Teknik Simpanan ASB

Teknik Simpanan ASB

Share

24/11/2022

Saya berada di karnival Minggu Saham Amanah Malaysia bertempat di Kawasan Lapang Pantai Batu 1 PD.

Jom grab promosi 4.35% dengan Affin Bank bermula sijil RM50k ke atas. Promosi sah sehingga 15 December 2022.

Bagi sesiapa yang nak buat simpanan boleh terus wasap saya. Saya bantu uruskan permohonan sehingga lulus. Mohon sekarang simpanan bermula Januari 2023.

Klik je link di bawah;

https://wa.me/qr/VODHHHNVXQUEA1

✅CCRIS PTPTN boleh lulus.
✅Suri rumah / pelajar / tiada slip gaji boleh apply. Kena ada pemohon bersama yang bekerja.
✅Bumiputera dan 18 tahun ke atas sahaja.
✅Kakitangan swasta-3 bulan slip gaji terkini+ penyata EPF
✅Kakitangan Kerajaan-1 bulan slip gaji terkini

wa.me

16/11/2022

GOLONGAN YANG SEPATUTNYA MEMOHON ASB FINANCING (ASBF)???

Pengurusan wang adalah sangat penting kerana Wang bukanlah segala-galanya tapi segala benda memerlukan wang.

Salah satu cara menyimpan wang yang efektif adalah menggunakan ASB Financing. Golongan yang sesuai menyimpan menggunakan platform ASBF adalah:

➡️Adik- adik yang baru bekerja

Adik-adik yang baru melangkah ke alam pekerjaan mereka masih 'mentah' dalam bidang pelaburan.

Pelaburan yang paling selamat, berisiko rendah dan memberikan pulangan yang tinggi hanyalah ASBF. ASB biasa atau simpan cash juga selamat dan hampir tiada risiko, tetapi pulangannya sangat sedikit berbanding ASBF.

Dengan ASBF, korang boleh kumpul duit dengan banyak dan cepat untuk memenuhi matlamat jangka masa pendek dan sederhana seperti berkahwin, deposit rumah, deposit kereta, selesaikan hutang PTPTN dan lain-lain.

➡️ Nak buat tabung kahwin

Golongan kedua adalah individu yang merancang untuk berkahwin. Jika ingin mengumpul dana RM20K dalam masa 3 tahun, anda perlu buat simpanan sekurang kurangnya RM555 setiap bulan untuk mencukupkan jumlah tersebut. Tapi menggunakan ASBF, anda mohon sijil 110k dengan bayaran bulanan RM487. Jumlah dividen terkumpul selama 3 tahun RM17,339+ nilai prinsipal selepas 3 tahun RM2,825. Anda juga berjaya mengumpul dana sebanyak RM20,164 dalam tempoh 3 tahun. Jadi cepatlah sikit anda boleh kahwin.

➡️Nak kumpul duit untuk deposit rumah

Sama seperti kahwin, mengumpul deposit rumah juga lebih cepat jika menggunakan ASBF. Semakin cepat beli rumah, lagi bagus sebab harga rumah meningkat setiap tahun.

Jika rumah idaman anda bernilai 300k. Anda sepatutnya sudah mengumpul deposit rumah sebanyak 30k. Bank takkan finance 100% untuk loan rumah. Untuk pembiayaan rumah pertama biasanya pembiayaan hanya 90% daripada nilai rumah dan 5% anggaran insurans/takaful

Harga rumah naik mencanak-canak setiap tahun. Apabila harga rumah makin mahal deposit rumah pun akan bertambah. Jika tak kumpul duit awal-awal, sampai bila-bila pun tak cukup. Macam mana nak beli rumah kan.

➡️Dana Persaraan

Jika anda menyimpan sebanyak RM884 sebulan untuk sijil ASBF 200K selama 40 tahun. Amdai anda bersara ketika umur 60 tahun. Jika anda tidak menggunakan dividen selama bekerja anda telah menyediakan dana persaraan sebanyak RM664k apabila bersara nanti. Jika anda menggunakan separuh daripada dividen. Anda masih lagi mempunyai dana sebanyak 300k untuk persaraan.

➡️Tak berdisiplin

Bagi yang tak berdisiplin, ASBF akan membantu paksa anda menyimpan setiap bulan. Kalau tak mampu simpan banyak, simpan sedikit pun okay. Asalkan ada simpanan paling sedikit 3% daripada pendapatan bulanan sebagai simpanan tetap. Simpanan yang ideal adalah 10% daripada gaji anda. Daripada 10% anda boleh bahagikan kepada 3 bahagian iaitu simpanan jangka panjang, sederhana dan simpanan emergency.

Cth jika anda bergaji 5k sebulan. Simpanan anda sepatutnya adalah 500 setiap bulan. Daripada RM500 ni anda boleh peruntukkan kepada RM250 untuk simpanan jangka panjang+ sederhana dan lagi RM250 untuk simpanan kecemasan.

Dengan simpanan RM250 sebulan anda boleh buat ASBF SIJIL 55k. Selepas bersara anda sudah sediakan dana persaraan sebanyak 182k.

➡️Dah lama kerja tapi tak ada simpanan

Mungkin terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kita gagal buat simpanan walaupun dah lama bekerja. Namun masih belum terlambat untuk mulakan pelaburan. Jadikan ASBF sebagai komitmen bulanan mengikut kemampuan masing-masing.

Contoh kiraan adalah berdasarkan keuntungan bank 4.35% tempoh pembiayaan 40 tahun dan dividen 5%. Pulangan sebenar mungkin berbeza.*

*Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan*

Bagi sesiapa yang nak buat simpanan boleh terus wasap saya. Saya bantu uruskan permohonan sehingga lulus. Mohon sekarang simpanan bermula Januari 2023.

Klik je link di bawah;

https://wa.me/qr/VODHHHNVXQUEA1

✅CCRIS PTPTN boleh lulus.
✅Suri rumah / pelajar / tiada slip gaji boleh apply. Kena ada pemohon bersama yang bekerja.
✅Bumiputera dan 18 tahun ke atas sahaja.
✅Kakitangan swasta-3 bulan slip gaji terkini+ penyata EPF
✅Kakitangan Kerajaan-1 bulan slip gaji terkini

wa.me

Want your business to be the top-listed Accountant in Puchong?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Puchong