Optomata

Optomata

Share

By appointment only
Hanya dengan TEMUJANJI

*Temujanji boleh dibuat melalui panggilan telefon pada nombor di profile sahaja

09/06/2026

FREE UPGRADE 1 LEVEL UP KANTA MULTIFOKAL VARILUX!

Berita baik untuk pemakai kanta multifokal/progresif, rebutlah peluang terbaik ini untuk mendapatkan FREE UPGRADE 1 LEVEL UP bagi tempahan KANTA MULTIFOKAL VARILUX!

Tawaran ini sah sehingga JUNE 2026 sahaja!

Kanta multifokal mempunyai pelbagai ‘DESIGN’ dan design inilah yang menentukan:

✅ Keluasan ruang fokus pada setiap jarak
✅ Tahap keselesaan pemakai
✅ Adaptasi/penyesuaian yang lebih cepat

Pemilihan kanta multifokal tidak boleh sekadar ikut harga, tetapi perlu disesuaikan dengan:

✅ Gaya hidup
✅ Pekerjaan
✅ Keperluan visual harian

Pemilihan design yang tepat akan memberikan penglihatan optimum dan pemakaian lebih selesa sepanjang hari.

Tetapi sebelum itu, di OPTOMATA kami memberi perhatian lebih serius dalam pemeriksaan mata menyeluruh. Sebelum penentuan pemilihan kanta cermin mata yang sesuai, semua yang hadir WAJIB menjalani pemeriksaan mata secara menyeluruh merangkumi setiap struktur hadapan sehinggalah ke bahagian retina & saraf mata. Pelbagai saringan penyakit mata akan dijalankan terlebih dahulu. Penglihatan dan kesihatan mata akan dipastikan berada pada tahap yang terbaik. Seterusnya, barulah beralih ke sesi tempahan cermin mata.

Untuk pertanyaan lebih lanjut dan tempahan SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,

Hubungi ☎️ 03-8067 7756 (waktu operasi - rujuk bio)

Waze: Optomata (Bdr Bkt Puchong)

08/06/2026

SETIAP BINGKAI ADA CERITA !

Di OPTOMATA, kami tidak memilih sesuatu produk hanya kerana nama, trend atau pop**ariti.

Kami sentiasa tertarik kepada produk yang mempunyai jalan cerita tersendiri, dibina dengan penuh dedikasi, ketelitian dan komitmen terhadap kualiti.

Juga kesungguhan pihak pembekal yang mana PENGURUS PEMASARAN mereka sendiri Mr. Shinichi Hombo turun ke Optomata bagi memperkenalkan & menerangkan berkenaan produk mereka.

Itulah sebabnya kami memilih CHARMANT.

Dari Jepun, CHARMANT telah membina reputasinya selama puluhan tahun melalui inovasi dalam penghasilan bingkai titanium premium yang terkenal dengan keselesaan, ketahanan dan ketelitian pembuatannya.

Bagi kami, bingkai yang baik bukan sekadar nampak cantik di wajah.

Ia perlu mempunyai sebab mengapa ia dicipta, bagaimana ia dibangunkan, dan apakah nilai yang dibawanya kepada pemakai.

Kerana di sebalik setiap bingkai yang hebat, ada kisah yang menjadikannya istimewa.

Dan itulah kisah yang kami ingin bawakan kepada anda.

🇯🇵 CHARMANT kini di OPTOMATA.

✨ Ringan.
✨ Selesa.
✨ Berkualiti.
✨ Penuh cerita.

OPTOMATA x CHARMANT
Kerana setiap bingkai yang dipilih, ada sebabnya.

Sebarang PERTANYAAN & TEMPAHAN SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,
Hubungi ☎️03-8066 7756 (Waktu Operasi)

Waze: Optomata (Bandar Bukit Puchong)

04/06/2026

KANAK-KANAK NAMPAK NORMAL BELUM TENTU PENGLIHATANNYA NORMAL !

Ramai ibu bapa hanya membawa anak untuk pemeriksaan mata apabila anak mula mengadu kabur atau apabila keputusan peperiksaan mula merosot.

Hakikatnya, banyak masalah penglihatan kanak-kanak berlaku secara senyap tanpa disedari.

✅ Mata malas (Amblyopia)
✅ Mata tidak selari (Strabismus)
✅ Power rabun yang meningkat dengan cepat (Myopia Progression)
✅ Masalah penglihatan binokular
✅ Kelainan retina dan saraf mata
✅ Kelopak mata jatuh (Ptosis)
✅ Anak mata kelihatan putih atau abnormal

Sebab itu pemeriksaan penglihatan dan kesihatan mata perlu diberikan perhatian sejak awal usia.

