau komen/pendapat oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran. Segala risiko perbuatan tersebut menjadi tanggungjawab pemilik akaun atau mana-mana pihak itu sendiri. Laman Facebook rasmi SPRM ini dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM sebagai medium komunikasi dua hala bagi menyampai

Photos from SPRM's post 03/07/2026

SURAU SAFINATUN NAJAH SPRM RANCANG PROGRAM DAKWAH DAN KEBAJIKAN

Putrajaya, 3 Julai – Surau Safinatun Najah, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan merancang pelbagai aktiviti membabitkan empat teras utama iaitu dakwah, ibadah, majlis ilmu dan khidmat masyarakat, selain program bersempena peristiwa penting dalam kalendar Islam.

Pengerusi Surau Safinatun Najah merangkap Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan SPRM, KPKPj Mohamad Tarmize Abdul Manaf berkata, aktiviti itu akan dilaksanakan secara berterusan bukan sahaja kepada warga SPRM yang beragama Islam, tetapi diperluaskan kepada bukan Islam.

“Saya berharap lebih ramai warga SPRM akan terus mengimarahkan surau serta bersama-sama menjayakan program kerohanian yang dirancang demi membentuk warga kerja berintegriti dan berakhlak mulia,” katanya selepas Program Penghayatan Nilai-nilai Islam (Sayyidul Ayyam) yang dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Surau Safinatun Najah, Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Pada majlis yang dihadiri lebih 150 warga SPRM itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Abd Halim Aman turut menyampaikan surat pelantikan kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Surau Bagi Sesi 2026 hingga 2029.

Beliau turut melancarkan poster pembayaran kod QR yang pertama kali diperkenalkan bagi memudahkan warga SPRM memberi sumbangan dan menyalurkan infak secara dalam talian.

KPKPj Mohamad Tarmize Abdul Manaf berkata, dana yang terkumpul menerusi sumbangan ini akan diurus secara telus bagi membiayai pelbagai program surau yang memberi manfaat kepada seluruh warga SPRM tanpa mengira latar belakang.

“Kod imbas QR ini akan diedarkan kepada semua warga SPRM menerusi e-mel sebagai usaha menggalakkan penyertaan lebih meluas dalam menyokong aktiviti surau,” katanya.

Mengenai program Bacaan Yasin dan Doa Selamat, ia akan diadakan secara berkala, pada minggu pertama setiap bulan sebagai usaha menyemarakkan budaya pengimarahan surau dan memperkukuh nilai kerohanian dalam organisasi.

Pada majlis itu juga, seramai 15 warga SPRM menerima watikah pelantikan yang disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi membantu memperkukuh pengurusan dan pelaksanaan aktiviti Surau Safinatun Najah.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Azmi Kamaruzaman, Pengarah-pengarah Kanan dan Pengarah-pengarah Bahagian SPRM.

03/07/2026

𝐒𝐏𝐑𝐌 𝐊𝐎𝐌𝐈𝐓𝐄𝐃 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍

"SPRM komited untuk terus bekerjasama dengan NFCC dalam memperkukuhkan perkongsian maklumat serta memanfaatkan keupayaan analitik yang dimiliki demi meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan."

Dato' Sri Abd Halim Aman
Ketua Pesuruhjaya SPRM

Petikan ucapan semasa kunjungan hormat Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Dato' Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil di Ibu Pejabat SPRM pada 3 Julai 2026.

Photos from SPRM's post 02/07/2026

𝙋𝘽𝙇𝙏 𝙋𝙀𝙍𝙆𝙀𝙈𝘼𝙎 𝙏𝘼𝘿𝘽𝙄𝙍 𝙐𝙍𝙐𝙎 𝙋𝙀𝙍𝙊𝙇𝙀𝙃𝘼𝙉 𝘽𝙀𝙍𝙎𝘼𝙈𝘼 𝙎𝙋𝙍𝙈

CYBERJAYA, 2 Julai – PBLT Sdn. Bhd. menganjurkan Bengkel Pengukuhan Integriti dan Risiko Rasuah dalam Pengurusan Perolehan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai usaha memperkukuh budaya integriti serta meningkatkan ketelusan tadbir urus organisasi.

Bengkel yang disertai 80 peserta daripada peringkat pengurusan dan warga kerja PBLT itu bertujuan meningkatkan kefahaman peserta mengenai aspek integriti, risiko rasuah serta kepentingan pematuhan terhadap prosedur perolehan yang telus dan berakauntabiliti.

Sepanjang sesi berlangsung, pegawai SPRM berkongsi pelbagai input berkaitan Akta SPRM 2009, kesalahan rasuah, pengurusan konflik kepentingan serta langkah pencegahan yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan risiko salah laku dalam proses perolehan organisasi.

Sesi wacana tersebut dikendalikan oleh Penguasa Cawangan Swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Ps Mohd. Ihsan Anuar.

Bengkel ini turut memberi penekanan kepada amalan tadbir urus baik melalui perkongsian kajian kes, perbincangan interaktif dan pendekatan praktikal bagi membantu peserta mengenal pasti risiko rasuah serta melaksanakan kawalan dalaman yang lebih berkesan.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen PBLT Sdn. Bhd. dalam membudayakan integriti sebagai teras kecemerlangan organisasi, di samping memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan yang beretika, telus dan berakauntabiliti.

Dalam ucapan penutup, Ketua Cawangan Swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, PPj Mahendran a/l Vrejenan, berharap kerjasama strategik antara organisasi komersial dan SPRM dapat meningkatkan kebertanggungjawaban warga kerja, sekali gus membina reputasi organisasi yang diyakini pelanggan, rakan strategik dan pihak berkepentingan.

Beliau turut menyifatkan penganjuran program seumpama ini sebagai langkah proaktif dalam menyokong agenda nasional untuk memperkukuh tadbir urus serta membanteras gejala rasuah dalam sektor korporat.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Putrajaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Putrajaya