COSHaW UCS
22/08/2023
Assalamualaikum wbt,
YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE PROGRAM LATIHAN PENCEGAHAN PENYAKIT PEKERJAAN (NODiP) BAGI 100,000 PEKERJA DI SEKTOR KRITIKAL
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak JKKP dengan kerjasama UiTM akan mengadakan Program Pencegahan Penyakit Pekerjaan, Latihan Pekerja yang bertujuan untuk memberi penerangan dan kesedaran bagi pengenalpastian penyakit pekerjaan di tempat kerja. Program Latihan Pekerja ini adalah salah satu program yang diberikan secara percuma kepada pekerja industri yang telah berdaftar dibawah Program Pencegahan Penyakit Pekerjaan Kebangsaan (NODiP). Butiran program diadakan seperti ketetapan berikut:
Penceramah: Dr. Anza Bt Elias
Topik: ‘Adakah Saya Penghidap Penyakit Pekerjaan?’
Tarikh:25/08/2023 (Jumaat)
Masa:10.00 pagi – 11.00 pagi
Platform WEBEX: https://uitm.webex.com/uitm/j.php?MTID=mfd4121b47c03950c0a62fa7287294dbe
3. Sehubungan dengan itu, pekerja-pekerja dari industri adalah dijemput untuk meluangkan masa bagi menyertai Program Latihan Pekerja. Selain itu juga, penyertaan program ini adalah terbuka kepada semua pekerja yang berminat. Sijil virtual kepada pekerja dan mata CEP (OYK) juga turut diberikan mengikut terma dan syarat . Penyertaan dari staf UiTM adalah terhad kepada 100 peserta terawal dan akan diberikan jam latihan.
4. Kehadiran YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan boleh disahkan melalui pautan berikut bagi tujuan kehadiran ke program latihan ini di (https://forms.gle/gjwqjdjpy5kaQg9UA). Sebarang pertanyaan berkaitan, pihak YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan boleh berhubung dengan Kumpulan NODiP di talian 014 2253674 (Waktu Pejabat).
5. Kehadiran YBrs Dr./Tuan/Puan amatlah diharapkan bagi melancarkan perjalanan program ini. Kerjasama daripada YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, Terima Kasih.
11/08/2023
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE PROGRAM LATIHAN PENCEGAHAN PENYAKIT PEKERJAAN (NODiP) BAGI 100,000 PEKERJA DI SEKTOR KRITIKAL
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak JKKP dengan kerjasama UiTM akan mengadakan Program Pencegahan Penyakit Pekerjaan, Latihan Pekerja yang bertujuan untuk memberi penerangan dan kesedaran bagi pengenalpastian penyakit pekerjaan di tempat kerja. Program Latihan Pekerja ini adalah salah satu program yang diberikan secara percuma kepada pekerja industri di Malaysia dan juga yang telah berdaftar dibawah Program Pencegahan Penyakit Pekerjaan Kebangsaan (NODiP). Butiran program diadakan seperti ketetapan berikut:
Penceramah : Dr. Azmi Farhan Bin Daim
Topik : Identification, Management, Prevention of Carpal Tunnel Syndrome Among Workers
Tarikh: 15 Ogos 2023 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi
Platform WEBEX : https://uitm.webex.com/uitm/j.phpMTID=m6043d76e3234c40e865082bd65bee119
3. Sehubungan dengan itu, pekerja-pekerja dari industri adalah dijemput untuk meluangkan masa bagi menyertai Program Latihan Pekerja. Selain itu juga, penyertaan program ini adalah terbuka kepada semua pekerja yang berminat. Sijil virtual kepada pekerja dan mata CEP (OYK) juga turut diberikan mengikut terma dan syarat . Penyertaan dari staf UiTM akan diberikan jam latihan.
4. Kehadiran YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan boleh disahkan melalui pautan berikut bagi tujuan kehadiran ke program latihan ini di (https://forms.gle/5d4UMR4wiRqte7Co9). Sebarang pertanyaan berkaitan, pihak YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan boleh berhubung dengan Kumpulan NODiP di talian 014 2253674 (Waktu Pejabat).
5. Kehadiran YBrs Dr./Tuan/Puan amatlah diharapkan bagi melancarkan perjalanan program ini. Kerjasama daripada YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, Terima Kasih.
"MALAYSIA MADANI"
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Puncak Alam
42300