📌 Sebelum mula persekolahan (seawal umur 3-4 tahun)
📌 Lebih awal jika terdapat tanda-tanda abnormaliti pada mata

Di OPTOMATA, pemeriksaan mata kanak-kanak bukan sekadar menentukan sama ada perlu memakai cermin mata atau tidak.

Kami turut menilai:
🔹 Tahap penglihatan sebenar anak
🔹 Kesihatan retina dan saraf mata
🔹 Fungsi kedua-dua mata bekerja bersama (penglihatan binokular)
🔹 Risiko mata malas (amblyopia)
🔹 Tahap dan corak kenaikan power rabun

Jika anak sudah rabun, matlamatnya bukan hanya memberi cermin mata.

🎯 Tahap penglihatan perlu dipastikan mencapai tahap optimum.
🎯 Kenaikan power rabun perlu dipantau dan dikawal dengan strategi Myopia Management yang sesuai.

Bagi anak yang mengalami mata malas (amblyopia), rawatan dan terapi penglihatan perlu dimulakan seawal mungkin kerana peluang pemulihan lebih baik ketika usia masih muda.

⚠️ Jangan mudah percaya kepada mitos:

❌ “Pakai cermin mata buat power bertambah.”
❌ “Ubat titis boleh turunkan power rabun.”

Kedua-dua kenyataan ini tidak berasaskan bukti saintifik.

Apa yang lebih penting ialah mendapatkan diagnosis yang tepat, rawatan yang sesuai dan pemantauan berkala oleh Optometris.

Kerana apabila melibatkan penglihatan anak-anak, pengesanan awal bukan sekadar membantu mereka melihat dengan lebih jelas MALAH ia boleh mengubah perkembangan pembelajaran, keyakinan diri dan masa depan mereka.

RUJUK BIO UNTUK MAKLUMAT OPERASI OPTOMATA !

02/06/2026

KAMI BINA LEBIH DARI RUANG BIASA !

Dari masa ke semasa Optomata sentiasa berusaha menambah baik kemudahan, persekitaran & pengalaman pelanggan kerana kami percaya setiap kunjungan ke Optomata perlu menjadi satu pengalaman yang berkualiti, bukan sekadar pemeriksaan mata atau tempahan cermin mata semata-mata.

Setiap SERVIS dan INSTRUMEN/MESIN yang dibawa masuk mestilah mempunyai manfaat kepada pelanggan dan akan “FULLY UTILISED” di Optomata. Begitu juga dengan setiap ruangan yang ada di OPTOMATA mestilah dapat digunakan dan berikan pengalaman berharga buat pelanggan.

Maka lahirlah “EXPERIENCE CORNER” sebegini di OPTOMATA supaya pelanggan dapat merasai sendiri pengalaman penggunaan kanta-kanta “PHOTOCHROMIC PREMIUM” seperti TRANSITIONS ini.

Jika sebelum ini kami bina ruangan untuk kanta PHOTOFUSION X dan kanta-kanta “OUTDOOR” daripada ZEISS maka kali ini kami tambahkan lagi ruangan kepada kanta-kanta TRANSITIONS GEN S daripada ESSILOR p**a. Supaya pelanggan kami dapat merasai sendiri kelebihan kedua-dua kanta ini secara terus dan memilih mengikut KESESUAIAN & KEGUNAAN setiap inidividu.

Selain daripada pemeriksaan yang KOMPREHENSIF daripada OPTOMETRIS bertauliah & berpengalaman serta penggunaan INSTRUMEN-INSTRUMEN canggih dalam pemeriksaan, Optomata juga terlenal sebagai Pusat Optometri yang banyak mempreskripsikan kanta-kanta jenis “PHOTOCHROMIC PREMIUM” sejak dari dulu lagi.

Sebarang PERTANYAAN & TEMPAHAN SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,
Hubungi ☎️03-8066 7756 (Waktu Operasi)

Waze: Optomata (Bandar Bukit Puchong)

*Tempahan slot boleh dibuat “BY CALL” shj. Maklumat operasi ada di BIO kami.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Puchong?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


No 65 Jalan BP 7/2 Bandar Bukit Puchong
Puchong
47120

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:00
Tuesday 09:30 - 17:00
Wednesday 09:30 - 17:00
Thursday 09:30 - 17:00
Friday 09:30 - 17:00
Saturday 09:30 - 17:00