Gerai R Rich Delicious Cafe
03/06/2026
SHAKEN, NOT STIRRED. INSPIRED BY MEXICO, SERVED IN PUCHONG INDAH! 🔥
Very sharp, citrus, and dangerous…” Haha!
Geng, hari ni kita bawa vibe high-end hospitality terus ke kiosk. Khas untuk cuaca bahang macam sekarang, limited drink inspired by the classic Mexican staple iaitu The Paloma!
Kenapa kita panggil dia dangerous? Sebab sekali korang sedut, memang tak boleh berhenti. Rasa dia sangat kompleks, refreshing, dan tak tumpah macam minum dekat premium lounge.
Apa rahsia dalam cup ni?
🍊 Grapefruit – Rasa citrus yang bold dan ada hint of bitterness yang mewah.
🍋 A Dash of Lime – Untuk impak kesegaran yang sharp dan crisp.
✨ Fragrant Lychees – Memberi imbangan manis floral yang harmoni.
🍃 Assam Tea – Base teh premium yang bagi body dan struktur pada minuman.
🔮 Fruit Caviar – Topping eksklusif yang meletop dalam mulut setiap kali korang sedut!
Ini bukan sekadar air sirap buah biasa, ini adalah crafted mocktail experience ringkas yang kita bawa khas untuk tekak korang.
STOK SANGAT LIMITED. Kita buat batch kecil je untuk jaga kualiti dan kesegaran rasa.
Jom singgah sejukkan tekak sekarang!
📍 R Rich Coffee
🎪 Kiosk 7, Puchong Indah
⏰ 11am till 7pm
01/06/2026
Hari ini R Rich Coffee menerima kunjungan yang sangat istimewa. Terima kasih Abg Naz dari Rawang sudi singgah ke kiosk kami di Puchong hari ini. Bagi yang belum tahu, Abang Naz ni rakan niaga lama saya sewaktu zaman pandemik dahulu. Masa tu kami berniaga bersebelahan, saya fokus dengan menu kopi, manakala Abang Naz p**a rancak dengan menu Japanese-Malaysian fusion seperti oden, karaage, dan nasi ayam yang memang sentiasa mendapat sambutan.
Masa berlalu begitu pantas. Pada tahun 2023, R Rich Coffee berhijrah ke tapak baharu di Puchong. Selepas beberapa tahun membawa haluan masing-masing, hari ini rezeki kami dapat bertemu semula, bertukar khabar, dan berkongsi perkembangan perniagaan masing-masing.
Satu perkara yang paling menyentuh hati dan membuatkan saya rasa kerdil adalah, apabila Abang Naz dan isterinya sendiri menyatakan rasa tertarik dengan konsep, evolusi, dan hala tuju R Rich Coffee yang ada sekarang. Daripada sembang santai mengimbau kenangan lalu, timbul p**a perbincangan awal tentang kemungkinan untuk membawa jenama R Rich Coffee ini ke lokasi lain pada masa akan datang. Insya-Allah, doakan yang terbaik! 🤲
Bagi saya, ini adalah satu penghormatan yang sangat besar. Apabila seseorang yang pernah melihat kita bermula dari bawah, yang tahu jatuh bangun kita dari kosong, percaya dengan apa yang kita bina hari ini, nilai penghargaan itu sangat luar biasa dan tidak boleh dijual beli. Terima kasih banyak Abang Naz kerana sudi singgah dan meluangkan masa. Semoga silaturahim yang terbina sejak zaman susah dahulu terus berkekalan, dan semoga ada rezeki untuk kita bekerjasama dan melebarkan sayap lagi pada masa hadapan. Perniagaan itu mungkin tentang produk, tetapi hubungan yang terbina di sepanjang jalan itulah yang memberi makna sebenar kepada sebuah perjuangan.
R Rich Coffee
"Bukan Sekadar Kopi, Ini Seni Rasa."
29/05/2026
Selamat tengah hari guys...
Kiosk R Rich Coffee sudah beroperasi ya guys.
Today iced coffee recommendation :
Paris Brûlée Coffee, Very Smooth coffee, flowery vanilla & caramelized burnt sugar aftertaste… vibe crème brûlée dalam bentuk coffee hehe, Best enjoy on the rocks.
Puchong Indah kiosk 7
11am till 7pm
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the restaurant
Telephone
Website
Address
Puchong
47150
Opening Hours
| Tuesday | 14:00 - 19:30 |
| Wednesday | 14:00 - 19:30 |
| Thursday | 14:00 - 19:30 |
| Friday | 14:00 - 19:30 |
| Saturday | 14:00 - 19:30 |
| Sunday | 14:00 - 19:30 |