PUMAS Puchong.My
11/05/2023
Ahli Jawatankuasa Bahagian dan keluarga besar UMNO Bahagian Puchong mengucapkan Selamat Ulang Tahun UMNO Ke-77 sempena hari bersejarah penubuhan rasmi parti keramat ini pada 11 Mei 1946 sebuah gagasan penyatuan orang Melayu untuk menentang Malayan Union yang dilancarkan oleh penjajah British.
Sedekahkan bacaan umul kitab Al-Fatihah semoga roh Almarhum Dato' Onn Jaafar pengasas UMNO dan semua pimpinan Melayu waktu itu dicucuri rahmat Allah SWT.
Semoga dicucuri rahmat Allah SWT jua ke atas roh pemimpin UMNO selepas itu iaitu pejuang kemerdekaan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Almarhum Tun Abdul Razak Hussein dan para pemimpin lain yang membawa kemerdekaan Tanah Melayu tanggal 31 Ogos 1957 yang kita warisi hingga ke ke hari ini tanahair tercinta MALAYSIA.
28/04/2023
Tuan Haji Yusof Yassin Setiausaha UMNO Bhgn Puchong mewakili Dato' Dr. Haji Mohamad Satim Diman Ketua UMNO Bhgn Puchong turun bersama Tuan Ramacantiran M. Ananthan Pegawai JKM Subang Jaya (Daerah Petaling) bertemu wakil 10 keluarga di Kampung Orang Asli Sungai Rasau, Puchong yang terjejas akibat ribut beserta hujan lebat petang semalam, Khamis.
Turut sama ialah Boy Khairul Azmil Ketua Pemuda UMNO Bhgn Puchong dan Taufiq Ilhami Ketua Penerangan UMNO Bhgn Puchong.
Selamat bertugas kepada rakan-rakan yang mula bekerja hari ini 05 Syawal 1444H bersamaan 26 April 2023 (Rabu). Khususnya, mereka yang bekerja dalam sektor swasta atau bekerja sendiri.
Bagi anggota perkhidmatan awam persekutuan dan negeri barangkali mula mengetip kad perakam waktu kerja bermula hari Ahad ini dan Isnin minggu depan.
Dalam ketidaktentuan ekonomi global akibat pelbagai faktor termasuk peperangan di negara-negara bergolak, sama-sama kita bermohon kepada Allah SWT agar negara kita terlindung dari segala bencana besar yang boleh merobek ekonomi dan merencatkan pembangunan negara.
Semoga terhimpun segala kebaikkan untuk rakyat dan negara tercinta Malaysia.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Batu 14
Puchong
47100