KPDN Laman Rasmi

KPDN Laman Rasmi

Share

Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan pengedaran. Sektor perdagangan pengedaran adalah antara penyumbang utama KDNK negara dan ia bertindak sebagai benteng kestabilan ekonomi, terutama semasa situasi ekonomi luaran berada di dalam keadaan ketidak tentu

15/05/2026

𝑻𝑨𝑲 𝑲𝑬𝑵𝑨𝑳 𝑴𝑨𝑲𝑨 𝑻𝑨𝑲 𝑪𝑰𝑵𝑻𝑨 💓

Hasil tangan anak bangsa kita sebenarnya bertaraf antarabangsa, tetapi ditawarkan pada harga yang jauh lebih munasabah!

Ini bukan sekadar tentang membeli, tetapi tentang kebanggaan kita menyokong ekonomi negara dan hasil kudrat rakyat Malaysia.

Ayuh buktikan semangat patriotisme kita, jom jadikan barangan buatan tempatan sebagai pilihan gaya hidup!

15/05/2026

𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇, 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐊𝐀 𝐒𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐒𝐈𝐂𝐂 𝐇𝐔𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐍𝐈? 🤩🔥

Ada lebih 60 usahawan lokal, tambah lagi ada Jualan RAHMAH MADANI. Siap ada cabutan bertuah sama persembahan artis lagi.
Dekat mana? Sini bah! 👇

📍 Tempat: Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu
🗓️ Tarikh: 16–17 Mei 2026
⏰ Masa: 9.00 Pagi – 6.00 Petang

Beli barang lokal ni bukan trend, tapi ini gaya orang bijak! ✨
Laju-laju kasi _tag_ kawan-kawan sama family kamurang di komen sekarang.
Set masa siap-siap, esok kita jumpa di sana bah! Kami tunggu. 🏃‍♂️

Photos from KPDN Laman Rasmi's post 14/05/2026

KPDN PERKASA PERDAGANGAN NEGARA HADAPI CABARAN GLOBAL

KUALA LUMPUR,14 MEI 2026 – YB Senator Datuk Dr Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah merasmikan Program 7 Mega Growth Strategies 2026 anjuran KNKV Group di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur hari ini.

YB Timbalan Menteri dalam ucapan beliau menegaskan bahawa KPDN melalui Kerajaan MADANI sangat memberi komitmen dalam memastikan ekosistem perdagangan negara kekal mampan, berdaya tahan dan kompetitif meskipun dunia berdepan cabaran global yang semakin kompleks.

Beliau turut memaklumkan kementerian akan terus memudah cara urusan perniagaan, mengurangkan birokrasi dan memastikan kestabilan rantaian bekalan. Melalui sokongan yang diberikan terhadap pelaksanaan Program Jualan RAHMAH MADANI, ianya dapat memperkasa PMKS bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan kesejahteraan rakyat.

Turut dinyatakan sektor perdagangan borong dan runcit negara terus menunjukkan perkembangan positif dan menjadi antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. KPDN percaya perniagaan yang mampan bukan sahaja menjana keuntungan, malah mampu menawarkan nilai yang adil kepada pengguna serta memberi manfaat menyeluruh kepada masyarakat dan negara.

Photos from KPDN Laman Rasmi's post 14/05/2026

Putrajaya | 14 Mei 2026 | Khamis

Sekitar taklimat bersama Bahagian Kawal Selia Petroleum (BKSP), KPDN berhubung status pelaksanaan peluasan Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Taklimat turut membincangkan perkembangan pelaksanaan SKDS di Semenanjung Malaysia termasuk penyelesaian isu teknikal melibatkan integrasi sistem SKDS dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya bagi kenderaan yang telah memperbaharui cukai jalan pada bulan April lalu. Langkah penambahbaikan sedang dilaksanakan bagi memastikan proses permohonan dan pengemaskinian data berjalan lancar.

KPDN komited memastikan subsidi bahan api diesel terus disalurkan secara lancar, telus dan bersasar kepada sektor pengangkutan darat awam serta pengangkutan barangan yang berkelayakan selaras dengan dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Putrajaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2
Putrajaya
62623

Opening Hours

Monday 08:30 - 06:00
Tuesday 08:30 - 06:00
Wednesday 08:30 - 06:00
Thursday 08:30 - 06:00
Friday 08:30 - 06:00