juriah.uda
Aktif dalam politik serta bergiat aktif dalam pelbagai NGO, memperjuangkan isu-isu MA63, masyarakat dan pembangunan komuniti.
21/10/2025
KENYATAAN AKHBAR
WARISAN PUTATAN RAI MASYARAKAT CINA DALAM SUASANA MERIAH PESTA TANGLUNG
PUTATAN, 18 Oktober 2025 – Parti Warisan Bahagian P173 Putatan telah berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam Pesta Tanglung Bersama Masyarakat Cina Putatan dengan penuh kemeriahan dan semangat perpaduan di Hotel Pan Borneo Putatan malam tadi.
Program berunsur perpaduan ini dianjurkan oleh Puan Juriah Uda, Ketua Penyelaras DUN Petagas merangkap Ketua Wanita Warisan Putatan, bersama Encik Jack Foo, Timbalan Pengerusi Penganjur. Sambutan luar biasa daripada komuniti Cina setempat mencerminkan hubungan akrab antara Parti Warisan dan masyarakat pelbagai kaum di Putatan.
Kira-kira 400 orang masyarakat Cina hadir memeriahkan majlis tersebut Dan Kehadiran ramai ini bukan sahaja menzahirkan sokongan padu masyarakat terhadap Parti Warisan, malah turut memperkukuh semangat muhibah dan keharmonian antara kaum di daerah Putatan.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Junz Wong, Naib Presiden Parti Warisan Sabah. Turut hadir memeriahkan acara ialah Datuk Haji Uda Sulai, Ketua Bahagian Warisan Putatan; Datuk Winston Liaw, Presiden Sabah Association of Tour and Travel Agents (SATTA); serta barisan Ahli Majlis Tertinggi Parti dan Ahli Jawatankuasa Bahagian P173 Putatan.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan bagi menghidupkan suasana, termasuk persembahan tarian kebudayaan oleh anak-anak Tadika Hwa Shong Putatan, serta cabutan tiket bertuah yang menambahkan lagi keceriaan para tetamu.
Parti Warisan Bahagian P173 Putatan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir, khususnya kepada masyarakat Cina Putatan atas sokongan dan kepercayaan berterusan terhadap perjuangan Parti Warisan Sabah dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat serta memupuk perpaduan antara kaum.
20/10/2025
Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada rakan-rakan yang menyambut perayaan ini. Semoga perayaan Cahaya ini membawa kebahagiaan, kedamaian dan kejayaan dalam hidup anda. Deepavali Valthukkal!
02/10/2025
Sepanjang minggu ini, saya berkesempatan menghadiri undangan kenduri tahlil dari Putatan hingga ke Tuaran.
Semoga Allah SWT memberkati setiap majlis dan memberikan kekuatan kepada keluarga yang mengadakan kenduri. 🤲
Alhamdulillah dalam menyantuni majlis, saya juga berkesempatan mendengar, berkongsi, dan bersama dalam s**a mahupun duka dengan masyarakat setempat.
30/09/2025
Bukan mahu menidakkan usaha mereka, tetapi jelas kelihatan Menteri Persekutuan hanya turun padang menjelang pilihan raya. Sejak 2 bulan ini, daerah Putatan kerap dilawati oleh pelbagai Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan untuk pelbagai acara dan lawatan tapak.
Sejujurnya saya lihat tidak ada keikhlasan dan saya berharap lawatan turun padang jangan dijadikan gimik politik disebabkan Sabah akan ada kan Pilihanraya tahun ini.
Kita semua maklum, Bajet 2026 akan dibentangkan pada 10 Oktober ini di Parlimen. Jika benar lawatan ini berkaitan memohon peruntukan, persoalannya masih sempatkah ia dimasukkan dalam Bajet 2026?
Apa yang lebih mengecewakan, saya tidak nampak p**a kelibat pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Sabah daripada agensi berkaitan turun bersama meninjau tapak. Yang hadir hanyalah pegawai Kementerian dan Jabatan Persekutuan, pemimpin lantikan Persekutuan seperti Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kampung Persekutuan.
Keadaan ini menimbulkan persepsi seolah-olah Sabah ditadbir oleh dua Pentadbiran, satu dari Kerajaan Negeri dan satu lagi dari Persekutuan — apa fungsi pentadbiran Ketua Menteri Sabah?
Pada pandangan saya, timbul persoalan besar: siapa sebenarnya yang menjaga Rumah Sabah ini? Adakah Sabah tiada kuasa menentukan apa yang patut dibangunkan?
Juriah Uda
Ketua Wanita Warisan
P173 Putatan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Website
Address
Putatan