Meruku

Meruku

Share

14/07/2022

Selain maruku, kaum india juga mempunyai pelbagai makanan tradisional yang lain. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Masakan India yang dibawa oleh etnik India di Malaysia ini telah sebati dengan jiwa dan raga rakyat Malaysia. Biarpun makanan kaum India diperbuat dari rempah ratus yang berbeza, namun ia memiliki keenakan yang tersendiri. ๐Ÿฅ”๐Ÿฅ๐ŸŒฎ๐ŸŒฏ

Antaranya termasuklah:

๐ŸŒฎTosai ๐ŸŒฎ
Makanan ini sering dinikmati hampir kesemua rakyat Malaysia terutamanya kaum India. Ia boleh didapati di restoran mamak dan juga restoran India. Tosai biasanya dimakan bersama sambal kelapa, kari kambing atau juga kari ayam.

๐ŸšNasi beriani๐Ÿš
Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yang menjadi sebutan dan gilaan ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain.Nasi beriani gam ini dimasak bersama dengan lauknya (ayam dan daging) dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal atau pelekat

๐Ÿ™Putu mayam๐Ÿ™
Putu mayam ini dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang atau gula kabung atau gula Melaka atau guna nisan.Di Malaysia danSingapura, putu mayam dan seumpama dengannya biasanya dijual sebagai makanan jalanan dari gerai penjaja, atau motorsikal, juga dibuat di rumah, dan dihidangkan sejuk.

๐Ÿ—Ayam tandoori๐Ÿ—
Ayam tandoori sememangnya terkenal di mana jua, sama pop**ar dengan nasi beriyani. Ia digelar ayam tandoori kerana proses memasaknya yang bernama tandoori. Sebelum ayam dipanggang dalam oven, ia akan perap terlebih dahulu dengan rempah ratus yang telah dikhaskan. Ia kemudiannya dipanggang dengan suhu yang sangat tinggi sehingga mencapai 300 darjah Celsius.

Makanan ini semuanya sedap sedap belaka dan sudah menjadi kegilaan ramai di Malaysia

Mahu info yang lebih menarik? Follow dan nantikan update dari kami. Semoga bermanfaat!

13/07/2022

KELEBIHAN GUNAKAN BALANG UNTUK MAKANAN
๐Ÿซ™๐Ÿซ™๐Ÿซ™๐Ÿซ™๐Ÿซ™๐Ÿซ™๐Ÿซ™๐Ÿซ™๐Ÿซ™๐Ÿซ™

Penyimpanan makanan seharusnya tidak dilakukan sambil lewa bagi memastikan kesegaran dan keselamatan makanan dapat dikekalkan dalam tempoh tertentu ๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—

Kelebihan Balang Kedap Udara :
๐Ÿ™ Menghalang bakteria daripada membiak dalam makanan
๐Ÿ™ Menjadikan bahan makanan tahan lebih lama di dalam penyimpanan
๐Ÿ™ Menghambat udara dari dalam bungkusan hingga menjadi kemasan yang mampat dan bersih
๐Ÿ™ Kualiti produk/makanan lebih selamat dan mencegah terjadinya kerosakan produk/makanan akibat oksidasi udara

Inginkan tips atau info yang seterusnya โ“โ“โ“

Follow MERUKU dan nantikan update daripada kami!

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Puncak Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Uitm Puncak Alam
Puncak Alam
42300